Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tum.buh.tum.bu.han] | تومبوه-تومبوهن

Definisi : segala yg hidup dan berbatang (berakar, berdahan, berdaun, dll), pokok: paku-pakis mempunyai beberapa sifat yg sama dgn tumbuh-tumbuhan berbunga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Peribahasa

Alah limau oleh benalu.

Bermaksud :

Orang yang lama dialahkan oleh orang yang baru. benalu = tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di pohon lain.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
plantlettumbuhan anakBioteknologiTiadaTumbuh-tumbuhan kecil yang dapat dibiakkan menjadi tumbuh-tumbuhan baru. Tumbuh-tumbuhan ini digunakan untuk mengenal tumbuh-tumbuhan yang diperoleh daripada kultur tisu.
unsur tumbuh-tumbuhanunsur tumbuh-tumbuhanKesenianTiadaUnsur yang mengambil bentuk seperti bunga, daun, buah, akar, ranting, sulur atau pohon dijelmakan dalam bentuk ukiran, lazimnya, tumbuh-tumbuhan yang menjalar atau pohon yang mengeluarkan buah.
mycorrhizamikorizaBiologiMikologiSekutuan antara kulat dengan akar tumbuh-tumbuhan, termasuk spesies tumbuh-tumbuhan vaskular dan beberapa spesies tumbuh-tumbuhan bukan vaskular. Terdapat tiga jenis sekutuan ini yang telah dikenal pasti, iaitu ektomikoriza, endomikoriza, dan ektendomikoriza. akar kulat.
chloroplastkloroplasBiologiHistologi dan SitologiPlastid yang mengandungi klorofil, kadang-kadang berpigmen lain, yang terdapat pada sitoplasma sel tumbuh-tumbuhan. Pada tumbuh-tumbuhan tinggi kloroplas berbentuk seperti cakera, tetapi pada tumbuh-tumbuhan rendah, contohnya alga bentuknya berbagai-bagai-bagai dan sering kali didapati bersama pirenoid. Kloroplas diselaputi oleh dua lapisan membran dan mengandungi stroma tak berwarna, iaitu tempat wujudnya granum.
mixotrophicmiksotrofBiologiFisiologi1. Haiwan atau tumbuh-tumbuhan yang mempunyai gabungan pemakanan holofit dan pemakanan saprofit. 2. Haiwan atau tumbuh-tumbuhan yang mendapat sebahagian daripada makanan daripada sumber luar. 3. Haiwan atau tumbuh-tumbuhan yang separa parasit.
phytobiologyfitobiologiBiologiTiada1. Biologi tumbuh-tumbuhan. 2. Sejarah hidup tumbuh-tumbuhan.
cellselBiologiHistologi dan SitologiUnit binaan tubuh haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang terdiri daripada protoplasma, yang biasanya bernukleus satu atau lebih dan berselaput membran plasma. Pada tumbuh-tumbuhan, dinding sel terdiri daripada sel yang tak hidup. Bentuk dan saiz sel berbagai-bagai, tetapi pada dasarnya memiliki proses metabolisme yang serupa. Tiap-tiap organisma hidup terbentuk daripada beberapa sel dan tiap-tiap sel itu berasal daripada sel yang sedia ada yang membiak melalui proses pembahagian. Pada prokariot, nukleus sel tidak mengandungi bahan gen, tetapi pada tumbuh-tumbuhan, protoplasma sel disebut sebagai protoplas, manakala dinding sel dan protoplasnya pula disebut sebagai sel tumbuh-tumbuhan. Satu sel boleh menggambarkan semua ciri sesuatu organisma atau fungsi khususnya.
distribution of vegetationtaburan tumbuh-tumbuhanGeografiTiadaTaburan ruangan dan masa tumbuh-tumbuhan di dalam sesebuah kawasan.
phytolithfitolitosGeologiTiada1. Struktur berbatu atau struktur mineral, biasanya terlalu halus untuk dilihat dengan mata kasar, yang dirembeskan oleh tumbuh-tumbuhan hidup.,2. Biolitos yang dibentuk oleh kegiatan tumbuh-tumbuhan atau terdiri daripada tinggalan tumbuh-tumbuhan.
psilophytepsilofitBiologiTiada1. Tumbuh-tumbuhan di kawasan savana. 2. Tumbuh-tumbuhan vaskular zaman Palaezoik.
12345678910...

Kembali ke atas