Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.lar] | تولر

Definisi : ; menular 1 berjangkit atau merebak (ttg penyakit atau benih penyakit): Penyakit anjing gila mudah ~. 2 ki merebak ke merata-rata (ttg sesuatu yg kurang baik). menulari berjangkit pd; menjangkiti: Penyakit taun yg ~ penduduk-penduduk di situ belum dpt dihapuskan lagi. menularkan menjadikan menular; menyebabkan berjangkit; menjangkitkan. ketularan kena penyakit menular. penularan perihal menular, menulari atau menu­larkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tu.lar] | تولر

Definisi : ; menular 1. membiak atau menjangkit (penyakit, benih penyakit): penyakit itu mudah ~; 2. ki merebak ke merata-rata tempat (sesuatu yg kurang baik), menjalar: apabila sikap acuh tak acuh ~ kpd seluruh masyarakat, apa-apa rancangan pun tidak akan men­dapat sambutan;menulari menular kpd, berjangkit kpd, menjangkiti: penyakit malaria yg ~ penduduk kawasan luar bandar masih belum dapat dihapuskan lagi; menularkan menjadikan menular, merebak­kan, menjangkitkan: ada antara kita yg secara sedar atau tidak sedar telah mena­nam­kan dan ~ keresahan sesama manusia; ketularan dihinggapi penyakit menular, kejangkitan; penularan perihal menular (menulari, menularkan): ~ krisis itu hanya berkisar antara beberapa orang anggota yg tertentu; penular agen (spt serangga dsb) yg menular­kan penyakit dsb: serangga itu berperanan sbg ~ penyakit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tular
Kata Terbitan : menular, menulari, menularkan, penularan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perkataan tular yang menggantikan 'viral' diterima pakai dalam bahasa Melayu? Terima kasih.Untuk  makluman tuan, istilah tular merupakan cadangan padanan bahasa Melayu bagi perkataan "viral" dan boleh digunakan.Istilah11.01.2017
1) Apakah istilah yang tepat bagi menggantikan perkataan Coaching & Mentoring? 2) adakah istilah berikut telah diwartakan oleh DBP; TULAR bagi menggantikan VIRAL; PASCA NILAI (POST MORTEM) dan SWAFOTO (SELFIE)1. Padanan bahasa Melayu bagi istilah coaching & mentoring ialah Bimbingan dan Pementoran

2. Untuk  makluman tuan, istilah tular, pascanilai dan swafoto merupakan cadangan bahasa Melayu bagi perkataan viral, postmortem dan selfie dan perkataan tular, pascanilai dan swafoto boleh digunakan.
Penyemakan dan penterjemahan05.01.2017
Assalamualaikum... Saya hendak bertanya. Sekarang tular di fb mengenai terjemahan perkataan foodtruck kepada BM menjadi kendera saji. Adakah benar? Terima kasih.Antara prinsip pembentukan istilah ialah mengambil bentuk bahasa Melayu yang lazim, seperti food truck diberi padanan trak makanan. Bentuk lazim biasanya lebih akrab dan mudah diterima pengguna.Istilah08.09.2017
Assalamualaikum... Saya hendak bertanya. Sekarang tular di fb mengenai terjemahan perkataan foodtruck kepada BM menjadi kendera saji. Adakah benar? Terima kasih.Antara prinsip pembentukan istilah ialah mengambil bentuk bahasa Melayu yang lazim, seperti food truck diberi padanan trak makanan. Bentuk lazim biasanya lebih akrab dan mudah diterima pengguna.Istilah08.09.2017
Alhamdulilah media massa sekarang menggunakan perkataan "tular" menggantikan perkataan "viral" tetapi bagaimana pula dengan "sado" (lelaki berotot kekar/sasa)? Apakah langkah DBP untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat berbanding perkataan "sado" yang digunakan secara meluas di media massa (termasuk tajuk drama dll) dan juga di internet?Tidak ada perkataan sado yang merujuk maksud berkenaan dalam pangkalan data kami. Perkataan yang membawa maksud yang hampir sama ialah perkasa atau sasa.Tatabahasa17.02.2017
Assalamualaikum dan salam sejahtera Mohon diterangkan maksud sebenar "Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda" dalam konteks terma khusus. Ada tafsiran yang tersebar di internet yg mengatakan maksudnya "debu di sisi Tuhan Yang Maha Mulia" dan "selipar pelapik kaki kepada Baginda Rasulullah". Saya merasakan ini hanyalah tafsiran peribadi tanpa asas yang sahih. Harap dapat penjelasan yang sebenar daripada pihak berautoriti. Terima kasih. https://www.facebook.com/thepatriots2020/photos/a.182165691977464.1073741828.181500092044024/630382513822444/?type=3Tidak ada maklumat penggunaan kata "Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda" dalam sumber rujukan kami, melainkan maksud setiap patah perkataan tersebut. Pandangan yang tular dalam media sosial  itu tidak dapat kami mengesahkan kerana tiada kajian/dapatan yang sahih mengenainya.Tatabahasa27.04.2017

Kembali ke atas