Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tuan.ku] | توانکو

Definisi : yg mulia (digunakan apabila bercakap dgn raja); kata ganti nama diri kedua bagi raja atau sultan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tuan.ku] | توانکو

Definisi : tuan yg mulia (dlm percakapan dgn raja): tersebutlah konon sebuah negeri ber-nama Bandar Muar, rajanya bernama T~ Gombong Malim Dewa; baiklah ~ tiada lama patik pergi; ~ laras Mn kepala daerah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tuanku

Juga ditemukan dalam:

Perkhidmatan +

Puisi
 

Asah kapak tajam beliung,
     Tebang mari kayu berduri;
Tuanku umpama kemuncak payung,
     Patik di bawah berteduh diri.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TUANKU ABDUL RAHMAN IBNI TUANKU MUHAMMAD

TUANKU ABDUL RAHMAN IBNI TUANKU MUHAMMAD (1895 – 1960), Yang di-Pertuan Agong yang pertama (1957 – 1960). Baginda diputerakan pada 24 Ogos 1895 di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Tuanku Abdul Rahman mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuala Jempol, Negeri Sembilan, sebelum melanjutkan pelajarannya di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak dari tahun 1907 hingga tahun 1914. Baginda kemudiannya dihantar ke England untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Inner Temple. Baginda menamatkan pelajaran pada bulan November 1928.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TUANKU JAAFAR IBNI TUANKU ABDUL RAHMAN

TUANKU JAAFAR IBNI TUANKU ABDUL RAHMAN (1922 -    ), Yang di-Pertuan Agong ke-10 (1994 -       ). Baginda diputerakan pada 19 Julai 1922 di Kelang, Selangor. Ketika itu ayahandanya bertugas sebagai pegawai tadbir di Kelang. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Seri Menanti, Kuala Pilah dari tahun 1928 hingga tahun 1933. kemudian baginda melanjutkan pelajaran ke Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak hingga tahun 1941. semasa belajar di maktab ini, baginda dilantik sebagai pengawas, di samping mengetuai pasukan sukan sekolah. Tuanku Jaafar kemudian melanjutkan pelajaran ke Raffles College, Singapura. Bagaimanapun pengajian baginda tergendala apabila Perang Dunia Kedua meletus.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TUANKU MUHAMMAD IBNI TUANKU ANTAH

TUANKU MUHAMMAD IBNI TUANKU ANTAH (1865 – 1933), Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Baginda adalah putera sulung Yamtuan Antah dan diputerakan pada 25 April 1865. baginda mendapat pendidikan di High School, Melaka mulai tahun 1886.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TUANKU HAJI BUJANG TUANKU HAJI OTHMAN, TUN
 
TUANKU HAJI BUJANG TUANKU HAJI OTHMAN, Tun (1890-an – 1986), Yang Dipertua Negeri Sarawak yang kedua. Dia lahir di Sibu, Sarawak. Tuanku Bujang adalah daripada keturunan Arab-Melayu. Tuanku Bujang mendapat pendidikan Melayu dan pernah menjadi ketua anak negeri dalam perkhidmatan pentadbiran Brooke dan kemudian dinaikkan pangkat ke jawatan pegawai tadbir pada masa British. Semasa pendudukan Jepun, dia telah dilantik mewakili orang Melayu Sibu dan bertanggungjawab ke atas hal-ehwal orang Melayu (bersama-sama dengan Abang Haji Openg). Tuanku Bujang merupakan salah seorang pemimpin Melayu yang menentang penyerahan Sarawak kepada British pada tahun 1946. ini menyebabkan berlakunya perselisihan dengan Datu Bandar Abang Mustapha, pemimpin Melayu yang propenyerahan.
SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
IMAM BONJOL, TUANKUIMAM BONJOL, Tuanku (1772-1840), ulama dan pemimpin Gerakan Padri di Minangkabau. Dia lahir di Tanjung Bunga, Lembah Alahan Panjang. Sebelum dikenal dengan nama Tuanku Imam, dia dikenal dengan nama Mohamad Syahab dan dipanggil sebagai Peto Syarif, Malim Besar dan Tuanku Muda. SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TUANKU NAN RENCEH

TUANKU NAN RENCEH (   ?   - 1820-an), salah seorang pelopor gerakan padri di Minangkabau pada awal abad ke-19. Tuanku nan Renceh berasal dari Bukit Kamang, Agam, Sumatera Barat. Dia adalah salah seorang murid Tuanku nan Tuo di Koto Tuo, yang paling terkemuka. Dia ikut dalam gerakan pembaharuan ‘Kembali Kepada Syariat’ yang dilancarkan oleh Tuanku nan Tuo.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TUANKU SYED PUTRA IBNI SYED HASSAN JAMALULLAIL

TUANKU SYED PUTRA IBNI SYED HASSAN JAMALULLAIL (1920 -    ), Yang di-Pertuan Agong yang ketiga (1961 – 1966), Raja Perlis yang kelima (1949 -      ). Baginda diputerakan pada 25 November 1920. baginda dilantik sebagai Raja Perlis pada 4 November 1945. Tuanku Syed Putra mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Arau dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Penang Free School. Pada tahun 1939, baginda mula mendapat pendedahansebagai bakal raja. Baginda juga mendapat pendedahan dalam bidang perundangan dan pentadbiran di Mahkamah Rendah Kangar, Pejabat Tanah Kuala Lumpur dan Mahkamah Pengadil, Kuala Lumpur.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMANSEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN, sekolah menengah berasrama penuh. Sekolah ini terletak di jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak. Sekolah ini sebenarnya bermula dengan penubuhan Sekolah Menengah Melayu Ipoh dan ditubuhkan pada bulan Januari 1957.   Sekolah ini telah ditempatkan untuk sementara waktu di Baeza Avenue Off Jalan Ashby, Ipoh.  Bilangan pelajar pengambilan pertama ialah seramai 600 orang yang terdiri daripada pelajar lelaki. Sebanyak lima buah kelas telah dibuka dengan tenaga pengajarnya seramai 15 orang.  Pada tahun yang sama, kelas peralihan dibuka untuk seramai 160 orang pelajar.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
MADRASAH MELAYU SARAWAK

MADRASAH MELAYU SARAWAK, sekolah menengah kerajaan. Sekolah ini ditubuhkan  setelah kegagalan Government Lay School. Government Lay School kemudiaannya disatukan dengan Sekolah Kampung Jawa pada tahun 1931. James Brooke menamakan sekolah ini Malay College tetapi kemudiannya ditukarkan kepada Madrasah Melayu Sarawak. Antara pengetua sekolah ini ialah Tuanku Madhi bin Tuanku Osman (1930-1946) dan Haji Jol bin Abdul Rahman (1947-1955).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
DATO' BAHAMAN

DATO’ BAHAMAN (1838- ?), orang besar Pahang yang menyebelahi Wan Ahmad dalam rebutan kuasa di Pahang pada abad ke-19. Bahaman anak kepada Tuanku Imam Noh dengan Rokiah binti Tuk Setia Perkasa Semantan Abdul Rahman. Tuanku Imam Noh dipercayai berasal dari Kampar, Sumatera. Ketika kecil, Bahaman diserahkan kepada Bendahara Pahang, Wan Ali dan dia berkawan dengan Wan Ahmad, putera Bendahara Wan Ali. Bahaman mahir dalam bidang perburuan, bermain gasing, berlaga buah keras dan bermain sepak raga. Bahaman bersama-sama Wan Ahmad menjual ikan dan garam kepada penduduk di Hulu Pahang.

   

 

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
123

Kembali ke atas