Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; menurun 1 meniru tulisan dll dr yg lain. 2 mencontoh perbuatan orang lain. menurunkan 1 menulis sesuatu kembali; menyalin dr sesuatu yg lain. 2 membuat karangan dll dgn mencontoh sesuatu yg lain: Hikayat Ken Tambuhan telah diturunkan dr Syair Ken Tambuhan. 3 membubuh (tandatangan dll) pd sesuatu: Ratu Elizabeth telah ~ tandatangannya pd buku itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : ; menurun 1. meniru (tulisan dll) drpd yg lain, menulis semula, menyalin; 2. meniru perbuatan orang lain, mencontohi orang lain; menurunkan, memperturunkan 1. menulis kembali, menyalin (drpd sesuatu yg lain): di bawah ini kita turunkan lima rangkap permulaan drpd Syair Perahu; ayat yg diperturunkan di bawah ini mengandungi beberapa kekurangan tentang jalan bahasa-nya; 2. membuat karangan dll dgn memadan-kannya dgn yg lain, mencontohi (karangan dll) yg lain: Hikayat Ken Tambuh­an naskhah ini telah diperturunkan drpd Syair Ken Tam-buhan; 3. menulis (dgn lengkap), mencatat-kan: di bawah ini diturun­kan dgn ringkas cara-cara yg diguna­kan oleh penyair Melayu utk mendapatkan rima; 4. membubuh (tanda-tangan, cap, dll) pd sesuatu: pengantin lelaki itu ~ tandatangan­nya ke dlm Buku Daftar Perkahwinan kera­jaan; turunan sesuatu yg diturunkan (surat dll), salinan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. dr tempat yg lebih tinggi ke tempat yg lebih rendah, dr atas ke bawah, lwn naik; 2. (datang) dr hulu ke hilir atau dr daerah atas angin ke bawah angin: ia baru ~ dr merotan; maka iaitu ~ dr Yaman ke bawah angin, maka singgahlah ia di Tanah Keling; 3. (pergi) dr pedalaman (kampung dll) ke bandar: terpaksa juga saya ~ ke bandar hari ini; 4. mengendap ke bawah (keladak dlm air dll): hampas kopi itu telah ~; 5. surut (air); 6. hampir terbenam (matahari, bulan, dll), jatuh: matahari ~ matahari sudah hampir terbenam; (matahari) tengah ~ waktu petang (lebih kurang pukul 3.30); 7. ki telah berkurang (marah, nafsu, dll), reda: kemarahannya tidak juga ~-~ lagi; 8. keluar atau meninggalkan kenderaan ke bawah, keluar dr perahu dll dan naik ke darat: maka ~lah orang sekoci pergi mengambil air; maka lalu ~lah sahaya berjalan-jalan melihat-lihat kampung dan pasar di situ; 9. dr darat pergi naik ke kapal (perahu dll), menaiki kapal (perahu dll): maka ~lah ia ke sampannya lalu berkayuh; 10. keluar dr rumah, pergi atau pulang (tetamu): lebih kurang pukul sebelas malam barulah kami ~ dr rumahnya; 11. menjadi kurang atau rendah drpd biasa (harga dll), jatuh, merosot, susut (hasil dll): naik dan ~nya jualan tuan pd tiap-tiap bulan, terpulanglah kpd ke-cekapan tuan menguruskan perniagaan; 12. datang dr sesuatu yg dianggap tinggi (di atas): semua sekali ayat yg terhimpun di dlm Quran sekarang ini ~nya dlm waktu dua puluh tiga tahun; 13. mewarisi sesuatu (perangai dll) drpd datuk nenek dll; 14. memasuki (roh, orang halus, dll); 15. datang jatuh (hujan, salji), datang bertiup (angin ribut): tiba-tiba ~lah hujan rintik-rintik; pd pagi itu ~lah pula ribut serta dgn hujannya; 16. hilang warnanya (kain dll), luntur (warna kain dll): corak yg tidak ~, iaitu warnanya tidak berubah apabila dibasuh; ~ darah a) keluar darah dgn banyaknya (perempuan yg telah bersalin atau keguguran); b) sudah reda (berkurangan) marahnya; ~ haji kembali selepas mengerjakan haji (di Mekah); ~ harga menjadi lebih rendah harganya; ~ ke sawah pergi bekerja di sawah; ~ main Jk berehat (bagi kanak-kanak sekolah) separuh waktu; ~ makan Jk berhenti bekerja utk makan (pekerja); ~ mandi = ~ ke air upacara memandikan bayi utk pertama kali; ~ merek Id a) mendapat nama buruk; b) sudah tidak megah lagi; ~ minum Jk berhenti bermain utk minum (pemain bola sepak dll); ~ minyak menjadi berang atau ganas (binatang spt gajah dll); ~ naik = naik ~ a) tidak sama atau tidak rata (jalan dll), tinggi rendah; b) sekejap turun sekejap naik (nafas dll), sentiasa bergerak-gerak; c) sentiasa berubah-ubah, tidak tetap (ekonomi sesebuah negara dll); ~ padang pergi sendiri (biasanya pemimpin, pembesar dsb) ke sesuatu tempat utk menyiasat (meninjau, melihat dsb) sesuatu keadaan, masalah dsb; ~ ranjang Jk mengahwini saudara atau sanak isteri yg telah meninggal; ~ takhta = ~ dr takhta kerajaan = ~ dr kebesaran mening­galkan takhta (tidak menjadi raja lagi), makzul; ~ tangan a) turut mencampuri sesuatu hal dll; b) turut menyiapkan sesuatu pekerjaan dll; c) turut memberikan pertolongan (kpd orang miskin dll); ~ tangga a) turun melalui tangga; b) bertingkat-tingkat (pangkat, tinggi, umur, dll) dan hanya sedikit sahaja bezanya; c) Sr istiadat membawa pengantin laki-laki turun dan naik tangga sebanyak tiga atau tujuh kali (oleh pihak pengantin perempuan); ~-temu-run = ~-menurun berpindah-pindah drpd bapa kpd anak, drpd anak kpd cucu dan seterusnya, drpd nenek moyang turun kpd anak cucu dll; sama ~ dgn malim prb perempuan yg dlm tempoh sebulan sahaja sesudah kahwin di-ceraikan oleh suaminya; berturun turut mengeluarkan wang sbg derma (yuran, sokongan, dll): mereka ~ lima ringgit seorang utk menolong mangsa banjir di Kelantan; menurun 1. agak miring (tanah, pantai, dll), landai ke bawah: gunung itu ~ dgn curam-nya arah ke timur; 2. pergi dr atas ke bawah (bukit dll), pergi melalui lereng bukit dll ke bawah: ia bergegas melangkah ~ bukit yg curam menjunam itu; 3. menjadi kurang drpd biasa, beransur-ansur turun, menjadi reda (kemarah­an dll), berkurang, surut, susut: debar darahku ~ dan dadaku terasa lapang; mereka ditangkap kerana dituduh menjalankan sabotaj yg menyebabkan peng-hasilan kilang itu ~; 4. berpindah kpd (drpd bapa kpd anak, drpd anak kpd cucu, dll), turun kpd: ia benar-benar ~ kelakuan bapanya; 5. kemasukan roh halus ke dlm tubuh (pawang, bomoh, dll), berada dlm keadaan tidak sedar dan seterusnya dapat menghubungi makhluk-makhluk halus (bkn bomoh, pawang, dll), bersawai: cara mengubat penyakit kadang-kadang dilaku­kan dgn cara ~; saya dapat menyaksikan bagaimana gayanya orang berpawang dan pawang ~ hantu; ~ hujan mendatangkan hujan; menuruni 1. turun melalui (tangga, lereng bukit, dll): kemudian dia berlari-lari ~ tangga hotel itu; 2. turun utk mengambil dll sesuatu, turun ke; ~ telaga turun ke dlm telaga; 3. keluar dr rumah utk menghadap (menangkap, mengejar), turun utk menyambut (kedatangan orang dll): jikalau anak raja datang, tiada dituruninya, melainkan anak raja yg akan ganti kerajaan maka dituruninya; menurunkan 1. membawa turun (ke bawah), menarik turun, menjatuhkan, merendahkan: dilihat orang layang-layang Raja Ahmad sudah naik, maka segala orang banyak ~ layang-layangnya; maka sekalian baris itu ~ senapangnya memberi hormat; 2. menge-luarkan dr kenderaan (kereta, perahu, dll), menyuruh turun: setelah ~ kami di masjid besar, maka drebar itu pun membawa balik motokar itu ke Yan; 3. menjadikan rendah (pangkat, kedudukan, dll), memakzulkan (raja dll): setelah Abdullah menjadi sultan memanglah sukar hendak ~nya balik; 4. menjadikan kurang (harga dll), mengurang-kan, menyusutkan (hasil dll), memerosotkan: ia boleh membuat undang-undang baru, menukar undang-undang lama, menaikkan atau ~ cukai; 5. menjadikan perlahan (suara), merendahkan; 6. memindahkan sesuatu kpd (anak, cucu, dll), mewariskan sesuatu kpd, meninggalkan (harta, ilmu, dll) kpd: harta si mati itu mesti diturunkan kpd warisnya; dia akan ~ ilmunya kpd orang yg hanya betul-betul hendak belajar sahaja; ~ baka memin­dahkan baka; ~ kuasa memindahkan kuasa (kepada orang bawahan dll); 7. menternak­kan, menggembalakan (lembu dsb); 8. men-datangkan (wahyu dll) kpd, menyampai­kan (ilham dll) kpd, mewahyukan, meng­ilham-kan: wajib kita percaya kpd kitab-kitab yg diturunkan oleh Allah kpd rasul-rasul; 9. memulakan menanam (padi dll): maka bertitah baginda suruh Bujang Selamat panggil Tuk Bidan Raja datang menugal dan ~ benih; 10. menyebabkan turun, meng-gugurkan, menjatuhkan: kebanyakan hujan di Semenanjung adalah hujan ribut yg ~ sampai 30 cm dlm sehari; 11. menjadi­kan turun (warna kain dll), melunturkan (warna), memudarkan: serbuk pencuci itu akan ~ warna dan merosakkan corak kain itu; 12. Id membentuk kata terbitan drpd kata pokok yg diberi imbuhan (awalan, sisipan, atau akhiran): dgn bersisipkan em, kata gerlap diturunkan menjadi gemerlap; 13. memilih atau meletakkan pemain dlm pertandingan (bola sepak dll), memilih pemain utk mewakili sesuatu pasukan (dan seterusnya bermain dlm sesuatu perlawanan): mereka telah ~ pemain-pemain yg handal utk menentang pasukan dr luar negara itu; memperturun; ~ hari mendatangkan hujan dgn doa dll; turunan 1. = keturunan anak cucu, baka, zuriat: betapa senang dan gembira hati Pak Long Karim melihat usahanya dan jasanya utk anak dan ~nya masa akan datang; 2. peranakan, kacukan: dekat baginda kelihatan perajurit pilihan, iaitu perajurit Daengan dan Bugisan ~ Mengkasar dan Bugis; 3. sesuatu yg dipusakai drpd nenek moyang, sesuatu yg turun-temurun: ayahnya sendiri seorang tua model lama, amat kukuh meme-gang kebiasaan ~, tetapi tidak pandai men-jaga anaknya; 4. = kata ~ Id (Lin) kata yg dibentuk drpd kata pokok, kata terbitan, kata bersambungan; 5. bp penurunan; keturunan 1. yg diturunkan drpd, anak cucu kpd, turunan, zuriat: dlm bahasa Melayu klasik kata putera semata-mata diperun­tukkan bagi anak laki-laki ~ raja; 2. sesuatu yg diwarisi: dia memang orang biasa yg tidak mempunyai gelar ~ apa-apa; 3. menderita (sakit dll) yg turun-temurun, mendapat sesuatu yg menurun; 4. perihal dimasuki roh halus, kemasukan roh halus; berketurunan mempunyai keturunan (zuriat);penurunan 1. bahagian bukit (lereng, jalan, dll) yg menurun,  (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
turun (kata kerja)
1. Bersinonim dengan dari atas ke bawah: dari hulu ke hilir, dari pedalaman ke bandar,
Berantonim dengan naik

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan jatuh, terbenam, menggelincir, melincir, bergelingsir, meruyup, memantai, masuk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan reda: berkurang, surut,

4. Bersinonim dengan keluar: pergi, pulang, bertolak, meninggalkan rumah,

5. Dalam konteks harga
bersinonim dengan jatuh, susut, merosot, meleset, berkurangan, menjunam,
Berantonim dengan naik

6. Dalam konteks warna
bersinonim dengan luntur, pudar, hilang, berubah, leta,

Kata Terbitan : menurun, menurunkan, keturunan, penurunan,

Puisi
 

Pergi ke teluk turun mandi,
     Turun mandi Kuala Kelantan;
Racun bisa makan tak mati,
     Inikan pula mabuk santan.


Lihat selanjutnya...(127)
Peribahasa

Naik seperti semut,
     turun seperti ribut.

Bermaksud :

Hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Naik melompat, turun terjun, b. Naik membilang anak tangga, turun selangkah jejaklah ke bumi).

 

Lihat selanjutnya...(28)

623

Union is strength

Maksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian.

Seukur berbaur, bertopeng bercerai.

We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed that union is strength, we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down.

Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa seukur berbaur, bertopeng bercerai. Oleh itu kami beramai-ramai memulaukan daging ayam dengan harapan harganya akan turun.Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(9)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
lorot; melorot 1. melungsur turun, merosot, turun (pangkat, harga barang, dll): kain selimutnya sudah ~ ke bawah pinggangnya; 2. Jw menghilangkan lilin pd kain batik selepas diwarnai; melorotkan melungsurkan turun, menurunkan (pangkat, harga, dll); terlorot melorot dgn tidak terkawal: sesekali saya hampir ~ juga jika tidak sempat menyambar akar di lereng bukit itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
pepatilpatil; turun ijuk turun ~ prb barang yg dibeli hendaklah dibayar sekali.Kamus Dewan Edisi Keempat
turun pangkata) turun kedudukan dlm pejabat dll; b) turun kelas;Kamus Dewan Edisi Keempat
melorot1. melungsur turun, merosot, turun (pangkat, harga barang, dll): kain selimutnya sudah ~ ke bawah pinggangnya; 2. Jw menghilangkan lilin pd kain batik selepas diwarnai;Kamus Dewan Edisi Keempat
turun tanggaa) turun melalui tangga; b) bertingkat-tingkat (pangkat, tinggi, umur, dll) dan hanya sedikit sahaja bezanya; c) Sr istiadat membawa pengantin laki-laki turun dan naik tangga sebanyak tiga atau tujuh kali (oleh pihak pengantin perempuan);Kamus Dewan Edisi Keempat
menuruni1 turun melalui (tangga, lereng bukit dll). 2 turun utk mengambil sesuatu; turun ke: ~ jurang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menurunkan1. membawa turun (ke bawah), menarik turun, menjatuhkan, merendahkan: dilihat orang layang-layang Raja Ahmad sudah naik, maka segala orang banyak ~ layang-layangnya; maka sekalian baris itu ~ senapangnya memberi hormat; 2. mengeluarkan dr kenderaan (kereta, perahu, dll), menyuruh turun: setelah ~ kami di masjid besar, maka drebar itu pun membawa balik motokar itu ke Yan; 3. menjadikan rendah (pangkat, kedudukan, dll), memakzulkan (raja dll): setelah Abdullah menjadi sultan memanglah sukar hendak ~nya balik; 4. menjadikan kurang (harga dll), mengurang-kan, menyusutkan (hasil dll), memerosotkan: ia boleh membuat undang-undang baru, menukar undang-undang lama, menaikkan atau ~ cukai; 5. menjadikan perlahan (suara), merendahkan; 6. memindahkan sesuatu kpd (anak, cucu, dll), mewariskan sesuatu kpd, meninggalkan (harta, ilmu, dll) kpd: harta si mati itu mesti diturunkan kpd warisnya; dia akan ~ ilmunya kpd orang yg hanya betul-betul hendak belajar sahaja; 7. menternak­kan, menggembalakan (lembu dsb); 8. mendatangkan (wahyu dll) kpd, menyampai­kan (ilham dll) kpd, mewahyukan, meng­ilhamkan: wajib kita percaya kpd kitab-kitab yg diturunkan oleh Allah kpd rasul-rasul; 9. memulakan menanam (padi dll): maka bertitah baginda suruh Bujang Selamat panggil Tuk Bidan Raja datang menugal dan ~ benih; 10. menyebabkan turun, menggugurkan, menjatuhkan: kebanyakan hujan di Semenanjung adalah hujan ribut yg ~ sampai 30 cm dlm sehari; 11. menjadi­kan turun (warna kain dll), melunturkan (warna), memudarkan: serbuk pencuci itu akan ~ warna dan merosakkan corak kain itu; 12. Id membentuk kata terbitan drpd kata pokok yg diberi imbuhan (awalan, sisipan, atau akhiran): dgn bersisipkan em, kata gerlap diturunkan menjadi gemerlap; 13. memilih atau meletakkan pemain dlm pertandingan (bola sepak dll), memilih pemain utk mewakili sesuatu pasukan (dan seterusnya bermain dlm sesuatu perlawanan): mereka telah ~ pemain-pemain yg handal utk menentang pasukan dr luar negara itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
hujan1. air yg turun (menitik dgn banyaknya) yg terpeluwap drpd wap di atmosfera: pagi ini ~ turun dgn lebatnya; musim ~ = ketika ~ musim yg hujan selalu turun; 2. = hari ~ air sedang turun (menitik dgn banyaknya): apabila ~, banyak orang datang lambat ke pejabat; kalau ~ pertandingan bola itu tidak akan rancak lagi; 3. ki spt hujan (banyak-banyak) datangnya dll: ~ bom; ~ peluru; ~ wang; ~ abu a) abu yg jatuh dgn banyak dr udara (apabila gunung berapi meletus dll); b) = ~ bubuk hujan menitik halus spt kabus (biasanya pagi-pagi); ~ air mata banyak air mata dicucurkan; ~ asid air hujan yg dicemari asid yg dibebaskan ke udara drpd kilang, asap kereta dll; ~ batu = ~ beku = ~ ais (jatuhnya) air hujan yg beku; ~ bubuk hujan abu; ~ bukit (Geog) hujan yg turun kerana awan yg membawa hujan tersekat oleh bukit; ~ darah a) = ~ merah hujan yg airnya kemerah-merahan warnanya dan meninggalkan kesan merah pd tanah; b) pertumpahan darah (kerana pergaduhan, peperangan, dsb); ~ gerimis = ~ renyai = ~ rintik-rintik hujan yg menitik halus-halus dan tidak banyak; ~ lalu = ~ lari = ~ halau mentua hujan sebentar sahaja; ~ lebat = ~ deras hujan besar dan banyak airnya turun; ~ manik Kl hujan yg titik-titiknya kasar sebesar biji mutiara; ~ perolakan (Geog) hujan yg disebabkan oleh perolakan udara panas ke atas; ~ rahmat a) hujan yg datang ketika ia sangat-sangat diperlukan; b) ki pertolongan dll yg mencurah-curah datangnya; ~ ribut hujan lebat yg disertai ribut; ~ siklon (Geog) hujan yg disebabkan oleh udara panas yg lembap yg bergerak ke atas udara yg lebih sejuk; ~ tahunan banyaknya hujan jatuh dlm setahun; ~ berbalik ke langit prb perihal orang yg lebih (kuat, pandai, dll) meminta tolong kpd orang yg kurang (lemah, bodoh, dll); ~ berpohon, panas berasal prb sesuatu hal itu tentulah mempunyai sebabnya; ~ emas di negeri orang, ~ batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri = ~ keris lembing di negeri kita, ~ mas perak di negeri orang baik juga di negeri kita prb sebaik-baik negeri orang tidak sebaik negeri sendiri; ~ menimpa bumi prb seseorang itu mesti tunduk kpd perintah pihak yg berkuasa; ~ tak sekali jatuh, simpai tak sekali erat prb sesuatu pekerjaan itu tidak dapat diselesaikan dgn sekali gus; ada ~ ada panas, ada hari boleh balas prb nescaya akan ada peluang utk membalas kejahatan orang terhadap kita; bagai ~ jatuh ke pasir prb kebaikan (pertolongan dll) yg sia-sia (tidak berbalas); ke mana tumpah ~ dr bumbung, kalau tidak ke cucuran atap prb anak itu menurut sifat atau teladan orang tuanya (sesuatu itu menurut asalnya); tidak ~ lagi becak, inikan pula ~ prb tidak berbuat pun dikata orang, apa lagi kalau benar perbuatan kita; sehujan; garisan ~ (Geog) garisan pd peta yg menghubungkan tempat-tempat yg sama banyak hujannya; berhujan, berhujan-hujan sengaja ber­jalan (bekerja, bermain-main, dll) dlm hujan, membiarkan dirinya basah kena hujan: nela­yan yg berpanas dan ~ di laut; menghujan spt hujan (datangnya dll banyak-banyak): panah pun ~ datangnya; menghujani 1. mendatangkan (melepas­kan) dgn banyak-banyak (peluru dll) kpd: pasukan kami dihujani peluru dan bom; 2. mendatangi sesuatu dgn banyak-banyak: penyiasatan membuktikan adanya pancaran kosmik dr angkasa lepas yg sentiasa ~ bumi ini; kita telah dihujani surat yg menyatakan pendapat yg pro dan kontra terhadap tulisan itu; 3. mengemukakan banyak-banyak (perta­nya­an, soalan, tuntutan, dll) kpd: ia akan dihujani dgn seribu satu macam tuntutan lagi; pegawai penyiasat itu telah ~ Amir dgn berbagai-bagai soalan; menghujankan 1. menurunkan hujan pd, mem­­basahkan seseorang atau sesuatu dlm hujan: kalau aku mungkir janji rendam aku empat puluh hari empat puluh malam atau hujankan aku; 2. ki menjatuhkan atau me­lepaskan (bom, soalan, dll) banyak-banyak; memperhujankan membiarkan basah kena hujan; mahukah orang ~ garamnya prb mahukah kita mengabaikan diri (keluarga, negara, dll) sendiri; kehujanan kena hujan, tertimpa oleh hujan: saya ~ di jalan; kambing ~; kera ~; penghujan = musim ~ musim hujan; hari ~ hari yg selalu hujan.Kamus Dewan Edisi Keempat
muat turunist tindakan memindahkan fail atau data dr komputer pusat ke komputer pengguna melalui talian rangkaian. memuat turun melakukan muat turun: Pengguna boleh ~ perisian tsb secara percuma melalui alamat laman web yg telah diberikan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menuruni1. turun melalui (tangga, lereng bukit, dll): kemudian dia berlari-lari ~ tangga hotel itu; 2. turun utk mengambil dll sesuatu, turun ke; 3. keluar dr rumah utk menghadap (menangkap, mengejar), turun utk menyambut (kedatangan orang dll): jikalau anak raja datang, tiada dituruninya, melainkan anak raja yg akan ganti kerajaan maka dituruninya;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas