Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.lén] | تولين

Definisi : /tulén/ tidak bercampur dgn yg lain; bukan tiruan; sejati; asli: Melayu ~; emas ~. menulenkan menjadikan tulen; memproses supaya tulen. ke­tulenan keadaan atau sifat tulen; kese­jatian. penulenan perihal atau perbuatan menulenkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tu.lén] | تولين

Definisi : (tulén) tidak bercampur (dgn yg lain), bukan tiruan, asli, sejati: anak Melayu ~; emas ~ emas yg sejati (bukan campuran); ketulenan perihal tulen, keaslian, kesejati­an: duit ialah sj mata wang yg dibuat drpd logam yg mempunyai timbangan dan ~ yg diakui oleh pihak pengeluarnya; penulenan 1. proses menulenkan sesuatu unsur: proses ~ silikon; 2. alat utk menceria­kan sesuatu spt air, udara, dll: milikilah ~ air percuma yg istimewa ini apabila anda mem-beli mana-mana mesin basuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tulen (adjektif)
Bersinonim dengan asli, jati, murni, ceria, asali;,
Kata Terbitan : ketulenan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ice pointtakat aisFizikHabaTitik tetap pada skala suhu ketika udara, ais tulen, dan air tulen berada dalam keseimbangan pada tekanan piawai 1 atmosfera.
pure linetitisan tulenBioteknologiTiadaPembiakbakaan sebenar (homozigot) genotip atau siri generasi selanjar bagi sesuatu organisma yang sentiasa berada dalam keadaan homozigot bagi satu ciri atau lebih. Titisan tulen dihasilkan secara pembiakbakaan dalam pada haiwan, atau pendebungaan sendiri pada tumbuh-tumbuhan.
pure rotationputaran tulenMekanikGunaanGerakan yang berlaku dengan satu titik pada jasad yang berkenaan adalah tetap, iaitu titik itu tidak bergerak di ruang. Bagi gerakan satah, putaran tulen melibatkan gerakan sudut di sekitar paksi serenjang yang melalui titik tetap tersebut.
BrixBrixMakanan dan PemakananTeknologi MakananSkala bagi mengukur kandungan pepejal yang larut dalam larutan tulen seperti larutan sukrosa. Dalam larutan tulen, satu darjah Brix (1oBrix) bersamaan dengan 1% pepejal larut. Ia boleh diukur menggunakan hidrometer atau refraktometer.
adulterated foodmakanan tak tulenMakanan dan PemakananMakananMakanan yang ditambah atau diganti dengan bahan yang lebih murah dan rendah kualitinya. Bahan ini digunakan untuk menggantikan sebahagian besar ramuan yang lebih bernilai dalam makanan tersebut. Contoh makanan tak tulen ialah jus oren yang ditambah air, madu yang ditambah gula dan rempah yang ditambah tepung kanji.
PT phase diagramgambar rajah fasa PTKejuruteraanKejuruteraan KimiaPlot tekanan melawan suhu bagi data tekanan wap pepejal tulen pada suhu tertentu hingga ke titik suhu tigaan dan juga tekanan wap cecair tulen pada suhu di atas titik suhu tigaan. Gambar rajah ini memberikan sempadan fasa pepejal, cecair, dan gas pada tekanan dan suhu yang ditetapkan.
property change of mixingperubahan sifat pencampuranKejuruteraanKejuruteraan KimiaPerbezaan antara sifat larutan dengan jumlah sifat tulen spesies di dalam sesuatu campuran yang dijelaskan sebagai DM = M � Sxj Mj , dengan DM = perubahan sifat pencampuran, Mj = sifat tulen komponen j, M = sifat larutan, x = pecahan mol komponen j.
standard state fugacity of liquidfugasiti keadaan piawaian cecairKejuruteraanKejuruteraan KimiaFugasiti piawaian dalam fasa cecair adalah pada keadaan cecair tulen pada tekanan 1 atmosfera atau 1 bar pada keadaan suhu sistem. Misalnya, untuk komponen tulen j, fugasiti piawaian cecair, ialah 1.
enthalpy change of mixingperubahan entalpi pencampuranKejuruteraanKejuruteraan KimiaPerbezaan antara entalpi larutan sebenar dengan jumlah entalpi spesies tulen yang dijelaskan sebagai DH = H - SxjHj , dengan DH = perubahan entalpi pencampuran (J/mol), H = entalpi larutan sebenar (J/mol), Hj = entalpi spesies tulen (J/mol), xj = pecahan mol. Perubahan entalpi pencampuran adalah sepadan dengan entalpi lebihan HE, iaitu DH = HE.
entropy change of mixingperubahan entropi pencampuranKejuruteraanKejuruteraan KimiaPerbezaan antara netropi larutan sebenar dengan jumlah entropi spesies tulen yang dijelaskan sebagai DS = S � RSxjSj , dengan DS = perubahan entropi pencampuran (J/mol K), S = entropi larutan sebenar (J/mol K), Sj = entropi spesies tulen (J/mol K), xj = pecahan mol. Perubahan entropi pencampuran dihubungkan dengan entropi lebihan SE sebagai DS = SE � RSxj 1n xj.
12345678910...

Kembali ke atas