Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.ta/] | واتق

Definisi : 1 sifat batin seseorang yg mempengaruhi tingkah lakunya atau fikirannya. 2 tokoh dlm sesuatu cerita atau novel. berwatak berbudi pekerti; mempunyai sifat keperibadian. berwatakkan mempunyai sesuatu watak: Lakonannya yg ~ pendakwah sungguh berkesan. perwatakan perihal watak seseorang atau watak dlm sesuatu cerita: ~ Hang Jebat telah banyak dibincangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[wa.ta/] | واتق

Definisi : 1. sifat (seseorang) yg zahir dan batin (merangkumi budi pekerti dan tabiatnya, tingkah lakunya, jiwanya, pemikirannya, dsb): kesopanan dan ketenangan mereka menggambarkan ~ orang yg berpendidikan; 2. tokoh atau pelaku dlm karya sastera atau seni (spt novel, cerpen dan drama, dsb): penulis itu memberikan personaliti kpd tiaptiap ~nya; berwatak mempunyai watak, berbudi pekerti, berkeperibadian: dia sendiri memang sudah ~ seniman; berwatakkan mempunyai atau mengguna­kan sesuatu sbg watak: nama Parameswara tidak pernah disebut dlm Sejarah Melayu, tetapi yg disebut ialah Raja Iskandar Syah yg tentunya ~ Islam; memperwatakkan membentuk watak (sese­orang pelaku dlm cerita), menggambarkan (memaparkan dsb) watak: ketaralah bahawa kejadian-kejadian dlm drama “Tamu di Bukit Kenny” tertumpu kpd fikiran, kelakuan, dan tindakan Si Pegawai yg diperwatakkan sbg manusia yg agak baik; perwatakan 1. watak (seseorang) keseluruhan­nya, keseluruhan watak: ~ Panji Semirang pd keseluruhannya tidak lari drpd sifat asasinya sbg seorang perempuan; 2. pembentuk­an watak, penggambaran (pemaparan dsb) watak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
watak (kata nama)
1. Bersinonim dengan sifat: perangai, kelakuan, tingkah laku, budi pekerti, moral, akhlak, tabiat, khalikah, pembawaan, tanjak,

2. Bersinonim dengan tokoh: pelaku

Kata Terbitan : perwatakan,

Peribahasa

74

If the cap fits, wear it

Jika kita terasa apabila dikritik meskipun nama kita tidak disebut maka kritikan itu memang ditujukan tepat kepada kita.

Barang siapa yang berketuk, dialah yang bertelur

When a Malay film portrayed a character who could not speak proper English, a veteran actress suddenly flew into a temper, accusing that the producer was trying to make fun of her. " If the cap fits, wear it!" rebuked the film producer.

Apabila sebuah filem Melayu memaparkan satu watak yang lintang-pukang bahasa Inggerisnya, seorang pelakon veteran tiba-tiba melenting marah, dengan menuduh bahawa pengeluar filem itu cuba mempersendakannya.” Barang siapa yang berketuk, dialah yang bertelur! ” tempelak pengeluar filem itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya sedang membuat terjemahan buku cerita Bahasa Inggeris bertajuk Peter Pan. Watak-watak utama dalam cerita ini bernama Wendy, John dan Michael. Perkataan dalam buku cerita terjemahan ini dibatangkan mengikut suku kata. Soalan saya, bolehkah saya batangkan suku kata bagi nama-nama Inggeris. Misalnya, Wendy menjadi Wen.dy, Michael pula menjadi Mi.chael). Atau saya tidak perlu batangkan suku kata bagi kata nama khas berbahasa Inggeris.Tidak perlu diasingkankan suku kata bagi kata nama khas berbahasa Inggeris.Lain-lain20.12.2018
Salam hormat, Bolehkah saya tahu tentang peranan Si Kembang Cina dan Bujang Selamat dalam teks klasik? Terima kasih.

 

Saudara,

Watak Si Kembang Cina dan Bujang Selamat dalam teks klasik adalah watak pembantu yang taat setia kepada wira dan wirawati. Biasanya watak-watak ini terdiri dari kalangan rakyat biasa yang menjadi pembantu, pengasuh atau pengiring kepada watak utama sama ada pada watak wira atau watak wirawati yang menjadi pembantu dalam tindak-takduk watak utama.

watak-watak ini boleh ditemukan dalam cerita-cerita hikayat, contohnya Hikayat Awang Sulung Merah Muda dan Hikayat  Malim Deman. Dalam Hikayat Malim Deman  Bujang Selamat  adalah pembantu kepada wira iaitu Malim Deman.  Peranan Bujang Selamat sebagai pengasuh, pengiring Malim Deman ke mana saja Malim Deman pergi, serta menumpukan taat setia kepada tuannya. Manakala Si kembang Cina pula merupakan pengasuh perempuan kepada Malim Deman dan orang suruhan yang biasanya memiliki rupa paras yang memikat, pandai memujuk dan taat kepada tuannya.  

Sekian, terima kasih.

Sastera15.09.2011
Siapa saya dalam buku SalinaPertanyaan saudara tidak jelas. Adakah saudara bermaksud ganti nama saya itu adalah merujuk saudara sebagai pembaca teks novel Salina atau sebagai ganti nama saya yang merujuk pada watak-watak tertentu dalam novel Salina. Jika soalan saudara itu merujuk diri saudara sebagai pembaca teks, maka saudara sendirilah yang menentukannya mengikut perspektif saudara hasil daripada dapatan bacaan saudara. Jika saudara bermaksud untuk merujuk ganti nama saya itu sebagai merujuk pada watak tertentu dalam novel Salina maka saudara akan menemui puluhan ganti nama saya digunakan secara meluas untuk merujuk ganti nama bagi watak-watak seperti Zarina, Siti Salina, Benggali dan sebagainya. Sila pastikan maksud/tujuan sebenar soalan yang saudara kemukakan. salam takzimLain-lain11.11.2010
Saya mahu menghubungi penulis teks komsas tingkatan 4, novel Melunas Rindu iaitu Puan Hartini Hamzah. Terdapat kekeliruan dalam beberapa peristiwa yang melibatkan watak-watak tertentu.Sekiranya tiada masalah, saya mohon untuk mendapatkan no.telefon beliau.Terima KasihUntuk maklumat saudara, novel Melunas Ridu diterbitkan oleh Utusan Publications (bukan DBP). Sila hubungi pihak Utusan Publications untuk mendapatkan maklumat berkaitan penulis tersebut.Karya10.02.2011
Dalam permainan dalam talian, terdapat 5 jenis watak yang mempunyai tugasan2 berbeza. Attacker(Watak menyerang), Tank(Watak pertahanan,selalunya berperisai dan bernyawa tinggi, selalu dijadikan korban untuk membantu pasukan), Support(watak membantu dari pelbagai segi), Healer(watak memberi pemulihan nyawa), Magic(watak yang menggunakan sihir2). Apakah terjemahan sesuai bagi setiap tugasan itu? Buat masa sekarang saya menggunakan 1) Attacker (penyerang) 2) Tank (Pertahanan), 3) Support (Penyokong), 4) Healer (Pemulih), 5) Magic (Penyihir/ahli sihir) Mohon cadangan.Cadangan terjemahan yang dikemukakan boleh digunakan kecuali perkataan pertahanan. Perkataan yang lebih sesuai ialah perisai.Penyemakan dan penterjemahan04.11.2018
APAKAH DEFINISI BAGI DIALOG DALAM TULISAN, DIALOG RASMI, DIALOG TIDAK RASMI, DIALOG BAKU DAN DIALOG KOLOKIAL

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, dialog bermaksud: 1. kata-kata yg dituturkan oleh watak-watak dlm drama atau fiksyen: pengucapan ~ sesetengah pelakonnya masih lemah; 2. karya sastera dlm bentuk perbualan; 3. perbincangan atau perundingan antara dua pihak yg bertelingkah kepentingannya: satu majlis ~ diadakan antara penduduk kam­pung dgn wakil rakyat mereka; kami mengadakan ~ dgn pengusaha hotel, pe­mandu-pemandu teksi, malah tuan-tuan punya kedai emas juga; berdialog mengadakan dialog, bertukar-tukar pendapat mengenai sesuatu isu secara terbuka: mereka ~ dgn wakil-wakil dr Kementerian Perdagangan mengenai masalah harga minyak petrol. Dalam konteks soalan yang dikemukakan, dialog dalam tulisan bermaksud tulisan yang berkaitan dengan perbualan atau percakapan yang ditulis dalam skrip, novel dan cerpen. Dialog rasmi ialah perbincangan atau perundingan rasmi antara dua pihak  yang berkisar hal-hal rasmi. Dialog tidak rasmi: perbincangan atau perundingan  tidak rasmi yang berkisar pada perkara-perkara tidak rasmi   seperti perbualan di warung, kedai kopi dll. Dialog baku: perbualan atau percakapan yang menggunakan sebutan yang betul mengikut sistem tatabahasa yang betul. Dialog kolokial: perbualan/percakapan yang menggunakan laras bahasa basahan/bahasa pasar/slanga/bahasa daerah.  

Tatabahasa28.09.2010
Contoh bagaimana untuk menulis tentang watak protagonis dalam novel Lamunan Puitis?Watak protagonis ialah watak utama dalam sesuatu cerita, drama;  penyokong terkemuka sesuatu perjuangan, pergerakan dan sebagainya. Novel Lamunan Puitis mempunyai trilogi yakni mengandungi tiga novel dalam satu buku.

Kisah pertama bertajuk "Sebuah Mimpi Hari Tua" mengisahkan sebuah keluarga yang teringat akan orang tua di kampung. Mengenang kembali akan sawah yang sudah tidak diusahakan lagi.  Novel kedua bertajuk "Titipan" mengisahkan tentang kenangan watak utama dengan ibunya. Novel yang terakhir bertajuk "Embun". Mengisahkan tentang watak dan sifat embun dan kaitannya dengan sifat hujan. Kisah embun yang mencari jati diri dan cuba memisahkan diri dari 'jemaah hujan'.


Saudara boleh menceritakan watak utama dalam ketiga-tiga novel tersebut berdasarkan perwatakan yang dibawa oleh watak utama.  Watak atau sifat (seseorang) yang zahir dan batin (merangkumi budi pekerti dan tabiatnya, tingkah lakunya, jiwanya, pemikirannya, dsb): yang ditunjukkan oleh watak protagonis.

Saudara juga boleh menghubungi Bahagian Penyelidikan Sastera DBP untuk lebih lanjut melalui e-mel iaitu hanafi@dbp.gov.my  selain membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, buku rujukan dan lain-lain.

Sastera26.02.2013
maksu watak dan perwatakan

Secara umum, watak ialah sifat-sifat luaran yang digambarkan oleh pengarang seperti rambutnya yang ikal, dahi luas dan sebagainya. Perwatakan pula ialah sifat-sifat dalaman watak yang boleh dikesan atau digambarkan sama ada melalui percakapan dan tingkah laku watak atau watak lain seperti baik hati, pemarah dan sebagainya. 

Lain-lain14.09.2008
Saya merupakan pembaca setia novel lama 'Badan Bertuah' tulisan Ismail Salleh atau nama penanya Ismail Alfalah. Buku terbitan DBP, Kuala Lumpur, Siri Sastera DBP Bil.128. Novel ini merupakan pemenang peraduan novel 10 tahun kemerdekaan Malaysia. Saya amat tertarik dengan daya pemikiran, kebijaksaan dan wawasan penulisnya Ismail Salleh yang digambarkan melalui watak-watak utamanya.Novel ini memaparkan kisah sejarah Tanah Melayu dari zaman penjajahan Inggeris, Jepun, Gerila Komunis, kembali ke Inggeris dan pemerintahan anak bangsa sendiri. Saya mohon bantuan DBP untuk mendapatkan biografi terkini penulis Ismail Salleh. Alamat dan emailnya sekali agar saya dapat berhubungan atau berjumpa dengannya untuk bertukar-tukar pendapat. Ikhlas sebagai menghargai pemikiran luasnya, kebijaksanaannya dan karyanya. Bantuan DBP amat saya hargai dan menanti dengan penuh harapan. Terima Kaseh.

 

Alamat :

485, Kampung Banggol Kiri, 24000, Kemaman, Terengganu.

Saudara boleh melihat keseluruhan biografi dalam buku Biografi Penulis Wajah edisi ke 3 terbitan DBP. atau hubungi Persatuan Penulis Terengganu (PELITA) atau SUK Negeri Terengganu kerana beliau pernah menjadi ADUN Kawasan BUkit BAndi pada tahun 1986 

Lain-lain17.03.2008
Huraikan contoh-contoh perwatakan personaliti waja diri yang terdapat dalam watak Jeha dan Lahuma dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnom AhmadContoh perwatakan personaliti waja diri yang terdapat dalam watak Jeha dan Lahuma dalam Ranjau Sepanjang Jalan.

Watak Lahuma dan Jeha merupakan gambaran perjuangann hidup dari sebuah keluarga petani miskin yang menjadi  proto-type dari petani miskin yang lain. sifat umum yang terdapat pada mereka ialah; 
- menyerah segala nasih kepada Allah SWT. Rintangan atau ranjau dalam kehidupan mereka sebagai petani adalah suatu yang wajar. Lahuma dan Jeha sebagai protagonis perlu menghadapi cabaran dari alam yang menimbulkan pelbagai konflik jiwa kepada mereka.
- Lahuma mencintai isteri dan anak-anaknya tanpa batas dan cinta itu dicurahkan melalui pekerjaannya.   Pengarang melukiskan Lahuma sebagai seorang petani miskin yang penuh tanggungjawab terhadap sawah yang menghidupkan keluargannya. Lahuma merupakan watak dinamis yang sanggup menghadapi maut dalam perjuangannya. Sungguhpun kesakitan ditikam duri nibung ia masih ingin menumpukan perhatiannya terhadap bendangnya yang belum selesai.

Watak Jeha pula lambang dari isteri petani yang setia, yang cintanya tak terbatas dan pengorbanannya tak bertepi.
walau bagaimanapun kualiti kewanitaannya masih tetap ada seperti di menjadi lemah semangat bola terkena geroh ular senduk, fikirannya terganggu oleh kematian Lahuma yang menyebabkan segala tanggungjawab terpikul di bahunya.
Fikirannya terganggu oleh perderitaan yang tidak terselesaikan dan akhirnya menjadi gila dan dikurung tetapi masih memperlihatkan cinta kasinya terhadap suami yang telah mati dan terhadap sawahnya.
Sastera21.03.2012
123456789

Kembali ke atas