Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[war.ga.ne.ga.ra] | ورݢانݢارا

Definisi : rakyat sesebuah negara (yg terdiri drpd penduduk asli tempatan ataupun orang asing yg telah diterima menjadi rakyat mengikut undang-undang): ~ Malaysia; mewarganegarakan menjadikan warga­negara; kewarganegaraan perihal warganegara, kerakyatan sesebuah negara: tidak seorang pun boleh dilucuti ~nya secara sewenangwenang; pewarganegaraan perihal mewarganegara­kan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[war.ga.ne.ga.ra] | ورݢانݢارا

Definisi : penduduk sesebuah negara yg terdiri drpd penduduk asli tempatan dan juga orang asing yg diterima menjadi rakyat mengikut undang-undang; rakyat: ~ Malaysia. mewarganegarakan 1 menjadikan dipegang atau disandang oleh warganegara (bkn sesuatu jawatan). 2 menjadikan sbg warganegara. kewarganegaraan kerakyatan sesebuah negara: Kerana kesalahannya itu, maka ~nya telah dilucutkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata warganegara


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RILEY, JAMES WHITCOMB

Riley, James Whitcomb (1849–1916) ialah

warganegara Amerika Syarikat yang terkenal

sebagai Pemuisi Hoosier . Dia banyak menulis puisi

dalam bahasa Inggeris asli tetapi puisinya yang

paling popular, ditulis dalam dialek tempat

lahirnya, Indiana. Ini termasuklah “When the Frost

is on the Punkin”, “Out to Aunt Mary’s” dan “Little

Orphan Annie”. Karya ini mengandungi unsur

jenaka ringan, kehibaan, dan sentimen. Puisi Riley

diterbitkan dalam beberapa koleksi, termasuk The

Old Swimmin’-Hole, dan Leven More Poems (1883),

Rhymes of Childhood (1890), Poems Here at Home

(1893), dan Book of Joyous Children (1902).

UMUM 
PRAETOR

Praetor ialah pegawai undang-undang pada

zaman Rom. Warganegara akan membawa aduan

kepada praetor. Praetor yang memutuskan aduan

manakah yang mempunyai alasan yang kuat, dan

menyerahkannya kepada hakim untuk diadili.

UMUM 
AEROPAGUS

Areopagus ialah majlis tertua dan paling

dihormati pada zaman Athens purba. Warganegara

ternama yang memegang jawatan sebagai archon,

salah satu jawatan tertinggi di negara kota Athens,

ialah anggota Aeropagus seumur hidup. Pada

sejarah awal Athens, Areopagus mempunyai kuasa

pentadbiran dan kuasa perlembagaan. Kira-kira

pada tahun 600 S.M., sebuah kumpulan baru,

Majlis Empat Ratus mengambil alih banyak tugas

Areopagus. Kira-kira tahun 450 S.M., kebanyakan

tugas dan keistimewaan Areopagus dipindahkan

ke mahkamah awam. Tetapi Areopagus masih

mengadili kes bunuh dan masih berkuasa untuk

mendenda rakyat yang didapati bersalah kerana

boros, biadab atau melampau. Majlis archon

dinamai sempena nama Aeropagus atau Hill of

Ares, iaitu tempat majlis itu bermesyuarat.

Lihat juga Solon .

UMUM 
PASPORT

Pasport ialah dokumen perjalanan yang menjadi

pengenalan diri bagi pemegangnya sebagai

warganegara negara yang mengeluarkan dokumen

tersebut. Pasport juga meminta negara lain

memberikan laluan yang selamat dan segala

bantuan dan perlindungan undang-undang kepada

pemegangnya. Kadang-kadang pasport hendaklah

mempunyai visa (pengesahan rasmi) dari negara

yang hendak dikunjungi oleh seseorang sebelum

dia dibenarkan masuk ke negara tersebut (lihat

Visa).

UMUM 
LIBERIA

Liberia ialah sebuah negara di pantai barat Afrika.

Ia merupakan negara merdeka yang kedua tertua

di dunia yang kebanyakan penduduknya terdiri

daripada warganegara kulit hitam. Negara merdeka

yang tertua ialah Haiti. Liberia ditubuhkan pada

tahun 1822 oleh hamba abdi yang telah dibebaskan

dan dihantar ke sini oleh masyarakat penjajah di

Amerika Syarikat. Hamba abdi yang dibebaskan

ini disertai oleh hamba abdi lain yang dibebaskan

daripada kapal hamba abdi yang menuju ke

Amerika Syarikat. Nama Liberia berasal daripada

perkataan Latin yang bermakna Tanah Bebas.

UMUM 
SHEARES, BENJAMIN HENRY

Sheares, Benjamin Henry (1907–1981),

Doktor yang terkemuka dan berkhidmat sebagai presiden

kedua Singapura dari tahun 1971 hingga tahun

1978. Dia merupakan warganegara Singapura

pertama berpengkhususan dalam bidang kesihatan

wanita dan menjadi terkenal di negaranya sebagai

“bapa obstetrik dan ginekologi moden”. Lihat

Obstetrik dan ginekologi.

UMUM 
KHURSHID AHMAD

Khurshid Ahmad (1343 H– /1924 M– ).

Khurshid ialah pengarang dan tokoh penyelidik

Islam. Dia ialah warganegara Pakistan.

UMUM 
DEWAN BURGESS

Dewan Burgess ialah sebuah badan perwakilan

perundangan yang pertama di Amerika dan mana-mana

tanah di jajahan Inggeris. Ia bersidang buat

kali pertamanya di Jamestown, dahulunya ibu

negeri Virginia, pada 30 Julai 1619. Gabenor Sir

George Yeardley mengadakan mesyuarat tersebut,

dan disertai oleh dua warganegara atau burgess

dari setiap 11 borough (subbahagian) Virginia.

UMUM 
OLMSTED, FREDERICK LAW

Olmsted, Frederick Law (1822–1903) ialah

arkitek landskap, perancang bandar, dan penulis

isu sosial Amerika. Kerjaya Olmsted dibentuk

oleh konsepsinya tentang masyarakat

bertamadun. Melalui reka bentuk landskap dan

tulisannya, Olmsted cuba menyusun semula

bentuk bandar dan subbandar Amerika, dan

menggalakkan pekerti halus dan budaya yang

pada pandangannya mampu diperoleh oleh

warganegara sesebuah republik.

UMUM 
RUKUN NEGARA

RUKUN NEGARA, ideologi negara yang dirumuskan sebagai norma hidup warganegara Malaysia berbilang kaum bagi mencapai konsensus baru dan perpaduan nasional ekoran Peristiwa 13 Mei 1969.  Rukun Negara diumumkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 sebelum pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
12

Kembali ke atas