Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.lén] | تولين

Definisi : /tulén/ tidak bercampur dgn yg lain; bukan tiruan; sejati; asli: Melayu ~; emas ~. menulenkan menjadikan tulen; memproses supaya tulen. ke­tulenan keadaan atau sifat tulen; kese­jatian. penulenan perihal atau perbuatan menulenkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tu.lén] | تولين

Definisi : (tulén) tidak bercampur (dgn yg lain), bukan tiruan, asli, sejati: anak Melayu ~; emas ~ emas yg sejati (bukan campuran); ketulenan perihal tulen, keaslian, kesejati­an: duit ialah sj mata wang yg dibuat drpd logam yg mempunyai timbangan dan ~ yg diakui oleh pihak pengeluarnya; penulenan 1. proses menulenkan sesuatu unsur: proses ~ silikon; 2. alat utk menceria­kan sesuatu spt air, udara, dll: milikilah ~ air percuma yg istimewa ini apabila anda mem-beli mana-mana mesin basuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tulen (adjektif)
Bersinonim dengan asli, jati, murni, ceria, asali;,
Kata Terbitan : ketulenan,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
rambut atau janggut secara bertompok akibat inflamasi mikro- skopik. (UBAT) alpha amanitin (alfa amanitin) Amatoksin yang sering digunakan dalam penyelidikan untuk menghalang transkripsi. (BIO) alpha cellulose (alfa selulosa) Bahan selulosa tulen yang telah dikeluarkan ligninnya dan yang tidak larut dalam 17.5% natrium hidroksida akueus. Hidrolisis bahan ini menghasilkan glukosa. (HUT) alpha chain (rantai alfa) Satu daripada dua rantai polipeptida yang arka itu diperbuat daripada karbon dan digunakan untuk pengimpalan dan lam- pu berkeamatan tinggi. 2. Sumber cahaya cemerlang antara dua rod karbon yang bersentuhan. (FIZ) carbon black (karbon hitam) Karbon tulen dalam bentuk yang sangat halus. Karbon hitam disediakan se- cara pembakaran tak lengkap atau secara penguraian terma gas asli. Karbon hitam digunakan untuk membuat dakwat, kertas karbon, bahan keluaran getah

Kembali ke atas