Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tuah] | تواه

Definisi : 1 untung yg berlebihan; ba­ha­gia: ~ orang tidak sama dgn ~ kita. ~ badan untung nasib seseorang; me­no­lak ~ melepaskan peluang baik. 2 sesuatu kuasa atau pengaruh yg mem­bawa keuntungan, kebahagian dll; sakti; keramat. ber­tuah 1 mempunyai tuah; beruntung: Ia berasa ~ kerana mempunyai anak yg pandai. 2 mendatangkan untung atau tuah; berhikmat: cincin ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tuah] | تواه

Definisi : 1. untung (yg berlebihan), bahagia: ia me­mikir­kan tentang hal dirinya sendiri, tentang ~ dan celaka nasibnya sendiri; di tengah-tengah hidup yg malang kami di­limpahi ~; mengadu ~ mengadu untung (ber­serah kpd nasib); menolak ~ melepaskan peluang baik; untung ada ~ tiada ada pen­dapatan tetapi tidak kaya (kaya tetapi tidak pula terkenal); 2. pengaruh (kuasa) yg mem­bawa keuntungan (kebahagiaan dll), keramat, sakti: tangkal-tangkal itu dikatakan mem­punyai ~ yg besar; 3. keistimewaan (kehor­matan, kemuliaan, kemasyhuran, dll); ~ badan untung diri seseorang; ~ berma Br tanda merah pd bayi ketika dilahirkan; ~ periuk Br tompok-tompok biru tua pd bayi ketika dilahirkan; ~ anjing celaka kuda prb sesuatu yg menjadi kebahagiaan pd seseorang mungkin menjadi kecelakaan pd orang lain; ~ ayam boleh dilihat, ~ manusia siapa tahu? prb tiada siapa dapat menentukan untung nasib seseorang itu; ~ kerbau gemuk, ~ lumbung berisi, ~ manusia semuafakat prb kerbau terpuji kalau ia gemuk, lumbung kalau berisi padi, dan manusia pula kalau sepakat (bersatu); ~ melambung tinggi, celaka menimpa badan prb orang yg ditimpa oleh kesusahan besar; ~ sebesar bukit, celaka menimpa badan prb orang yg pandai tetapi tidak tetap pekerjaan-nya, oleh itu penghidupannya menjadi susah; menghijau ~, najis keluar prb kerana hendak-kan kemu­liaan (kehormatan) seseorang boleh men­dapat kehinaan; tiada tertikam ~ oleh berani prb orang yg bertuah itu tidak dapat dialahkan dgn keberanian; bertuah 1. mempunyai tuah, bernasib baik, berbahagia, beruntung: ia berasa sangat ~ kerana hidupnya mewah; 2. mendatangkan tuah, berhikmat, sakti: ayamnya sangat ~, tiada orang yg berani melawan ayamnya itu; keris ~ keris sakti; 3. ark ketulahan, terpesona; hendak kaya berdikit-dikit hendak ~ tertabur urai, hendak berani berlawan ramai prb jimat cermat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah, banyak lawan mendatangkan berani; sudah dapat gading ~ tanduk tiada berguna lagi prb sudah mendapat yg lebih baik yg kurang baik ditinggalkan; menuahi 1. mendatangkan tuah (kebaikan, kebahagiaan, dll), memberkati; 2. mengatakan bertuah; menuahkan 1. menghebah-hebahkan (men-cerita-ceritakan) keistimewaan (kekayaan, kemuliaan) orang; 2. = ~ menjadi... menentukan dll menjadi...; ketuahan 1. memperoleh tuah; 2. kesaktian (keris dll), keunggulan (kemuliaan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tuah (kata nama)
Bersinonim dengan untung, nasib, rahmat, rezeki, berkat, anugerah, limpahan, habuan, ganjaran, balasan, durian runtuh;,
Kata Terbitan : bertuah, menuahi, menuahkan,

Puisi
 

Pergi ke hutan pasang pelantik,
     Jaga denai tempat lalu;
Tuah ayam tengok sisik,
     Tuah orang mana tahu.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Tuah yang disembah,
     junjung yang dipanjat.

Bermaksud :

Pemimpin atau ketua yang dikut perintahnya.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Tuah kerbau gemuk, tuah lombong berisi, tuah manusia semuafakat.Keunggulan kerbau kerana gemuknya, keunggulan lombong kerana isinya, keunggulan manusia kerana muafakatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tuah yang disembah, junjung yang dipanjat.Pemimpin atau ketua yang dikut perintahnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tuah melambung tinggi, celaka menimpa badan.Mendapat kemalangan silih berganti. (Peribahasa lain yang sama makna: Untung melambung, malang menimpa).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tuah anjing, celaka kuda.Bahagia pada yang satu, celaka pada yang lain. (Bandingkan dengan: Tebu pada awak, peria pada teman).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tiada tertikam tuah oleh berani.Orang yang bertuah tiada dapat dialahkan dengan keberanian.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Untung ada tuah tiada.Ada kekayaan, tetapi tidak bahagia hidupnya; murah rezekinya tetapi selalu habis saja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tuah sebesar bukit, celaka sebesar gunung.Mendapat kemalangan silih berganti. (Peribahasa lain yang sama makna: Tuah melambung tinggi, celaka menimpa badan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Untung melambung, malang menimpa.Mendapat kemalangan silih berganti. (Peribahasa lain yang sama makna: Tuah melambung tinggi, celaka menimpa badan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tebu pada awak, peria pada teman.Disukai oleh seorang, dibenci oleh yang lain. (Bandingkan dengan: Tuah anjing, celaka kuda).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas