Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.sus] | اوسوس

Definisi : tali perut (dr perut hingga ke pelepasan), perut muda; panjang ~ bp, ki sabar; ~ besar bahagian tali perut yg menyalurkan sisa-sisa makanan utk dikeluarkan (sbg najis), perut tua; ~ buntu bahagian tali perut (pd tempat pertemuan usus besar dan usus kecil) yg berbentuk pundi-pundi atau kantung; ~ kecil bahagian tali perut (di antara perut dgn usus besar) yg meng­hadamkan makanan dan menyerapkan zat-zat makanan ke dlm badan, perut muda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.sus] | اوسوس

Definisi : tali perut yg berupa pembuluh panjang berlingkar-lingkar. ~ besar bahagian tali perut yg menyalurkan sisa-sisa makanan utk dikeluarkan sbg najis; perut tua. ~ buntu bahagian tali perut tempat pertemuan usus kecil dgn usus besar. ~ kecil bahagian tali perut yg menghadamkan makanan dan menyerapkan zat-zat makanan ke dlm darah; perut muda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata usus