Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.nu] | تونو

Definisi : sl dimakan api, terbakar; menunu 1. = menunukan membakar, me-nyalakan (api): dia tidak mempedulikan api yg hendak ~ rumahnya lagi; 2. tampak apinya, berkobar, menyala; ~ hati ki memanas-kan (menyakitkan) hati; tertunu terbakar; penunuan perihal menunu, pembakaran; penunu alat yg digunakan utk menunu, pembakar; ~ Bunsen penunu yg bahan bakarnya merupa-kan campuran gas bahan api dan udara, biasa-nya digunakan di makmal sains utk membuat uji kaji dsb; ~ gas bahagian yg bermuncung atau berlubang tempat keluarnya gas yg menjadi bahan bakar, mis pd dapur gas dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.nu] | تونو

Definisi : ; menunu menyala; berkobar. menunukan menyalakan api; mem­bakar. tertunu terbakar. penunuan perbuatan (hal dsb) menunu atau menunukan. penunu alat yg diguna­kan utk menunukan; bahagian (peli­ta, dapur dsb) yg mengeluarkan api; pembakar. ~ gas bahagian yg bermuncung atau berlubang tempat keluarnya gas yg menjadi bahan bakar, mis pd dapur gas. ~ Bunsen penunu gas yg digunakan dlm makmal sains yg berupa tiub (drpd logam) dan mempunyai injap udara di bahagian bawahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tunu