Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[vo.kal] | ۏوکل

Definisi : bunyi suara yg dilambangkan dgn huruf-huruf a, e, i, o, u. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[vo.kal] | ۏوکل

Definisi : 1. = ~ tulen (Lin) huruf hidup atau huruf saksi (a, e, é, i, o, u); 2. lantang bersuara, berani menyuarakan pendapat, perasaan, dsb dgn terus terang: suara beberapa orang drpd golongan minoriti yg ~ boleh mempengaruhi majoriti yg berdiam diri; bervokalkan mempunyai sbg vokal: saya menganggap suku-suku kata yg ~ a,i,u merupakan asas utama dlm mengenali lambang bacaan bahasa Inggeris. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata vokal


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara rangkap vokal dan vokal berganding?Rangkap vokal dan vokal berganding berlaku sama sahaja keadaannya, iaitu apabila dua huruf vokal berurutan dalam satu perkataan seperti dalam kata pulau dan saat.Tatabahasa23.08.2011
HURUF KONSONAN DAN HURUF VOKALVokal ialah vokal tulen (Lin) huruf hidup atau huruf saksi. Terdapat enam fonem vokal dalam bahasa Melayu iaiti: a, e, é, i, o, u. Manakala konsonan pula ialah (Lin) huruf selain vokal seperti t, s, l, m, n, dan lain-lain. Sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (halaman 298) dan Ensiklopedia Bahasa Melayu (halaman 29,55,96) untuk mendapatkan keterangan lanjut.Tatabahasa19.04.2013
adakah betul padanan jenis vokal dengan kata yang mengandungi vokal tersebut ? 1. vokal tengah = beranda 2. vokal belakang sempit = tulus 3. vokal depan separuh sempit = kole 4. vokal belakang separuh sempit = tolong

Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami, walau bagaimanpun kami cadangkan saudara rujuk buku yang berkaitan dengan fonetik seperti:

Fonetik dan fonologi bahasa Melayu,PTS Professional Publishing Sdn. Bhd., 2008

Fonetik dan fonologi,Gramedia Pustaka Utama, 1998

Pengenalan fonetik dan fonologi,Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006

Tatabahasa26.08.2011
apakah yang dikatakan bunyi vokal. bagaimanakah kedudukannya dalam bahasa melayu. jika ada rajah tolong sertakan supaya saya lebih fahamTerdapat enam vokal asli bahasa Melayu yang terdiri daripada tiga vokal depan, satu vokal tengah, dan dua vokal belakang, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 298 untuk mendapatkan maklumat lanjut berserta jadual.Tatabahasa23.07.2010
JELAS SECARA TERPEINCI BERKAITAN HURUF VOKAL DAN KONSONAN

Huruf Vokal
Dalam sisitem ejaan Rumi, ada lima huruf voKal yang digunakan bagi melambangkan enam fonem voKal atau bunyi voKal baku. Huruf-huruf tersebut ialah a, e, I, o dan u. Huruf e digunakan untuk melambangkan dua fonem voKal iaitu, fonem e pepet dan fonem e taling.

Huruf Konsonan
Dalam sistem ejaan Rumi, ada 26 huruf konsonan yang digunakan bagi melambangkan 27 fonem atau bunyi konsonan.

 Setiap suku kata bahasa Melayu ditandai oleh satu vokal. Vokal itu dapat didahului atau diikuti atau diapit oleh konsonan.

Untuk menjelaskan lebih terperinci, saudara boleh menggunakan buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu oleh Ismail Dahaman terbitan DBP untuk rujukan.

Tatabahasa29.04.2013
Berapa suku kata yang ada pada kata 'manusia' dan 'ia'? bagi perkataan berimbuhan seperti 'mengalirkan' adalah suku katanya me.nga.lir.kan atau meng.a.lir.kan?Pemenggalan suku kata ditandai oleh satu vokal, vokal itu dapat didahului atau diapit oleh konsonan.   Pemenggalan suku kata bagi ejaan kata terbitan dilakukan dengan cara memisahkan imbuhan daripada kata dasarnya. Kata manusia mempunyai 3 suku kata /ma.nu.sia/ ; kata ia mempunyai satu suku kata /ia/ ; manakala kata mengalirkan dipenggalkan kepada /meng.a.lir.kan/.  Pemenggalan kata berbeza dengan pemenggalan sebutan.Ejaan11.07.2018
Senarai vowel dan konsonan Bahasa MelayuVokal ialah vokal tulen (Lin) huruf hidup atau huruf saksi. Terdapat enam fonem vokal dalam bahasa Melayu iaiti: a, e, é, i, o, u. Manakala konsonan pula ialah (Lin) huruf selain vokal seperti t, s, l, m, n, dll. Sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (halaman 298) dan Ensiklopedia Bahasa Melayu (halaman 29,55,96) untuk mendapatkan keterangan lanjut.Lain-lain20.02.2010
Tuan/Puan, Salam sejahtera. Mengikut jawapan yang diberikan oleh Khidmat Nasihat DBP, perkataan "ais" (a.is) dan "aib" (a.ib) ialah vokal rangkap/vokal berganding yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua vokal itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh lain ialah aur (a.ur). Tetapi, saya telah merujuk kepada Tatabahasa Dewan (Edisi ketiga, muka surat 301), dan dinyatakan di situ bahawa "air" mengandungi diftong "ai", manakala "perkataan "aur" pula mengandungi diftong "au". Jadi, adakah terdapat ketidakselarasan dalam penjelasan Tatabahasa Dewan pada muka surat 62 dan 301? Terima kasih.Kami mengambil maklum berkenaan ketidakselarasan yang dinyatakan. Untuk makluman puan, kami telah merujuk Munsyi Dewan berhubung kekeliruan yang timbul berhubung dengan diftong.  Menurut Munsyi Dewan, a.ir, a.ib, a.ja.ib, a.ur, ga.un, sa.uh, ko.ir, he.ro.in merupakan vokal rangkap, iaitu dua huruf vokal yang berdiri secara terasing.

Untuk makluman puan juga, DBP sedang memperkemas dan menambah baik buku Tatabahasa Dewan untuk terbitan baharu. Ketidakselarasan ini diambil maklum oleh Munsyi Dewan dalam terbitan buku Tatabahasa Dewan selanjutnya. Kami menghargai pertanyaan puan untuk kebaikan bersama dalam memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul.
Tatabahasa28.01.2014
berapakah suku kata bagi perkataan 'kuih'? adakah 2 suku kata atau 1? adakah 'ui' dikira diftong?Kuih mempunyai dua suku kata ku.ih. , ui bukan diftong tetapi vokal rangkap. 

Vokal berangkap ialah huruf vokal yang hadir secara berurutan dalam satu berkataan dan kedua-dua vokal itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh vokal rangkap ialah baik, cium dan  puisi.
Tatabahasa20.02.2014
Salam sejahtera. Senaraikan 16 pola kekecualian keselarasan huruf vokal serta contoh penggunaan setiap pola pada perkataan Daripada, rajes

Keselarasan huruf vokal bermaksud keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal di suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. Contoh: alih, untung, tidor, lebih, dsb.. Perkataan daripada bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris dikecualikan daripada sistem keselarasan huruf vokal. Pengejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dilakukan melalui penyesuaian huruf dengan mementingkan bentuk ejaan dan bentuk visual perkataan tersebut.

Terdapat 18 pola keselarasan vokal, iaitu:

1. a-a (asah, balak)

2.a-i (alih, balik)

3. a-u (asuh, datuk)

4. e pepet - a (emas,kelam)

5.e pepet -i (lebih, betik)

6. e pepet - u (telur, tempuh)

7. e taling - a (elak, dewan)

8. e taling - e taling (leceh, gelek)

9. e taling - o (esok, telor)

10. i - a (ingat, kilang)

11. i - i (intip, sisih)

12. i - u (riuh, tidur)

13. O - a (otak, borang)

14. O - e taling (oleh, boleh)

15. O - o (obor, borong)

16. u - a (ubat, tumpang)

17. u - i (usik, kuih)

18. u - u (untuk, tunduk)

Perkataan daripada bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris dikecualikan daripada sistem keselarasan huruf vokal. Pengejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dilakukan melalui penyesuaian huruf dengan mementingkan bentuk ejaan dan bentuk visual perkataan tersebut.   Kata serapan daripada bahasa Arab/Inggeris/nusantara kebiasaannya tidak mengikut pola keselarasan vokal, kata serapan ini ada pola khas untuk mengejanya.

Saudara boleh merujuk buku Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu (halaman 10-14).

Tatabahasa23.01.2013
12345678910...

Kembali ke atas