Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tum.buh] | تومبوه

Definisi : 1 hidup dan bertambah besar (ttg benih, pokok dll). 2 menjadi besar ttg tubuh dsb); membesar. 3 timbul dan bertambah sempurna (ttg bahagian tubuh spt gigi, rambut). 4 timbul atau terbit sesuatu hal: Jika ~ sesuatu perkara, beritahu saya. menumbuhi tumbuh di: Kulitnya ditumbuhi bintik-bintik merah. menumbuhkan 1 menjadikan tumbuh atau hidup; memelihara su­paya berkembang atau bertambah besar. 2 menimbulkan atau mem­bangkitkan sesuatu perasaan: Apa yg ~ perselisihan itu? tumbuhan 1 = ketumbuh sesuatu (spt bintil, ketuat) yg tumbuh atau hidup pd sesuatu yg lain. 2 = tumbuh-tumbuhan segala yg hidup dan berbatang (berakar, ber­dahan, berdaun dsb); pokok: ~ dan binatang memerlukan makanan dan air. ~ semusim tumbuh-tumbuhan yg hidup hanya satu musim (spt jagung, kacang). ketumbuhan 1 tisu yg mem­besar atau membengkak secara tidak normal, spt tumor. 2 sj penyakit kulit yg disebabkan oleh virus; cacar. 3 ditumbuhi (oleh): Kawasan itu ~ lalang dan duri. pertumbuhan perihal atau proses tumbuh (ttg manusia, tumbuh-tumbuhan dan binatang); tumbesaran: Makanan bayi mempengaruhi ~ mental dan fizikalnya. ~ pokok itu terbantut kerana iklim di situ tidak sesuai dgnnya. penumbuhan perbuatan (proses, hal dsb) menumbuhkan. penumbuhan perbuatan (proses, hal dsb) menumbuhkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tum.buh] | تومبوه

Definisi : ; ~ kelapa = ~ nyiur sj tumbuhan (pokok), Arthrophyllum diversifolium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tum.buh] | تومبوه

Definisi : 1. hidup dan menjadi bertambah besar atau sempurna (benih, pokok, rambut, dll): anak kelapa sudah mulai ~; janggutnya ~ panjang; 2. menjadi besar (tubuh badan dll), sedang naik: perempuan muda yg sedang ~; 3. terbit, terjadi, timbul (perkara): jika ~ satu-satu hal, aku tidak tahu, aku tidak mahu bertanggungjawab lagi; ~ di tanah yg gembur prb anak gadis yg kaya ibunya; di mana ~ di situ disiang prb jika telah terjadi sesuatu perkara atau perselisihan barulah diperiksa (diselesaikan); kerambil ~ di matanya prb a) perempuan muda yg elok rupa parasnya dan kaya pula; b) pembesar negeri yg cerdik lagi berada; tak ~ tak melata prb orang mengatakan tentang sesuatu perkara itu tentulah ada sebabnya; bertumbuh hidup, tumbuh: pokok labu air itu ~ menjalar ke sana ke mari; menumbuhi tumbuh (hidup) di: orang yg darahnya kotor selalu ditumbuhi jerawat; menumbuhkan 1. menjadikan tumbuh, menjadikan berkecambah: baja ini gunanya utk ~ benih semaian itu dgn cepat; 2. menjaga atau memelihara supaya tumbuh (hidup, berkembang, dll) dgn sempurna, memperbesar, memperkembang: tidaklah lebih menguntungkan bagi Filipina utk pindah kpd bahasa Melayu-Indonesia drpd ~ bahasa Filipina itu; 3. mendatangkan (menimbulkan, menerbitkan) sesuatu perasaan (perselisihan dll): pertentangan mata antara gadis dgn pemuda itu akhirnya ~ kasih sayang yg tiada taranya; tumbuhan 1. sesuatu yg tumbuh (berkecam­bah, hidup, dll); 2. = tumbuh-tumbuhan segala yg hidup dan berbatang (berakar, berdahan, berdaun, dll), pokok: paku-pakis mempunyai beberapa sifat yg sama dgn tumbuh-tumbuhan berbunga; 3. Jk sj bisul dlm daging; ~ dwimusim (Bio) tumbuhan yg menamatkan kitar hidupnya dlm dua musim, spt kubis dan lobak merah; ~ saka (Bio) tumbuhan yg hidup lebih drpd dua tahun (biasanya berbatang keras, berbunga serta berbuah pd setiap musim), mis pokok jati; ~ semusim (Bio) tumbuhan yg menyempurnakan keseluruhan kitar hidup-nya dlm satu musim tanaman (satu tahun), mis padi, jagung; ketumbuhan 1. ditumbuhi oleh: halaman rumah yg dahulunya dijagai dan ditanami bunga, sekarang ~ lalang; 2. penyakit kulit (yg mudah berjangkit), cacar; jenis-jenisnya: ~ bungkus, ~ jagung, ~ jintan, ~ ketumbar, dll; 3. (Ubat) tisu yg membesar atau mem­bengkak secara tidak normal, mis tumor; 4. = tumbuhan Jk sj bisul dlm daging; pertumbuhan perihal tumbuh, perkem-bangan: pokok yg tidak cukup baja dan air akan terbantut ~nya; penumbuhan perihal menumbuhkan: jaminan itu tidak akan bererti kalau usaha ~ bahasa itu sendiri tidak berjalan dgn sewajarnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Kacang kelisa tumbuh di dusun,
     Tumbuh sepohon di tiang layang;
Kami menyambut bersusun-susun,
     Kerana meraikan pengantin datang.


Lihat selanjutnya...(83)
Peribahasa

Tumbuh di tanah yang gembur.

Bermaksud :

Anak gadis daripada keluarga yang mewah-mewah.

 

Lihat selanjutnya...(47)

614

One good turn deserves another

Bantuan yang dihulurkan atau kebaikan yang ditunjukkan haruslah dibalas. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan tatkala hendak membalas budi orang yang selalu membantu kita).

Tebu ditanam takkan peria yang tumbuh.

''Thank you for saving my son's life. So, you must accept this gift as a token of my gratitude. One good turn deserves another,'' said Salina to me.

''Terima kasih kerana menyelamatkan anak saya. Oleh itu, terimalah hadiah ini sebagai tanda terima kasih daripada saya. Tebu ditanam takkan peria yang tumbuh,'' kata Salina kepada saya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chlorophyllklorofilKimiaBiokimiaPigmen tumbuh-tumbuh tetrapirol hijau yang larut di dalam minyak dan berfungsi sebagai pemfototerima bagi tenaga sinar dalam proses fotosintesis.
plantlettumbuhan anakBioteknologiTiadaTumbuh-tumbuhan kecil yang dapat dibiakkan menjadi tumbuh-tumbuhan baru. Tumbuh-tumbuhan ini digunakan untuk mengenal tumbuh-tumbuhan yang diperoleh daripada kultur tisu.
unsur tumbuh-tumbuhanunsur tumbuh-tumbuhanKesenianTiadaUnsur yang mengambil bentuk seperti bunga, daun, buah, akar, ranting, sulur atau pohon dijelmakan dalam bentuk ukiran, lazimnya, tumbuh-tumbuhan yang menjalar atau pohon yang mengeluarkan buah.
mycorrhizamikorizaBiologiMikologiSekutuan antara kulat dengan akar tumbuh-tumbuhan, termasuk spesies tumbuh-tumbuhan vaskular dan beberapa spesies tumbuh-tumbuhan bukan vaskular. Terdapat tiga jenis sekutuan ini yang telah dikenal pasti, iaitu ektomikoriza, endomikoriza, dan ektendomikoriza. akar kulat.
chloroplastkloroplasBiologiHistologi dan SitologiPlastid yang mengandungi klorofil, kadang-kadang berpigmen lain, yang terdapat pada sitoplasma sel tumbuh-tumbuhan. Pada tumbuh-tumbuhan tinggi kloroplas berbentuk seperti cakera, tetapi pada tumbuh-tumbuhan rendah, contohnya alga bentuknya berbagai-bagai-bagai dan sering kali didapati bersama pirenoid. Kloroplas diselaputi oleh dua lapisan membran dan mengandungi stroma tak berwarna, iaitu tempat wujudnya granum.
cover croptanaman penutupKejuruteraanTiadaTumbuh-tumbuhan yang boleh tumbuh sangat cepat digunakan sebagai tanaman di antara tanaman utama untuk mencegahkan hakisan.
cover croptanaman penutupPertanianTiadaTumbuh-tumbuhan yang boleh tumbuh sangat cepat digunakan sebagai tanaman di antara tanaman utama untuk mencegahkan hakisan.
grasslandpadang rumputGeografiTiada1. Salah satu daripada subpengelasan tumbuh-tumbuhan dunia. Ia tumbuh di kawasan yang kekurangan kerpasan dan satu musim kemarau yang tidak menggalakan tumbuhan pokok - pokok.
grasslandpadang rumputGeologiTiada1. Salah satu daripada subpengelasan tumbuh-tumbuhan dunia. Ia tumbuh di kawasan yang kekurangan kerpasan dan satu musim kemarau yang tidak menggalakan tumbuhan pokok - pokok.,2. Sebarang kawasan tumbuhan darat herba yang didominasi oleh spesies graminoid dan rumput.
trichometrikomBiologiHistologi dan Sitologi1 Bulu, sisik atau sesuatu yang tumbuh pada epidermis tumbuh-tumbuhan. 2 Lapisan sel dan selaput yang mengelilinginya yang membentuk filamen pada alga biru-hijau.
12345678910...

Kembali ke atas