Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tum.buh.tum.bu.han] | تومبوه-تومبوهن

Definisi : segala yg hidup dan berbatang (berakar, berdahan, berdaun, dll), pokok: paku-pakis mempunyai beberapa sifat yg sama dgn tumbuh-tumbuhan berbunga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Peribahasa

Alah limau oleh benalu.

Bermaksud :

Orang yang lama dialahkan oleh orang yang baru. benalu = tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di pohon lain.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tumbuh-tumbuhan menyerap air daripada akar kepada daun. atau Tumbuh-tumbuhan menyerap air dari akar ke daun. Munsyi, haraplah munsyi berikan tunjuk ajar TKTumbuh-tumbuhan menyerap air daripada akar kepada daun. Kata sendi nama dari untuk tempat dan masa, manakala kata sendi nama daripada untuk sumber, perbandingan dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 268. 
Tatabahasa04.07.2012
Bolehkah perkataan "tumbuh-tumbuhan" disingkatkan kepada "tumbuhan". Tajuk "Alam Tumbuhan" adakah frasa kata ini gramatis?Penggunaan yang betul ialah tumbuh-tumbuhan, Alam Tumbuh-tumbuhan.Ejaan05.05.2017
Adakah ayat ini betul? 1- Adakah tumbuh-tumbuhan sejenis benda hidup? ataupun 2- Adakah tumbuh-tumbuhan benda hidup?

Ayat yang betul ialah; Adakah tumbuh-tumbuhan tergolong dalam kumpulan benda hidup?

Tatabahasa25.03.2010
Yang mana lebih betul:- 1) Biasanya, tumbuh-tumbuhan yang tidak berbunga mempnyai spora 2) Tumbuh-tumbuhan yang tidak berbunga biasanya menpunyai spora. Terima kasihKedua-da ayat ini betul.Tatabahasa26.03.2010
saya ingin bertanya, adakah imbuhan pe/peng juga boleh merujuk kepada binatang dan tumbuh-tumbuhan? saya ingin mendapatkan takrifan bagi perkataan pengguna. contoh : pak mat membeli freskis untuk kucingnya tompok. pak mat tidak makan freskis itu. tompok yang makan. siapakah pengguna freskis itu? pak mat atau tompok? atau kedua-duanya? terima kasih. .Pengguna bermaksud orang dan lain-lain yang menggunakan termasuklah haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Hal ini boleh dijelaskan melalui konteks ayat atau penceritaan dalam ayat. Berdasarkan contoh ayat yang diberikan mudah untuk kita menentukan siapa yang menggunakan/makan makanan tersebut.Tatabahasa04.12.2012
Saya perlukan peribahasa yang berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan semulajadi. Tolong hantarkan segera.Mohon agar saudara membuat rujukan pada buku Peribahasa Bahasa Melayu. Bagi membantu, saudara boleh melayari laman web DBP di www.dbp.gov.my, klik pada Katalog Awam Dalam Talian. Bahan carian dapat diperoleh melalui laman web tersebut, atau membuat rujukan pada buku-buku terbitan DBP yang lain.Lain-lain07.10.2007
Ejaan spesies atau spesis yang tepat? spesies (spésis) golongan benda (binatang, tumbuh-tumbuhan, dll) yg mempunyai sifat yg sama atau bersamaan bangsa, jenis. Terima kasihEjaan yang betul ialah spesies.Tatabahasa01.11.2017
Organik - Naturally organic productOrganik - keluaran organik semulajadi Bahan @ proses yang ada kaitan dengan tumbuh-tumbuhan dan haiwan.Lain-lain09.03.2007
Salam sejahtera. Bolehkah saya tahu istilah yang sesuai bagi "pineland" dan "tropical hardwood hammocks", yang mana kedua-duanya merupakan sejenis tumbuh-tumbuhan. Terima kasih.Untuk makluman, istilah "pineland" dan "tropical hardwood hammock" tidak ada dalam pangkalan data kami. Istilah ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah15.04.2014
Salam sejahtera, Bolehkah tuan/puan memberikan penjelasan sama ada perkataan "ia" boleh digunakan sebagai kata ganti nama untuk merujuk subjek selain manusia dan binatang, tumbuh-tumbuhan, undang-undang, fenomena semulajadi dan sebagainya? Saya faham bahawa perkataan "ia" boleh digunakan untuk merujuk manusia dan tidak boleh digunakan untuk binatang, tetapi bagaimana pula dengan ayat seperti berikut: "Wabak denggi semakin menular di Malaysia. Ia membahayakan nyawa banyak penduduk" ? Adakah telah berlaku pertukaran dalam tatabahasa penggunaan perkataan "ia" kebelakangan ini, kerana sewaktu saya mengambil peperiksaan (tahun 2001) guru-guru bahasa sebulat suara menegaskan bahawa perkataan "ia" hanya boleh digunakan untuk merujuk manusia? Sekian, terima kasih dan selamat maju jaya.Salam sejahtera,

Untuk makluman, 'Ia'merupakan kata ganti nama diri ketiga atau kependekan bagi kata 'dia' dan 'ia' boleh merujuk benda yang dibicarakan tetapi bukan binatang. Untuk lebih jelas, sila rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4, halaman 556.
Tatabahasa30.09.2015
1234

Kembali ke atas