Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.nas] | تونس

Definisi : , = mata ~ bahagian tumbuh-tumbuhan yg baru tumbuh pd batang (dahan yg diparas dll); bakal dahan atau bakal ranting yg baru tumbuh. ~ baka tunas yg menjadi baka bagi sesuatu pokok yg dicantumkan. ~ celah (ketiak) tunas yg tumbuh di antara daun dgn dahan atau di antara daun dgn ranting. ~ hujung (pucuk) tunas yg terdapat di hujung ranting atau di hujung dahan. ~ padi batang padi yg tumbuh sesudah padi dituai. ~ rasa bintil-bintil pd lidah yg memungkinkan kita merasa sesuatu (manis, masin dll). ~ sulung tunas yg mula-mula sekali tumbuh dr biji. ber­tunas 1 mempunyai tunas; baru tumbuh tunasnya. 2 ki mempunyai keturunan; me­nurunkan baka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tu.nas] | تونس

Definisi : bahagian tumbuhan yg mulai tumbuh (pd batang, dahan yg diparas, dll), bakal cabang (dahan, ranting), kecambah, taruk; ~ baka tunas yg menjadi baka bagi sesuatu pokok yg dicantumkan; ~ celah = ~ ketiak tunas yg letaknya di antara daun dgn dahan (ranting dll); ~ hujung = ~ pucuk tunas yg terdapat pd bahagian hujung ranting; ~ padi batang padi yg tumbuh sesudah dituai; ~ rasa (Bio) sel di permukaan lidah yg membolehkan seseorang dapat mengetahui rasa makanan atau minuman, spt rasa pahit, masin, manis atau masam; ~ sulung tunas yg mula-mula sekali bercambah pd biji; tidak berasak ~ dr tunggul prb pangkat dll yg diwarisi oleh anak atau keluarga sendiri (di situ-situ juga); bertunas 1. tumbuh tunasnya (pokok dll): kacang soya yg ~ atau bercambah itu banyak mengandungi kalsium; 2. ki mem-punyai anak cucu, menurunkan zuriat, ber-keturunan; 3. ki tumbuh atau timbul, hidup, muncul, terbit: dlm tahun dua dan tiga puluhan, kesedaran kebangsaan mula ~; baru hendak ~ sudah dipetik, lama-lama matilah pokoknya prb baru sedikit mendapat keuntungan sudah memboros-boros; menunas 1. cambah atau timbul sbg tunas (tumbuh-tumbuhan); 2. = menunasi membuang (memangkas, memotong) tunas; menunaskan menjadikan bertunas, menim-bulkan, menerbitkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tunas (kata nama)
Bersinonim dengan pucuk, taruk, kecambah, sulur, mata, putih, kudup, bakal cabang, semi;,
Kata Terbitan : bertunas,

Peribahasa

Apabila tumbuh-nyiur itu patah,
     tumbuh-nyiur juga akan gantinya.

Bermaksud :

Ganti yang hilang mestilah yang sama pula. tumbuh-nyiur = tunas bibit kelapa.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
tebal dan berliang di bahagian tengahnya. Istilah ini digunakan khusus untuk spora liken yang kadangkala dikenali juga sebagai spora polarilokul. (BIO) blastesis (blastesis) Percambahan sel yis yang tidak membentuk sel tunas tetapi membentuk tiub tunas sehingga menghasilkan satu peringkat sel bermembran. (BIO) blastic (blastik) Merujuk kepada pembiakan atau pembentukan spora melalui pembahagian sel. (BIO) blastid (blastid) Salah satu sel atau unit askospora muriform pada liken

Kembali ke atas