Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[um.pan] | اومڤن

Definisi : 1. sesuatu yg dilekatkan pd kail (di bubuh pd perangkap dll) utk memikat atau menangkap ikan (binatang dll): kalau mengail ikan sembilang, gunakanlah ~ anak kerengga; 2. makanan (beras, padi, dll) utk binatang ternakan: ~ apa yg engkau berikan kpd ayam engkau ini, semuanya gemuk-gemuk; 3. makanan yg diberikan kpd orang lain; 4. habuan, mangsa: tinggallah bangsa kita yg tiada bersenjata menjadi ~ tentera Jepun; 5. ki sesuatu yg dilakukan utk meme-rangkap (mem-perdaya) orang: langkah tiga sapu ini boleh juga dikatakan langkah ~ atau boleh juga disebut langkah tiga mengeliru-kan lawan; ~ alir umpan yg digunakan utk menangkap buaya; ~ api sesuatu yg mudah terbakar digunakan utk menyalakan api; ~ golok (keris, peluru) (akan) mati menjadi sasaran golok (keris, peluru); ~ harimau mangsa harimau; ~ hawa nafsu sesuatu utk memuaskan hawa nafsu; ~ tekak makanan utk membangkitkan selera makan; ~ habis, ikan tak dapat = habis ~ kerong-kerong tak dapat prb perbuatan atau usaha yg tidak memberi hasil, hanya mendatangkan rugi dan lelah sahaja; ~ seumpan, kail sebentuk prb perbuatan yg sia-sia (kerana tidak mem-punyai persediaan yg cukup); berumpankan menggunakan sesuatu sbg umpan: taburan berbagai-bagai janji manis yg semuanya ~ wang; mengumpan 1. memikat binatang dgn meng-gunakan umpan: apa yg elok digunakan utk ~ ikan haruan? 2. = mengumpani memberi umpan (makanan dll) kpd; 3. ki melakukan sesuatu supaya orang terpikat (terjebak, ter-pedaya), mengenakan (menipu, memperdaya) orang dgn sesuatu: orang itu mudah disuap dan diumpan dgn barang-barang mewah; mengumpankan menggunakan sesuatu sbg umpan, melekatkan (meletakkan) umpan pd: apa yg engkau umpankan dlm jebak itu? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[um.pan] | اومڤن

Definisi : 1 sesuatu, spt cacing, yg dilekatkan pd mata kail dll dan digunakan utk memancing atau utk menangkap binatang: ~ habis, ikan tak dpt. 2 ki sesuatu yg dilakukan utk memerangkap atau utk memperdaya orang. 3 mangsa: menjadi ~ harimau. ~ api bahan mudah terbakar yg digunakan utk menyalakan api. mengumpan 1 menangkap atau memikat binatang dgn menggunakan umpan. 2 ki melakukan sesuatu supaya orang terpedaya atau terpikat; mengenakan tipu daya. mengumpankan menggunakan sesuatu sbg umpan; melekatkan umpan pd sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
umpan (kata nama)
1. Bersinonim dengan pemikat: denak, makanan penawan,

2. Bersinonim dengan mangsa: habuan, sasaran, korban,

Kata Terbitan : mengumpan, mengumpankan,

Puisi
 

Umpan mari kulit duku,
     Orang mengail jauh ke laut;
Kalau nyawaku di hujung kuku,
     Nyawa kau juga di hujung rambut.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Umpan habis,
     ikan tak kena (= dapat).

Bermaksud :

Usaha yang sia-sia dan mendatangkan kerugian.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi. Apakah kata sendi nama yg patut digunakan untuk ayat di bawah? Ayah mencangkuk umpan di mata kail. Ayah mencangkuk umpan pada mata kail. Terima kasih :)Ayat yang betul ialah Ayah mencangkuk umpan pada mata kail.Tatabahasa18.07.2023
Adakah umpan tiruan dikenali sebagai gewang dalam bahasa Melayu? Saya melihat istilah ini kerap digunakan untuk merujuk umpan pancing tiruan.Merujuk kepada Kamus Dewan "Gewang" mempunyai  dua makna iaitu pertama tergewang-gewang tergoyang-goyang dan yang kedua ialah 1. siput mutiara (digunakan utk perhiasan peti, butang, dll): giginya bersih laksana ~; 2. subang kecil. Lain-lain14.09.2019
1 Apakah maksud peribahasa 'pancing dimakan umpan'? 2 Adakah ejaan 'menanda tangani' betul atau 'menandatangni' betul?

1. Pancing makan umpan.

Orang yang kita percayai berkhianat kepada kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pagar makan padi [= tanaman], b. Sokong membawa rebah, c. Telunjuk mencocok [= merosok, menikam] mata, d. Tongkat membawa rebah).

2. tandatangan = menandatangani

Lain-lain02.02.2009
Sila jawab soalan, saya bukan tanya tentang definisi dalam Kamus Dewan, saya sudah tahu tahu definisi gewang dalam Kamus Dewan. Soalan saya dalam bidang pemancingan adakah gewang juga dikenali sebagai umpan tiruan? Hal ini kerana saya melihat istilah ini kerap digunakan untuk merujuk umpan pancing tiruan.Istilah "gewang" sebagai kata yang merujuk umpan tiruan masih belum dirakam dalam data kami. Istilah ini boleh dicadangkan dalam gerbang kata DBP sebagai satu kata baru yang merujuk umpan tiruan.Lain-lain23.09.2019
1. Mereka _______ umpan pada mata kail untuk memancing ikan di kolam itu. A.menyangkutkan B. memasangkan C. menyimpan D. memasang 2. Nenek sedang menyusun pinggan di atas _______ yang telah dibina oleh datuk di bahagian dapur rumah. A. kekuda B. pepara C. para-para D. tupai-tupaiJawapan soalan 1 ialah A.menyangkutkan, jawapan soalan 2 ialah C.para-para.Tatabahasa03.11.2014
Pemancing itu .........(menyentak/menarik/merentap/merenggut) kailnya apabila umpan kailnya diragut ikan. Pilihan jawapan yang mana satu yang paling tepat kerana apabila saya merujuk kamus maksud kesemua perkataan berkenaan hampir sama terutama menyentak/ merentap dan merenggut. Terima kasih.

Saudara,

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:

Menyentak bermaksud menarik kuat-kuat, merengkuh, merenggut: di­sentak-nya nyiur gading dr mulut ular itu dgn tangan kiri; 2. menarik dgn pantas (keris, pedang, dll), mencabut, menyendal: maka Terung Pipit disentaknyalah keris panjang, dilambungnya naik ke perahu; 3. menarik (mengecut, mengendur) dgn tiba-tiba: mesti-lah ada sebab otot itu ~ semasa tersentuh pd tembaga atau besi

Menarik pula membawa maksud 1. menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri (maju ke hadapan, keluar, tercabut, dll), menyentak, menyeret: ~ perahu ke darat;

Merentap bermaksud menarik dgn paksa atau ke­kerasan, menyentak, merenggut: dgn marah, ia ~ tangan gadis itu;

Manakala, merenggut didefinasikan sebagai 1. menarik (mengambil, mencabut, menyentak, merebut) dgn ke­kerasan, merampas: perompak itu ~ beg dr tangannya; Ratna dgn tiba-tiba ~ surat khabar yg sedang dibaca Mansor; 2. meraih, merengkuh: ~ dayung; ~ kaki menarik-narik kaki, hampir mati.

Seperti yang diterangkan oleh saudara, ketiga-tiga perkataan iaitu menyentak, merentap dan merenggut  memiliki maksud yang hampir sama, jadi ketiga-tiga perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.

Tatabahasa05.08.2012
nama saintifik untuk umpun-umpun atau pumpun yang digunakan untuk umpan memancingNama saintifik pumpum ialah nereididae.Istilah17.02.2009
Salam sejahtera, Saya ingin meminta terjemahan bagi Bahasa Inggeris berikut: 1- clickbait 2- stand-up comedy Terima kasih. NH AzizanIstilah tersebut masih belum terdapat dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan menggunakan istilah komedi berdiri dan umpan klik untuk merujuk kedua-dua istilah sumber tersebut.Penyemakan dan penterjemahan12.10.2018

Kembali ke atas