Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[un.tung] | اونتوڠ

Definisi : 1 sesuatu yg telah ditentukan (oleh Yang Maha Kuasa) akan berlaku kpd seseorang; nasib: Ia menangis mengenangkan ~ dirinya yg malang itu. 2 tidak membawa kecelakaan; bernasib baik; mujur: ~ engkau membawa wang, jika tidak, terpaksa kita berjalan kaki pulang. 3 laba yg diperoleh dlm perniagaan: Pd bulan lalu, syarikat itu telah mendapat ~ sebanyak RM10,000/-. 4 manfaat; faedah: Apa ~nya berbuat aniaya kpd orang lain? ~ atas kertas untung yg belum nyata yg mungkin diperoleh pelabur, peniaga dsb berdasarkan jangkaan yg dibuat atau berdasarkan faktor tertentu. ~ batu nasib yg tidak baik; sial. ~ bersih laba yg diperoleh selepas ditolak segala perbelanjaan. ~ kasar untung yg belum ditolak segala perbelanjaan. ~ nasib nasib seseorang. ~ sabut nasib yg selalu baik. untung-untung kalau-kalau; barangkali: Marilah kita pergi sekarang, ~ masih ada orang yg berjual di situ. beruntung 1 mendapat atau beroleh untung. 2 bernasib baik; mujur: Dia sungguh ~ kerana suaminya sangat bertimbang rasa. keberuntungan perihal beruntung; kemujuran; kebahagiaan: Perkahwinannya dgn Aminah membawa ~ yg tidak ternilai. beruntung-untungan berserah kpd nasib semata-mata (tidak bersungguh-sungguh mengharapkan hasil). menguntungkan 1 men­datang­kan untung atau laba; memberi untung kpd: Perusahaan kain batik tidak berapa ~ sekarang ini. 2 menjadikan ada untungnya; menyebabkan mendapat untung: Segala usahanya itu sangat-sangat ~ bangsa dan negara. 3 memberi faedah atau manfaat kpd: Ceramah itu sangat ~ penuntut-penuntut tingkatan enam. keuntungan 1 sesuatu yg menguntungkan; apa-apa yg mendatangkan untung: Tindakan segera yg diambil telah membawa ~ kpd syarikat itu. 2 faedah; manfaat: Pergaduhan itu tidak memberi apa-apa ~ kpd kedua-dua pihak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[un.tung] | اونتوڠ

Definisi : 1. apa yg telah ditentukan (oleh Yang Maha Kuasa) akan berlaku ke atas seseorang, nasib: bukan sebab keberanian dan ke-gagahanku maka aku beroleh hadiah dan pangkat itu, hanya semata-mata kerana ~; 2. tidak sial (celaka), bernasib baik, mujur: ~ jugalah ada abang bawa kad pengenalan, kalau tidak tentu kena tahan oleh polis; 3. = keuntungan hasil pendapatan atau perolehan drpd sesuatu kegiatan (spt perusahaan, per-niagaan, dll) yg melebihi modal dan segala perbelanjaan yg berkaitan, laba: berdagang dgn tidak mendapat ~; 4. faedah, guna, manfaat: cuba kaufikir, apa ~nya mengasihi orang yg tidak mengasihi kita; ~ atas kertas (Eko) untung yg belum nyata yg diperoleh pelabur disebabkan kenaikan har­ga asal saham yg dimilikinya, dan ke­­un­tung­an sebenar akan hanya diperoleh apabila saham tersebut dijual; ~ baik (buruk) nasib baik (buruk); ~ batu ki nasib yg buruk (sial); ~ bersih laba yg diperoleh setelah ditolak segala bayaran (perbelanjaan, cukai, dll); ~ besar laba yg banyak; ~ kasar laba sebelum ditolak segala perbelanjaan (cukai dll); ~ malang a) nasib yg buruk (sial, celaka); b) nasib; ~ modal (Eko) laba modal; ~ nasib nasib badan; ~ rugi a) laba atau rugi; b) manfaat atau mudarat; ~ sabut ki nasib yg selalunya baik (mujur); ~ sebelum cukai (Eko) keuntungan yg diper-oleh oleh syarikat sebelum ditolak cukai yg berkaitan; ~ ada, tuah tidak prb a) pulang pokok sahaja; b) seseorang yg mendapat sesuatu perolehan atau kelabaan tetapi dgn segera juga balik men-jadi rugi dan hilang pendapatannya; ~ melam-bung, malang menimpa prb seseorang yg mengalami kemalangan dan hilang peng-harapan serta beroleh kesusahan pula; ~ sabut timbul, ~ batu tenggelam prb jika bernasib baik, selamat, jika bernasib malang, binasalah; ~ sepanjang jalan, malang sekejap mata prb kemalangan itu datangnya dgn tiba-tiba sahaja (sebab itu orang harus selalu berhati-hati); ~ tak dapat diraih, malang tak dapat ditolak prb nasib seseorang itu tidak dapat diubah; harapan si ~ menggamit, kain di badan didedahkan prb kerana mengharap-kan laba yg besar tetapi belum tentu dapat, lalu laba yg kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan; untung-untung 1. barangkali (akan), kalau mujur, kalau-kalau: cubalah kakak ceritakan, ~ adik kakak yg buruk ini dapat melegakan fikiran kakak; 2. ada juga baiknya (barang-kali) kerana, nasib baik barangkali kerana, mudah-mudahan: biarlah dia menipu aku, ~ terbuka mataku; untung-untungan jika untung baik dan jika nasib malang binasa, jika untung baik dan jika tidak untung apa boleh buat, terserah (berserah) kpd nasib, nasib-nasiban: ~ mengerjakan pekerjaan yg besar bahayanya; “Kasihanilah kami, bawalah kami ke kampung abang,” Kamal bersuara ~; beruntung 1. memperoleh untung, mendapat laba: bukan dia sahaja yg ~ begitu, banyak lagi orang kita yg lain-lain; 2. bernasib baik, bahagia, mujur: siapa ~, dialah menang; 3. berjaya, berhasil; menguntungkan 1. mendatangkan untung (laba), memberi untung (kpd): perniagaan secara bersendirian ialah perniagaan yg paling ~ atau merugikan; 2. menyebabkan beruntung (berbahagia, mujur), mendatangkan bahagia, memanfaatkan: kalau orang itu pandai serta rajin, dia akan ~ masyarakat; 3. memberi faedah, berguna, bermanfaat: keadaan dalam negeri telah memberikan kemungkinan yg lebih ~ utk mengadakan revolusi; keuntungan 1. = keberuntungan perihal beruntung (nasib baik), kebahagiaan, kemujur-an: tidak ada apa-apa lagi yg menggores hati mereka, inilah satu ~ bagi mereka dua suami isteri; 2. laba, untung: takkan mungkin orang berniaga mahu mengelakkan ~; 3. (sesuatu) yg mendatangkan untung, manfaat: dgn itu, berakhirlah istiadat yg telah menjadi tradisi masyarakat Melayu, adat yg tidak memberi apa-apa ~; peruntungan untung nasib (diri seseorang), nasib, untung malang: menitik air matanya mengenang-ngenang ~ saudaranya; seperuntungan sama peruntungan, senasib: Cik Yon yg telah dipandangnya sbg belahan dirinya, yg dianggapnya sbg kongsi ~, akan bercerai daripadanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
untung (kata nama)
1. Bersinonim dengan faedah: lebihan, laba, rezeki, habuan,
Berantonim dengan rugi

2. Bersinonim dengan nasib baik: mujur, bintang terang, langkah kanan, berkat, kismat,
Berantonim dengan malang

3. Bersinonim dengan guna: manfaat, faedah, kebaikan,

Kata Terbitan : untung-untung, beruntung, menguntungkan, keuntungan,

Puisi
 

Apa harap kepada tudung,
     Tudung saji terendak Bentan;
Apa diharap kepada untung,
     Untung tidak serupa badan.


Lihat selanjutnya...(59)
Peribahasa

Untung sabut timbul,
     untung batu tenggelam.

Bermaksud :

Untung-untungan dalam melakukan sesuatu pekerjaan yang berbahaya dan sebagainya; tidak ada orang yang dapat menghindari nasibnya.

 

Lihat selanjutnya...(42)

204

The wheel of fortune is forever in motion

Nasib manusia tidak pernah tetap, yakni sentiasa berubah-ubah, ada kalanya baik dan ada kalanya buruk.

Untung sebagai roda pedati, sekali ke bawah, sekali ke atas

During her heyday on the silver screen, she was the nation's top actress, and she basked in luxury and fortune. Unfortunately, the wheel of fortune is forever in motion, and the disaster struck after her twentieth film.

Ketika zaman kegemilangannya dalam industri perfileman, dialah pelakon wanita nombor satu Negara, dan dia dilimpahi kemewahan dan kekayaan. Malangnya, untung sebagai roda pedati, sekali ke bawah, sekali ke atas, dan bencana datang selepas filemnya yang ke dua puluh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(14)

Majalah

Dewan Budaya » 2012 » February
Budaya Just another WordPress site • Hubungi Kami • Langganan • Ceritera Bulan Ini • Galeri • Gatra Perdana • Kamar Seni • Kembara Seorang Penyair • Nota Editor • Sekeliling Kita • Tradisi • Umum Home » 2012 » February 0 Comments Untung Nasib Novelis Malaysia admin on February 5th, 2012 Oleh Aninah Janang F ilem yang diadaptasi daripada novel tibatiba menjadi fenomena yang luar biasa di negara ini. Selepas adaptasi novel Lagenda
Dewan Masyarakat | 2012 | Mac
goyang kaki dan meletakkan segala permasalahan di sekeliling mereka kepada pihak berkuasa. Share Cara jutawan senyap ini berusaha secara analoginya seperti penyu yang dilepaskan ke laut luas yang tidak tahu untung nasibnya. Apabila mahu bertelur, penyu pulang semula ke daratan dan barulah diintai orang. Bertelur ratusan biji tetapi mereka tetap senyap tanpa suara, hanya air mata yang keluar. Share Memiliki raut
Dewan Masyarakat | Ekonomi
pihak MAS kini sedang berusaha untuk memaksimumkan pendapatan hasil jualan tiket serta menambah lagi laluan tempatan dan antarabangsa yang mampu menawarkan keuntungan lumayan kepada syarikat. Share Dagangan Emas Risiko dalam Untung Ekonomi Jika pelabur memilih mengambil risikodengan memegang emas fizikal, mereka boleh ke cawangan khas bank untuk mengambil emas fizikal tersebut untuk simpanan. Cara ini lebih telus, teratur, dan dijamin selamat
Dewan Masyarakat | 2011 | September
keperluan hidup manusia pada setiap masa dan setiap tempat. Share Sinar Baharu Thailand Era Yingluck Serantau Menjadi pemimpin nombor satu negara, rentaknya adalah berbeza kerana aspek yang perlu dipertimbangkan bukanlah untung atau rugi tetapi kemampuan menegakkan keadilan terhadap rakyat jelata. Share Wujudkah pengundi hantu Video Siapakah sebenarnya yang menjadi pengundi hantu setiap kali pilihan raya? Ikuti penjelasan Timbalan Pengerusi SPR. Share
Dewan Masyarakat | 2011 | Julai
Jenayah “Pemerkasaan” dan “Pemartabatan” Bahasa Melayu dalam Kaca di Jendela “Para Belia Perlu Berfikiran Global” – Shobana Nair dalam Rencana Utama Adakah Kita Anti-Israel? dalam Pemikiran Dagangan Emas Risiko dalam Untung dalam Ekonomi Politik Pasir dalam Sosial Skim Rumah Pertamaku dalam Surat Pembaca Akhirnya Penawar itu Ditemui … dalam Dari Meja Editor Recent Posts • Komen admin daripada Bahasa Kebangsaan Tidak Merendahkan Taraf

Kembali ke atas