Pengunaan perkataan teguh: Teguh ingatan - betul atau salah penggunaannya | Mengikut Kamus Dewan teguh bermaksud tidak mudah terbongkar atau roboh, kukuh (buatannya), kuat, erat (ikatannya dan lain-lain). Sinonim bagi teguh ialah kukuh: kuat, utuh">utuh, dan stabil. Teguh berantonim dengan lemah. Maka istilah teguh ingatan tidak digunakan, sebaliknya istilah yang digunakan ialah kuat ingatan dan kukuh ingatan. | Istilah | 11.03.2014 |
apa itu keutuhan wacana? | Keutuhan bermaksud perihal (sifat, keadaan) utuh, kebulatan, kesempurnaan dan wacana bermaksud keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan; perbincangan atau pertukaran idea secara lisan. Keutuhan wacana boleh dikatakan sebagai kesempurnaan keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan, perbincangan atau pertukaran idea secara lisan. | Makna | 27.02.2007 |
Saya nak buat satu moto surau, adakah betul "JEMAAH TEGUH, SAHSIAH UTUH" | moto yang hendak digunakan adalah betul. | Makna | 07.02.2019 |
maksud perkataan 'intregriti' | Integriti ialah kejujuran, keadaan sempurna dan utuh. | Makna | 11.06.2008 |
maksud integriti. | Integriti bermaksud : i.kejujuran atau ketulusan, ii. keadaan sempurna dan utuh atau keutuhan. | Makna | 08.01.2008 |
Selamat sejahtera. Adakah ayat berikut betul? Dadanya sangat tegap. Terima kasih. | Tegap bermaksud teguh, kuat dan utuh dan tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 14.08.2012 |
maksuk integriti institusi kehakiman | Integriti institusi kehakiman bermaksud institusi kehakiman yang lengkap, kejujuran, keadaan sempurna dan utuh. | Makna | 27.09.2009 |
Salam. boleh tolong jelaskan maksud 'integriti', 'luwes','delegasi', 'provokasi', 'premis'? Terimakasih. | Integriti ialah kejujuran, keadaan yang sempurna atau utuh; luwes ialah tidak terlalu ketat, mudah disesuaikan, dapat diubah suai; delegasi ialah rombongan yang mewakili sesebuah negara dalam perundingan atau tindakan mengamanahkan atau menurunkan hak kepada seseorang lain; provokasi ialah perbuatan membangkitkan kemarahan, minat dan sebagainya; premis ialah sesuatu pernyataan dan sebagainya yang diandaikan sebagai sesuatu yang benar untuk tujuan membuat huraian yang membawa kepada sesuatu kesimpulan kelak; atau bangunan / kawasan tempat diuruskan perniagaan. | Makna | 23.02.2008 |
apakah yang dimaksudkan dengan integriti? | Integriti mempunyai dua makna iaitu makna pertama - kejujuran; dan makna kedua - keadaan sempurna dan utuh. Untuk maklumat lanjut tuan boleh merujukhttp://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=integriti | Makna | 09.01.2013 |
APAKAH MAKSUD INTERGERITI , KOMITED , SIASAH MENGIKUT KAMUS DEWAN | 1. ejaan sebenar ialah integriti - kejujuran: mencemarkan nama baik - keadaan sempurna dan utuh. 2.komited - mempunyai atau menunjukkan komitmen (terhadap sesuatu) 3. siasah - pengetahuan yang bersangkutan dengan hal-hal kenegaraan atau pemerintahan | Makna | 01.08.2007 |