Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[war.na] | ورنا

Definisi : corak rupa spt merah, hijau, biru: Cantik ~ bunga ini. ~ bajunya merah. ~ dasar warna (merah, biru, kuning) yg menjadi dasar utk memperoleh warna-warna lain. ~ primer warna dasar. ~ sekunder warna yg terhasil drpd campuran dua warna primer. berwarna mempunyai warna: Kain langsir rumahnya ~ kuning. berwarna-warna mempunyai bermacam-macam warna. mewarna mengenakan warna; membubuh warna: peraduan ~. mewarnai menyapu dgn warna; memberi berwarna: Ia ~ lukisannya dgn cat air. pewarnaan perbuatan, hal dsb mewarna atau mewarnai. pewarna bahan utk mewarnai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[war.na] | ورنا

Definisi : 1. kesan yg didapati oleh mata drpd cahaya yg dipantulkan oleh benda-benda (dgn gelombang yg berbeza-beza) yg dilihatnya, rona: ~ merah; ~ hijau: ~ cempaka; ~ tua; ~ muda; 2. bermacam-macam, berbagai-bagai (dlm kata majmuk): ~ sari; 3. ragam atau corak (keadaan atau sifat sesuatu): pekerjaan saya banyak memerlukan pengetahuan tentang bentuk dan ~ negara lain; 4. ark kasta atau golongan (dlm masyarakat): masyarakat Hindu mempunyai empat ~; ~ biji remia Kd warna ungu; ~ dasar (utama) warna iaitu merah, biru dan kuning, yg menjadi dasar utk memperoleh warna lain; ~ karat warna coklat gelap dgn campuran warna merah atau kekuningan; ~ primer warna dasar (utama); ~ sekunder warna yg terhasil drpd dua warna primer; berwarna 1. mempunyai warna (spt merah, hijau, dll), ada warnanya: kain tabir ~ biru tua; bangsa (kulit) ~ bangsa yg kulitnya hitam (coklat dll), bukan bangsa kulit putih; 2. menarik, istimewa, berlainan drpd sesuatu yg biasa: pelbagai kaum mempunyai cara hidup, kepercayaan, dan sifat semula jadi sendiri dan ini menjadikan suasana di sini lebih ~ dan unik; berwarna-warna = berwarna-warni; mewarnai 1. = mewarnakan memberikan berwarna (bercorak), menyapu dgn warna: kanak-kanak hendaklah disuruh mencuba ~ lukisan mereka; 2. ki meragamkan, men­corakkan, memberikan corak (yg tertentu) kpd: kedua-dua ciri inilah yg ~ sesuatu budaya; pewarnaan perihal atau proses mewarnakan (mewarnai): mulakan dgn ~ pipi; pewarna bahan utk mewarnakan (me­warnai). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
warna (kata nama)
1. Bersinonim dengan rona: dondon, ragi,

2. Bersinonim dengan ragam: corak, sifat, keadaan,

Kata Terbitan : warna-warni, berwarna-warni, berwarna-warna, mewarnai, mewarnakan, pewarnaan,

Puisi
 

Tenun kain dengannya kapas,
     Warna corak bermacam ragi;
Perahu lilin layar kertas,
     Cuba melanggar lautan api.


Lihat selanjutnya...(7)

Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
sistem maklumat. corak retina (Ig. retinal pattern; Br. pola retina; Id. pola retina) Bentuk dan topologi saluran darah pada bahagian belakang retina mata yang terdiri daripada gabungan kepanjangan, ketebalan, intensiti warna, dan percambahan atau percantuman saluran darah. Ciri ini boleh menjadi titik rujukan yang membentuk perwakilan corak retina. Corak ini diperoleh daripada alat pengimbas retina biometri dan dipetakan kepada ringkasan digital

Kembali ke atas