Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[war.ga.ne.ga.ra] | ورݢانݢارا

Definisi : penduduk sesebuah negara yg terdiri drpd penduduk asli tempatan dan juga orang asing yg diterima menjadi rakyat mengikut undang-undang; rakyat: ~ Malaysia. mewarganegarakan 1 menjadikan dipegang atau disandang oleh warganegara (bkn sesuatu jawatan). 2 menjadikan sbg warganegara. kewarganegaraan kerakyatan sesebuah negara: Kerana kesalahannya itu, maka ~nya telah dilucutkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[war.ga.ne.ga.ra] | ورݢانݢارا

Definisi : rakyat sesebuah negara (yg terdiri drpd penduduk asli tempatan ataupun orang asing yg telah diterima menjadi rakyat mengikut undang-undang): ~ Malaysia; mewarganegarakan menjadikan warga­negara; kewarganegaraan perihal warganegara, kerakyatan sesebuah negara: tidak seorang pun boleh dilucuti ~nya secara sewenangwenang; pewarganegaraan perihal mewarganegara­kan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata warganegara


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam... Saya amat berminat dengan bahasa dan penulisan. Apakah saluran yang betul untuk saya ikuti jika ingin menjadi salah seorang penulis tamu di DBP? Terima kasih.

Karyawan Tamu boleh dilantik  daripada warganegara atau bukan warganegara Malaysia untuk menghasilkan karya yang unggul dan signifikan yang boleh menyumbang ke arah memperkaya ilmu dan ketemadunan bangsa,  di peringkat kebangsaan, rantau dan antarabangsa, selaras dengan perkembangan terkini dan mendatang.

Individu  yang berminat boleh mengemukakan permohonan dengan menyertakan kertas cadangan tentang karya yang hendak dihasilkan. Kertas cadangan hendaklah mengandungi maklumat tentang biodata penulis, judul karya, sinopsis karya, isi kandungan karya dan kaedah kajian.

Permohonan boleh dihantar ke alamat berikut:

Ketua

Bahagian Pembangunan  Penerbitan,

Tingkat 13, Menara DBP,

Jalan Dewan Bahasa,

50460 Kuala Lumpur.

Jawatankuasa Pelaksana akan bermesyuarat untuk menilai dan memberikan keputusan untuk menerima atau menolak permohonan.

Lain-lain04.09.2010
Mohon senaraikan perkataan Bahasa Melayu yang dicantumkan, misalnya antarabangsa. Adakah perkataan warganegara (satu perkataan) atau warga negara (dua perkataan).Perkataan tersebut ialah kata majmuk yang mantap. Terdapat lima belas kata majmuk yang telah mantap, suruhanjaya, setiausaha, olahraga, warganegara, antarabangsa, tanggungjawab, kakitangan, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, tandatangan, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.Tatabahasa08.03.2013
Salam. Harap pihak tuan/puan dapat mengesahkan pengejaan perkataan di bawah: - BUDIBICARA / BUDI BICARA - BERTANGGUNGJAWAB / BERTANGGUNG JAWAB - WARGANEGARA / WARGA NEGARA - TATASUSILA / TATA SUSILA - BERPUASHATI / BERPUAS HATI Sekian, terima kasih.Ejaan yang betul : budi bicara; bertanggungjawab; warganegara; tatasusila; berpuas hati.Ejaan13.11.2009
Berdasarkan Kamus Dewan, keturunan bermaksud 1 yg diturunkan drpd anak kpd cucu dan seterusnya; turunan; zuriat. 2 sesuatu yg diwarisi. Dengan merujuk kepada maksud keturunan, wajarkah keturunan seseorang warganegara Malaysia dikatakan India? Berdasarkan definisi perkataan keturunan, seseorang warganegara Malaysia tidak mungkin mewarisi India ataupun memiliki apa-apa hak di negara India. India hanya wujud dengan kesatuan beberapa buah negeri yang terdiri daripada pelbagai kaum dengan budaya, bahasa dan adat mereka tersendiri. Apa yang boleh diturunkan oleh nenek moyang ialah bahasa ibunda dan budaya. Apa yang telah saya mewarisi daripada nenek moyang saya ialah bahasa Tamil dan budaya kaum Tamil. Maka, keturunan, kaum dan bangsa saya ialah Tamil. Saya juga ingin bertanya tentang kewajaran India dirujuk sebagai suatu kaum dan bangsa kerana India ialah sebuah negara kerana bangsa ialah jenis manusia drpd satu asal keturunan ataupun kumpulan manusia dlm satu ikatan ketatanegaraan . Mengikut definisi bangsa yang pertama, bangsa saya ialah Tamil manakala bangsa saya ialah bangsa Malaysia jika merujuk kepada definisi kedua. Kaum pulu dirujuk sebagai golongan orang sbg sebahagian drpd satu bangsa yg besar; suku bangsa. Maka, kaum saya ialah Tamil. Saya ingin meminta pengesahan daripada pihak Dewan Bahasa mengenai kenyataan saya dan penjelasan mengenai soalan saya.

Untuk makluman tuan, takrifan dalam Kamus Dewan merupakan takrifan yang digunakan dari sudut bahasa. Kamus Dewan mentakrifkan India (dari segi bahasa) ialah bangsa yang nenek moyang mereka berasal dari benua India.  Perkataan Tamil pula bermaksud bahasa kaum yang berasal daripada campuran bangsa Dravidia dan Kaukasoid yang berasal dari selatan India dan Sri Lanka.

Makna29.08.2019
Salam sejahtera. Bagaimana menentukan Kata Nama dieja dengan 1 perkataan (bertanggungjawab, warganegara, dll) dan 2 perkataan (ahli jawatankuasa, guru besar, dsb)? Apakah takrif dan panduan bagi penggunaan Kata Nama tersebut? Terima kasih.Kata majmuk iaitu gabungan dua perkataan atau lebih yang membawa satu makna dieja dalam dua perkataan seperti bola sepak dan rumah tangga. Walau bagaimanapun terdapat beberapa kata majmuk yang telah mantap dan dieja dalam satu perkataan seperti tanggungjawab, warganegara, olahraga dan pesuruhjaya.Tatabahasa05.04.2013
Assalamualaikum, Saya ingin mendapatkan pengesahan sama ada istilah 'perluasan' atau 'peluasan' yang digunakan untuk ayat berikut: KWSP telah memperluaskan manfaat pengeluaran kepada ahli yang berstatus bukan warganegara Malaysia selain dari pengeluaran yang telah dibenarkan sebelum ini iaitu Pengeluaran Meninggalkan Negara, Pengeluaran Hilang Upaya dan Pengeluaran Kematian. 'Perluasan' / 'Peluasan' Manfaat ini diberikan kepada Ahli Bukan Warganegara yang bekerja atau berkhidmat di Malaysia. Mohon pengesahan pihak DBP berkaitan perkara ini. Kerjasama dan perhatian tuan/puan amat dihargai. Sekian, terima kasih.Peluasan bermaksud usaha meluaskan, manakala perluasan bermaksud hasil daripada usaha memperluas (menjadikan lebih luas). Penggunaan kata memperluas dalam konteks ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa21.07.2016
Tuan/Puan, Saya warganegara Malaysia, mengambil kursus jarak jauh dari Shanghai Normal Univerisity. Tajuk tesis saya ialah "Perbandingan maksud dan tatabahasa "di atas" antara Bahasa Cina dengan Bahasa Malaysia". Saya telah cuba mencari maksud "atas" dan "di atas" dari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=di+atas,tetepi yang terpapar keluar adalah takrif perkataan - perkataan yang mengandungi frasa "di atas" sahaja. Bolehkah tuan / puan ajar saya bagaimana cara saya key in supaya dapat cari maksud "di atas" dan tesis yang berkaitan tentang "kata arah" atau "maksud di atas"? Ribuan terima kasih saya ucapakan.Untuk makluman, puan boleh mendapatkan maklumat melalui www.prprm.dbp.gov.my dan melihat data daripada pelabagai sumber termasuklah Kamus, Istilah, Khidmat Nasihat dan Korpus. Untuk mengakses makna daripada kamus atau korpus, puan boleh menulis satu kata kunci seperti "atas" dan untuk mendapatkan data daripada sumber-sumber lain seperti Khidmat Nasihat, puan boleh menulis perkataan "atas dan di atas".Lain-lain04.08.2015
Bagaimana membezakan kata yang terdiri daripada satu perkataan atau dua perkataan. Contohnya : kereta api dieja dengan dua perkataan, warganegara dieja dengan satu perkataan. Ada tak apa-apa syarat bagi menentukan sesuatu perkataan itu perlu dieja bersama atau berasingan?kata majmuk ialah gabungan dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna. Kata majmuk yang mantap sahaja dieja dalam dua perkataan, iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama dan beritahu.Tatabahasa05.04.2011
Mohon bantuan perkataan yang tiada dalam Carian Kata. Penterjemahan dari Bahasa Inggeris: atas nasihat pihak tuan saya menggunakan istilah kewarganegaraan demokrasi (democratic citizenship) dan bolehkah saya menggunakan istilah warganegara demokrasi bagi merujuk kepada 'democratic citizens'? Ada cadangan penggunaan 'abad ke-21' diganti dengan abad 21. Contohnya dalam ayat 'Kemahiran abad 21'. mohon pencerahan. Terima kasih.1. Frasa warganegara demokrasi boleh digunakan mengikut konteks.

2. Penggunaan yang betul ialah abad ke-21.
Penyemakan dan penterjemahan19.08.2016
Anak saya buat ayat yang berbunyi "Saya warganegara Malaysia kerana saya dilahirkan di Malaysia." Guru Bahasa Melayu membetulkan 'dilahirkan' kepada 'melahir'. Saya rasa kurang tepat. Saya mohon penjelasan dan pengesahan. Terima kasih.Ayat tersebut betul, menggunakan perkataan dilahirkan dan bukannya melahir. Sila beri ayat yang lengkap yang menggunakan perkataan melahir.Tatabahasa14.07.2010
12345678

Kembali ke atas