Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.ras] | تورس

Definisi : NS turus (utk pagar dll), tiang, tonggak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.ras] | تورس

Definisi : alat utk menapis, tapisan; kertas ~ kertas utk menyaring barang-barang cair; menuras menapis (dgn turas), menyaring; turasan hasil yg diperoleh drpd menuras; penurasan proses menuras. penuras alat utk menapis, penapis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
turas (kata nama)
Bersinonim dengan penuras, tapis, penapis, saring, penyaring;,
Kata Terbitan : menuras, turasan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Slam tuan, Saya mencadangkan supaya kitab-kitab turas dalam ejaan jawi disemak semula supaya diperbetulkan ejaannya mengikut ejaan jawi semasa,ini kerana mengelirukan dan membosankan kepada pelajar yang balajar ejaan jawi baru yang membaca kitab turas.

Terima kasih atas cadangan saudara. Satu cadangan yang bagus.

Tetapi sebagai seorang pelajar sepatutnya itulah proses yang perlu dilalui supaya kepakaran membaca kitab-kitab turas dipupuk. Tidak timbul soal bosan atau tidak.

Lain-lain09.06.2009
istilah kejuruteraan bagi- a) Condensate Filter b) Hydrogen Bullet c) Off Gas d) Accumulator e) solvent Feedstock f) Circulation g) Circulating h) Return Line Filter i) Top Circulating Reflux j) Colh front Cooler selain itu pengesahan bagi preheater sama ada prapemanas ataupun pemanas awal Terima kasih atas maklum balas yang bakal diberikan.

Puan,

Padanan istilah adalah seperti yang berikut:

i. turas peluwap ii. peluru hidrogen iii. tutup gas iv. penumpuk v. pelarut suapan vii. peredaran viii. edaran ix. turas garis balik x. refluks edaran atas  xi. perenggan dingin/sejuk xii. prapemanas

Istilah27.08.2010

Kembali ke atas