Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.lén] | تولين

Definisi : /tulén/ tidak bercampur dgn yg lain; bukan tiruan; sejati; asli: Melayu ~; emas ~. menulenkan menjadikan tulen; memproses supaya tulen. ke­tulenan keadaan atau sifat tulen; kese­jatian. penulenan perihal atau perbuatan menulenkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tu.lén] | تولين

Definisi : (tulén) tidak bercampur (dgn yg lain), bukan tiruan, asli, sejati: anak Melayu ~; emas ~ emas yg sejati (bukan campuran); ketulenan perihal tulen, keaslian, kesejati­an: duit ialah sj mata wang yg dibuat drpd logam yg mempunyai timbangan dan ~ yg diakui oleh pihak pengeluarnya; penulenan 1. proses menulenkan sesuatu unsur: proses ~ silikon; 2. alat utk menceria­kan sesuatu spt air, udara, dll: milikilah ~ air percuma yg istimewa ini apabila anda mem-beli mana-mana mesin basuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tulen (adjektif)
Bersinonim dengan asli, jati, murni, ceria, asali;,
Kata Terbitan : ketulenan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Ejaan TULEN tertera dalam Kamus Dewan. Cuma saya ingin tahu adakah ejaan tersebut termasuk dalam pola ejaan huruf vokal yang termasuk dalam 18 pola. Kenapa tidak dieja TULIN yang mengikut pola u-i. Terima kasih

Kata 'tulen' berasal daripada bahasa Indonesia. Sama seperti 'perabot', 'tulen' juga terkecuali daripada pola keselarasan vokal dalam Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu.

 

 

Tatabahasa07.04.2011
Huraian tentang perkataan Akronim tulenMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, akronim ialah kependekan yg terbentuk drpd gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yg boleh diujarkan sbg satu perkataan (mis RISDA, MARA). Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.  Istilah14.05.2009
HURUF KONSONAN DAN HURUF VOKALVokal ialah vokal tulen (Lin) huruf hidup atau huruf saksi. Terdapat enam fonem vokal dalam bahasa Melayu iaiti: a, e, é, i, o, u. Manakala konsonan pula ialah (Lin) huruf selain vokal seperti t, s, l, m, n, dan lain-lain. Sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (halaman 298) dan Ensiklopedia Bahasa Melayu (halaman 29,55,96) untuk mendapatkan keterangan lanjut.Tatabahasa19.04.2013
concentrate the stock clear basic stockmemekatkan stok dan tulen/asli stok asas jernihLain-lain26.03.2007
apakah bezanya bumiputera dng melayuKamus Dewan menakrifkan bumiputera ialah anak tulen dari sesebuah negara; atau disebut juga peribumi. 

Manakala Melayu ialah nama suatu bangsa dan bahasa (ter­utama di Semenanjung Malaysia); masuk ~ a) mengikut cara hidup orang Melayu; b) masuk Islam; memelayukan menterjemahkan ke dlm bahasa Melayu, menjadikan bersifat atau menunjukkan ciri-ciri bahasa Melayu: ~ isti-lah ilmiah; kemelayuan ciri atau sifat yg memperlihat­kan keperibadian orang Melayu: suasana kampung yg masih terikat erat dgn tradisi dan adat-istiadat ~nya; golongan yg mahu unsur ~ diutamakan; pemelayuan perihal (perbuatan dsb) meme­layukan: ~ istilah.
Walau bagaimanpun untuk aspek yang lebih teknikal saudara perlu merujuk sumber yang sahih seperti Perlembagaan Persekutuan untuk memperincikan maksud bumiputera dan Melayu.
Tatabahasa28.11.2012
Senarai vowel dan konsonan Bahasa MelayuVokal ialah vokal tulen (Lin) huruf hidup atau huruf saksi. Terdapat enam fonem vokal dalam bahasa Melayu iaiti: a, e, é, i, o, u. Manakala konsonan pula ialah (Lin) huruf selain vokal seperti t, s, l, m, n, dll. Sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (halaman 298) dan Ensiklopedia Bahasa Melayu (halaman 29,55,96) untuk mendapatkan keterangan lanjut.Lain-lain20.02.2010
istilah "work-based learning" dan "work-based training" dalam ilmu pendidikan; apakah terjemahan yang tulen dalam bahasa Melayu?Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "work-based learning" dan "work-based training" ialah pembelajaran berasaskan kerja dan latihan berasaskan kerja.Istilah19.04.2016
apakah erti jati diri dan cara yang betul menggunakan istilah ini.Jati bermakna sejati asli, murni, tulen, tidak bercampur, yg. sebenarnya. Jati diri bermakna identiti diri, keperibadian diri yang masih utuh dengan nilai-nilai adat, budaya, agama, bangsa dan negara. Ia boleh digunakan mengikut kesesuaian situasi dan konMakna20.05.2005
Bolehkah saya mendapatkan definisi yang tepat dan mudah difahami serta mudah untuk dijelaskan kepada orang ramai mengenai Defisini:- i. Bumiputera ii. Bukan Bumiputera

Kamus Dewan menakrifkan bumiputera ialah anak tulen dari sesebuah negara; atau disebut juga peribumi. Walau bagaimanpun untuk aspek yang lebih teknikal saudara perlu merujuk sumber yang sahih seperti Perlembagaan Persekutuan untuk memperincikan maksud bumiputera dan bukan bumiputera. Kamus Dewan hanya memberikan makna untuk difahami dan tidak melibatkan aspek teknikal atau perundangan.

Makna08.04.2011
Soalan saya berkaitan dengan pengistilahan Authentic Project di dalam bahasa melayu. di harap mendapat pertimbamgan dengan kadaran segera.Untuk makluman, tidak ada istilah authentic project dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah authentic mempunyai beberapa padanan dalam bahasa Melayu, iaitu sahih, sah,  tulen, lengkap, asli, boleh dipercayai, autentik.  Padanan untuk authentic project bergantung pada konteks yang digunakan sama ada projek yang boleh dipercayai, projek tulen dan sebagainya.Istilah30.01.2011
123

Kembali ke atas