Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : segala yg hidup dan berbatang (berakar, berdahan, berdaun, dll), pokok: paku-pakis mempunyai beberapa sifat yg sama dgn tumbuh-tumbuhan berbunga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Peribahasa

Alah limau oleh benalu.

Bermaksud :

Orang yang lama dialahkan oleh orang yang baru. benalu = tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di pohon lain.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Duduk di ambung-ambung taji.Selalu dalam kekhuatiran. ambung-ambung taji = tumbuh-tumbuhan berduri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Alah limau oleh benalu.Orang yang lama dialahkan oleh orang yang baru. benalu = tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di pohon lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai diurap dengan daun katang-katang.Sangat marah. (Biasa juga: Bak termakan lemang mentah). katang-katang = sebangsa tumbuh-tumbuhan di tepi laut, getahnya sangat menggatalkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sedangkan pucuk lagi tak merah, konon pula selaranya.Waktu lagi kaya tidak pernah berderma, apalagi waktu miskin. selara = bulu halus-halus seperti miang pada tumbuh-tumbuhan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menangis daun bangun-bangun hendak sama dengan ilir-air.Keinginan yang bukan tempatnya kerana hendak menyamai orang yang lebih daripada dirinya. bangun-bangun dan ilir-air = sebangsa tumbuh-tumbuhan yang hampir sama daunnya, tetapi urat daun ilir-air harum baunya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lalang yang terbakar, sicerek menumpang mati.Terlibat dalam urusan orang lain; mendapat kecelakaan kerana kesalahan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Kena kecipak orang berbelut). sicerek = sebangsa tumbuhan yang biasa tumbuh dalam lalang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas