Assalamualaikum, Editor Tunas Cipta. Sebagai pembaca yang mengikuti perkembangan Tunas Cipta, bagaimanakah caranya untuk mengirim makalah atau esei kesusasteraan ke majalah Tunas Cipta? | Khay Barbara:saudara boleh e-mel karya ke alamat ini ghanig@dbp.gov.my atau sitinoorisa@dbp.gov.my | Lain-lain | 16.04.2012 |
Yang mana betul? a. baju melayu atau baju Melayu b. baju kebaya atau baju Kebaya c. pengakap atau Pengakap d. Tunas Puteri atau tunas puteri e. Persatuan Bulan Sabit Merah atau persatuan bulan sabit merah f. pengerusi atau Pengerusi g. setiausaha atau Setiausaha h. Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia Dalam buku teks BM SJK (C) tahun 5 wujudnya ayat berbunyi: ......sekolah saya mempunyai Taman Sains, Makmal Komputer........... Soalan saya: Mengapa Taman Sains, Makmal Komputer ditulis dalam huruf besar? Sekian, terima kasih. | Ejaan yang betul ialah: a. baju Melayu b. baju kebaya c. Pengakap d. Tunas Puteri e. Persatuan Bulan Sabit Merah f. pengerusi g. setiausaha h. Bahasa Malaysia (subjek) i. Taman Sains, Makmal Komputer - nama khas ditulis dengan huruf besar. | Tatabahasa | 07.01.2011 |
Soalan saya; 1. Ejaan yang tepat untuk anti-oksidan dan anti-keradangan 2. Ukuran atau Nilai berbentuk cm, mm liter Dan sebagainya perlu ditulis rapat atau jarak; 3-5cm atau 3,-5 cm. 3. Mata-tunas atau mata tunas (istilah saints) | Ejaan yang betul ialah: antioksidan, antikeradangan Cara penulisan untuk ukuran ialah dijarakkan daripada angka di hadapan: 3-5 cm Perkataan mata tunas dieja berasingan dan tanpa tanda sempang di tengah-tengahnya. | Ejaan | 04.09.2022 |
Salam. Saya mahukan kepastian berhubung makna "tut". Menurut Kamus Dewan, tut ialah hasil drpd mencantumkan tunas drpd satu pokok pd pokok yg lain yg sama jenisnya (supaya menjadi pokok yg lebih baik). Sedangkan, proses tut tidak melibatkan percantuman tunas. Salah seorang panel saya mengatakan proses mencantumkan tunas itu merupakan proses "kahwin". Tut hanya dibuang kulit pada batang, ditempekkan tanah pada kawasan tersebut sehingga tumbuh akar, kemudian batang tersebut dipotong untuk ditanam di tanah. Oleh itu, mohon kerjasama pihak DBP untuk membuat pengesahan berhubung kekeliruan makna ini. Sekian, terima kasih. | Salam, Untuk makluman, pihak kami biasanya akan memegang apa yang terakam dalam kamus sebagai rujukan. Akan tetapi, kami mengucapkan terima kasih atas makluman yang diberikan. Kami akan mengambil maklum akan hal tersebut dan cuba mengajukannya kepada bahagian yang terlibat untuk membuat semakan. | Makna | 27.11.2015 |
Dari segi Hukum D-M, Yang manakah betul ? (a) Kadet Pandu Puteri Malaysia ATAU Pandu Puteri Kadet Malaysia. (b) Renjer Pandu Puteri ATAU Pandu Puteri Renjer (c) Tunas Pandu Puteri ATAU Pandu Puteri Tunas Sekian, terima kasih. | jawapan yang betul, kadet pandu puteri, renjer pandu puteri, dan tunas pandu puteri | Tatabahasa | 09.11.2007 |
Salam 1 Malaysia, Saya ingin bertanya jika perkataan 'Residensi' wujud sebagai ganti nama Bahasa Inggeris 'Residency'? Perkataan tersebut banyak dilihat di pangsapuri-pangsapuri di Malaysia. Sekian. Terima kasih. | Untuk makluman, perkataan "Residensi" boleh digunakan untuk penamaan bangunan atau taman. Walau bagaimanapun, perkataan "Residensi" mesti diletakkan di depan, contohnya Residensi Tunas. Tunas Residensi adalah salah kerana mengikut bentuk bahasa Inngeris, iaitu "Tunas Residency". | Tatabahasa | 19.06.2015 |
Jabatan kerap menerima permohonan daripada pemaju untuk menggunakan perkataan 'Residensi' dalam urusan penamaan nama taman/bangunan. Adakah perkataan ini boleh/sesuai digunakan bagi pembangunan berstrata atau bukan berstrata. Sebagi contoh, 'Tunas Residensi' yang berasaskan kepada nama syarikat/pemaju. | Untuk makluman, perkataan "Residensi" boleh digunakan untuk penamaan bangunan atau taman. Walau bagaimanapun, perkataan "Residensi" mesti diletakkan di depan, contohnya Residensi Tunas. Tunas Residensi adalah salah kerana mengikut bentuk bahasa Inngeris, iaitu "Tunas Residency". | Lain-lain | 11.06.2013 |
Adakah Tunas Cipta dan Dewan Pelita majalah yang sama ? Dan dimanakah saya boleh belinya ? Adakah majalah atau buku ini terbitan bulanan ? Akhir sekali bolehkah saya membeli dengan harga promosi, jika buat pesanan untuk setahun ? | Untuk makluman, Tunas Cipta dan Dewan Pelita merupakan dua majalah yang berbeza. Saudara boleh mendapatkan kedua-dua majalah tersebut di Kedai Buku DBP. Untuk maklumat lanjut, mohon hubungi Kedai Buku DBP melalui nombor 03-2147 9636 untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Lain-lain | 16.01.2017 |
Hai, saya nak tanya penjodoh bilangan untuk brokoli. Setakat yang saya tahu brokoli kita gunakan sebiji. Tapi, bagaimana untuk setiap tunas daripada sebiji brokoli? Adakah betul kalau kita gunakan tunas brokoli? Untuk terjemahan yang saya jumpa dalam bahasa Inggeris, "Cutting each group of broccoli in half." Boleh cadangkan ayat yang sesuai? | Tidak semua benda diberikan penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda. Setiap penjodoh bilangan tidak semestinya bergantung pada fizikal tetapi mengikut konteks atau kesesuaian dalam ayat. Cadangan padanan yang sesuai ialah potongan kecil brokoli. | Istilah | 18.02.2023 |
soalan analogi cth: (ayam - reban) jawapan pilihan a) perahu - kayuh b) misai - cukur c) tunas - puteri d) beras - banting sila pilih jawapan | Puan Ruzita, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. soalan analogi cth: (ayam - reban) jawapan pilihan a) perahu - kayuh b) misai - cukur c) tunas - puteri d) beras - banting sila pilih jawapan jawapan yang tidak mengikut susunan analaoginya adalah a) perahu - kayuh | Tatabahasa | 18.03.2009 |