Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.ta/] | واتق

Definisi : 1 sifat batin seseorang yg mempengaruhi tingkah lakunya atau fikirannya. 2 tokoh dlm sesuatu cerita atau novel. berwatak berbudi pekerti; mempunyai sifat keperibadian. berwatakkan mempunyai sesuatu watak: Lakonannya yg ~ pendakwah sungguh berkesan. perwatakan perihal watak seseorang atau watak dlm sesuatu cerita: ~ Hang Jebat telah banyak dibincangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[wa.ta/] | واتق

Definisi : 1. sifat (seseorang) yg zahir dan batin (merangkumi budi pekerti dan tabiatnya, tingkah lakunya, jiwanya, pemikirannya, dsb): kesopanan dan ketenangan mereka menggambarkan ~ orang yg berpendidikan; 2. tokoh atau pelaku dlm karya sastera atau seni (spt novel, cerpen dan drama, dsb): penulis itu memberikan personaliti kpd tiaptiap ~nya; berwatak mempunyai watak, berbudi pekerti, berkeperibadian: dia sendiri memang sudah ~ seniman; berwatakkan mempunyai atau mengguna­kan sesuatu sbg watak: nama Parameswara tidak pernah disebut dlm Sejarah Melayu, tetapi yg disebut ialah Raja Iskandar Syah yg tentunya ~ Islam; memperwatakkan membentuk watak (sese­orang pelaku dlm cerita), menggambarkan (memaparkan dsb) watak: ketaralah bahawa kejadian-kejadian dlm drama “Tamu di Bukit Kenny” tertumpu kpd fikiran, kelakuan, dan tindakan Si Pegawai yg diperwatakkan sbg manusia yg agak baik; perwatakan 1. watak (seseorang) keseluruhan­nya, keseluruhan watak: ~ Panji Semirang pd keseluruhannya tidak lari drpd sifat asasinya sbg seorang perempuan; 2. pembentuk­an watak, penggambaran (pemaparan dsb) watak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
watak (kata nama)
1. Bersinonim dengan sifat: perangai, kelakuan, tingkah laku, budi pekerti, moral, akhlak, tabiat, khalikah, pembawaan, tanjak,

2. Bersinonim dengan tokoh: pelaku

Kata Terbitan : perwatakan,

Peribahasa

74

If the cap fits, wear it

Jika kita terasa apabila dikritik meskipun nama kita tidak disebut maka kritikan itu memang ditujukan tepat kepada kita.

Barang siapa yang berketuk, dialah yang bertelur

When a Malay film portrayed a character who could not speak proper English, a veteran actress suddenly flew into a temper, accusing that the producer was trying to make fun of her. " If the cap fits, wear it!" rebuked the film producer.

Apabila sebuah filem Melayu memaparkan satu watak yang lintang-pukang bahasa Inggerisnya, seorang pelakon veteran tiba-tiba melenting marah, dengan menuduh bahawa pengeluar filem itu cuba mempersendakannya.” Barang siapa yang berketuk, dialah yang bertelur! ” tempelak pengeluar filem itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Majalah

Dewan Budaya » 2015 » September
ialah topeng pajegan yang hanya dipersembahkan bagi upacara keagamaan ritual di bahagian dalam berhala. Topeng pajegan merangkum beberapa tarian topeng yang ditarikan oleh seorang penari/pelakon yang melakonkan berbagai-bagai watak yang berbeza. Topeng panca bermaksud lima orang penari yang memainkan kesemua watak dalam cerita dengan menukar topeng dan hiasan kepala untuk menandakan watak yang berbeza. Cerita tentang raja Bali dipersembahkan. Persembahan ini selalunya bersabit dengan pesta berhala ( odalan ) dan ritual lain. Asas
Dewan Budaya » 2012 » April
ini mengisahkan konflik kejiwaan yang dialami patung boneka dan perebutan kuasa untuk menjadi Tuk Dalang. Boneka digambarkan sebagai orang bawahan dan Tuk Dalang merupakan gambaran cita-cita seorang pemimpin. Penjiwaan watak yang baik oleh pelakon teater ini disambut dengan semangat penonton yang sanggup berdiri lama untuk menyaksikan sentuhan persembahan Roydy. Pengarah tidak melengah masa untuk menambat hati penonton. Pada awal pementasan, watak seorang gadis seksi ditampilkan dengan begitu mempesonakan. Memiliki kecantikan mirip Juliana Evans, penonton dikejutkan dengan serak suara gadis tersebut yang sebenarnya seorang lelaki. Pelakon lelaki yang digunakan untuk melakonkan watak
Dewan Budaya » 2014 » February
ANAK ALAM ANAK SENI admin on February 1st, 2014 Oleh Abdul Ghani Abu Mazlan Noor mempunyai pandangan yang bertentangan tentang pengertian sesuatu imej. Hasan Majid pelukis figuratif, memiuh-miuh wajah watak-wataknya menjadi karikatur pak sanggup di atas pentas. Sebaliknya, Mazlan Noor menyusun siri bulatan yang berada dalam zon masa yang jangkanya tidak diketahui. Bulatan tersebut bererti ketidaksudahan yang apabila diberikan
Dewan Budaya » 2015 » May
sehingga mereka dapat menangkap Mat Pit. Di samping itu juga, mereka dapat menerima keikhlasan Laila dan Jamil. Yang jelas, mereka hanya buta mata, bukan buta di dalam perut. Keempat-empat watak buta diberi warna yang berbeza walaupun semua mampu bernyanyi dan bermain alat muzik. Jusuh (Ebby Saiful Ali) disegani oleh semua rakannya. Daud (Sani Sudin) bercita-cita besar, hendak menjadikan Mona Pie menyimpulkannya dengan pertanyaan, “Jadi, mencari rezeki itu termasuk dalam konteks ibadah atau haram jadah?” Pemuzik cacat pelihatan mudah ditemui di kaki lima ibu kota. Namun begitu, bagaimana hendak menjiwai watak mereka? Bukannya mudah untuk menyelami jiwa mereka. Selain Wak Khalid, Rodhi Md. Noor/Rodi, Sani Sudin, Ebby Saiful Ali, dan Eman Manan memang sudah sedia rapat dengan dunia kaki lima
Dewan Masyarakat | 2010 | Disember
kolej yang berasingan dan difahamkan, teman lelaki mangsa merupakan pelajarnya sendiri. Share Semalam, perjalanan merentasi waktu dan batas berlaku ketika melintasi Penjara Pudu yang separuh dimamah puing pembangunan. Perbezaan interpretasi watak zaman seganding dengan beberapa perbezaan yang berlaku di atas tembok dinding berumur 119 tahun, yang pernah digelar antara mural catan terpanjang di dunia, seolah-olah berlangsung dengan begitu jelas. Share
Dewan Masyarakat | 2011 | Mei
Pencapaian Kanak-kanak bawah Institusi JKM, Penambahbaikan JKM, Institusi Kebajikan Tanpa Diskriminasi, Bantuan JKM Share Seseorang yang diberikan kepercayaan untuk memerintah boleh berubah kerana rasuah dan ketamakan. Share Interlok menghimpunkan watak daripada golongan bawahan, khususnya golongan pekerja yang berada di Tanah Melayu pada awal abad ke-20 di bawah pentadbiran British. Share Filem ini juga berkisar dalam ruang lingkup falsafah kehidupan
Dewan Budaya » 2015 » March
daripada guru apabila berhadapan dengan anak murid. Saya berpandangan bahawa kedua-dua orang pengarah, Nurul Mazzuin Abd. Wahab dan Sahliza Samsul, menyedari hal ini. Tabik perlu saya berikan kepada pemegang watak Pengawal (Syakinah Sahirul) yang memang menguasai lakonan dan cerita. Setiap kali tampil dan berdialog, dia mampu mencuit reaksi spontan penonton. Perlu saya catat di sini rasa terharu dengannya. Saya meminta pelakon utama, barulah dia sedar dan bersedia bergambar bersama-sama pelakon utama walaupun malu-malu. Tabik juga wajar diberikan kepada semua barisan pelakon kerana tidak menunjuk-nunjuk kelebihan diri dan watak yang dibawa: Zakaria Ismail (Raja), Sahliza Samsul (Permaisuri), Norizam Abdullah (Puteri Aurora), Abdul Hadrizulkayri Abdul Hasan (Putera Boboiboi), Rahimah Ratag (Pari Hitam), Cathrine Sebarang (Pari Merah), Nazihah Mashuri (Pari Biru
Dewan Budaya » 2015 » October
penonton yang tertanya-tanya tentang sebab hanya ada dua orang pelakon lelaki daripada 13 orang pelakon. Semua anggota pengawal kampung terdiri daripada pelakon perempuan dan mereka tidak kelihatan seperti melakonkan watak lelaki berdasarkan pakaian mereka. Daripada dua orang lelaki yang melakonkan watak pengganas komunis, seorang sahaja yang mempunyai dialog. Tentunya Mohd. Izman mempunyai alasan untuk berbuat demikian. *** Artikel ini dipetik dari majalah Dewan Budaya keluaran Oktober 2015. Posted in: Uncategorized 0 Comments
Dewan Budaya » Umum
ancaman kepupusan. Berapa banyak orang Melayukah yang masih mampu memainkan alat muzik Melayu, mendendangkan lagu irama asli Melayu, menggerakkan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik Melayu, melakonkan watak bangsawan, sebagai contoh? Berapa banyak orangkah pula yang kini dapat melakukan hal yang sebaliknya? Pastinya lebih banyak. Satu daripada cara untuk “menyelamatkan” seni persembahan Melayu ialah dengan menjadikannya sebagai produk
Dewan Budaya » 2012 » January
filem yang menyokong gagasan Satu Malaysia. Uniknya, filem Nasi Lemak 2.0 menggunakan elemen muzikal sebagai penghibur utama di samping lawak jenaka yang masih segar. Filem ini membuka tirai dengan watak seorang pelajar sekolah rendah membaca akhbar sebelum terserempak dengan sekumpulan samseng yang membuli seorang lelaki. Selepas membantu mangsa, pelajar tersebut dikejar lalu melarikan diri ke rumah kedai di kawasan tersebut wujud sekarang. Filem ini dilakonkan oleh Namewee sebagai Hero Huang, seorang tukang masak makanan tradisi Cina, dan Karen Kong sebagai Xiao K, anak pemilik restoran makanan Cina. Menariknya, kedua-dua watak utama filem ini menggunakan pelakon baharu, tetapi untuk watak pembantu, kerjasama diberikan oleh selebriti kesayangan rakyat Malaysia, seperti Adibah Noor, Afdlin Shauki, David Arumugam dan Reshmonu. Walaupun Namewee mula mencipta
Dewan Budaya » 2012 » March
Posted in: Uncategorized 0 Comments Realisme Wanita dalam Aku Manusia Berdosa admin on March 9th, 2012 Oleh Maisarah Mansor R oh teater dinyalakan sebaik-baik sahaja cahaya merah tertumpu pada watak Dah. Teknik pencahayaan membangkitkan makna marah dan berani, sifat yang akhirnya mencipta watak Dah sebagai makhluk berdosa. Aku Manusia Berdosa merupakan frasa rintihan seorang hamba yang hina kepada Tuhannya serta jiwa manusia yang menyesali dosa lalu sekali gus mengaku kejelekan diri. Teater ini
Dewan Budaya » Nota Editor
tiga yang amat sinonim dengan Melaka, tidak menggambarkan identiti sebenar negeri Melaka. Kebanyakan hiasan pada beca roda tiga mempamerkan patung seperti Hello Kitty, Baby Shark, Iron Man, Spiderman, dan pelbagai watak lain yang datang dari luar. Malah, kebingitan lagu “Baby Shark doo … doo … doo …” mengganggu pendengaran. Alangkah baiknya sekiranya lagu Dondang Sayang dapat dimainkan sebagai daya penarik yang menonjolkan identiti sebenar begitu terkenal dalam ghazal parti dan boria. Dia berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan kelangsungan kedua-dua seni persembahan itu. Rosnan pula pakyung lelaki pertama dalam persembahan makyung. Sebelum “ketibaannya”, watak pakyung dipegang oleh wanita. Kisah mereka dapat diikuti dalam Dewan Budaya keluaran ini. Muhammad bergiat cergas dalam seni persembahan gendang Pahang. Dia mengembarai negeri itu untuk mengumpulkan dan merakamkan maklumat
Dewan Budaya » 2017 » May
Semua elemen ini digarapkan, menjadikan keseluruhan persembahan mempunyai struktur yang istimewa. Kedua-dua segmen ini saling bergandingan bagi menentukan mutu sesuatu persembahan. Boria pada asalnya dilakonkan oleh kaum lelaki sahaja. Watak wanita pada ketika itu dilakonkan oleh orang lelaki yang memakai pakaian wanita. **** Artikel ini dipetik dari Dewan Budaya Bil.5 2017 Posted in: Uncategorized 0 Comments Pemeliharaan dan Pemuliharaan Seni begitu terkenal dalam ghazal parti dan boria. Dia berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan kelangsungan kedua-dua seni persembahan itu. Rosnan pula pakyung lelaki pertama dalam persembahan makyung. Sebelum “ketibaannya”, watak pakyung dipegang oleh wanita. Kisah mereka dapat diikuti dalam Dewan Budaya keluaran ini. Muhammad bergiat cergas dalam seni persembahan gendang Pahang. Dia mengembarai negeri itu untuk mengumpulkan dan merakamkan maklumat
Dewan Budaya » 2014 » July
2004), umpamanya, begitu mendapat sambutan dan mencapai taraf pecah panggung. Jika anda meneliti filem di India, satu daripada kegemaran pembikin filem ialah menonjolkan kehebatan agama Hindu. Rachel Dwyer melihat adanya watak tertentu dalam filem di India yang memiliki ciri sebagai filem agama. Bagi Dwyer, terdapat dua model bagi filem di India, iaitu filem mitologi dan filem ketakwaan. Filem berasaskan mitologi menyerlahkan Sifat kegamaan dalam filem Hindu dan Kristian turut mengangkat dan memperagakan ikon dan simbol agama terbabit. Dalam Islam, tidak terdapat tradisi mitologi, ikonografi, dan hagiografi kerana dalam Islam, tidak terdapat watak ilahiah yang turun ke bumi atau menyerupai perilaku manusia untuk memperlihatkan ketaatan terhadap agama. Memang makhluk ilahiah dipercaya ada, namun tidak pernah digambarkan untuk meneguhkan keimanan, seperti yang digambarkan oleh
Dewan Budaya » Melaka Berwibawa, Menjulang Inovasi Menjunjung Warisan
tiga yang amat sinonim dengan Melaka, tidak menggambarkan identiti sebenar negeri Melaka. Kebanyakan hiasan pada beca roda tiga mempamerkan patung seperti Hello Kitty, Baby Shark, Iron Man, Spiderman, dan pelbagai watak lain yang datang dari luar. Malah, kebingitan lagu “Baby Shark doo … doo … doo …” mengganggu pendengaran. Alangkah baiknya sekiranya lagu Dondang Sayang dapat dimainkan sebagai daya penarik yang menonjolkan identiti sebenar
Dewan Budaya » 2013 » June
telah mendominasi para penggiat teater pada ketika itu dan sehingga kini teater sebegini masih dijadikan aliran yang selamat untuk dipentaskan.Melalui konsep yang menggambarkan keadaan dunia realiti, dialog seharian, dan watak perwakilan ( representative ), teater begini telah ditolak oleh beberapa penggiat dan pemikir teater eksperimental Barat.Mereka menganggap teater begini melumpuhkan dan mengkhayalkan pemikiran penonton.Teater ini menarik empati penonton secara berlebihan
Dewan Budaya » 2015 » February
bergalang tanah, daripada hidup menanggung malu. Supaya menjadi teladan kepada anak cucu kita, bahawa datuk nenek mereka sanggup berkorban jiwa dan raga demi agama, bangsa dan negara.” Mohd. Fauzi, pelakon watak Guru Silat, memang guru silat di Terengganu. Pelakon pesilat diambil daripada Kumpulan Silat Sendeng Gunung Sakti Paya Luas. Jati diri pesilat digunakan sepanjang latihan dan pementasan ini. Mutakhir ini, kita
Dewan Masyarakat | Daripada Editor Dalam Talian
Pusat Konvensyen Shah Alam. Share Ekspresi Alternatif Belia Daripada Editor Dalam Talian Semalam, perjalanan merentasi waktu dan batas berlaku ketika melintasi Penjara Pudu yang separuh dimamah puing pembangunan. Perbezaan interpretasi watak zaman seganding dengan beberapa perbezaan yang berlaku di atas tembok dinding berumur 119 tahun, yang pernah digelar antara mural catan terpanjang di dunia, seolah-olah berlangsung dengan begitu jelas. Share
Dewan Budaya » 2012 » February
sudah menyuarakan bahawa filem ini sebuah filem bergenre wanita. Terdapat dua genre kontemporari yang amat popular di hati wanita seluruh dunia, komedi romantik dan melodrama. Dengan paparan Maya sebagai Izzah, watak utama filem ini, terdampar di atas batu, kita sudah dapat mengagak filem ini menyelusur ke arah melodrama. Osman Ali dikenali sebagai pengarah muda yang sebaris dengan Amir Muhammad, Deepak Menon
Dewan Budaya » 2014 » September
ancaman kepupusan. Berapa banyak orang Melayukah yang masih mampu memainkan alat muzik Melayu, mendendangkan lagu irama asli Melayu, menggerakkan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik Melayu, melakonkan watak bangsawan, sebagai contoh? Berapa banyak orangkah pula yang kini dapat melakukan hal yang sebaliknya? Pastinya lebih banyak. Satu daripada cara untuk “menyelamatkan” seni persembahan Melayu ialah dengan menjadikannya sebagai produk
Dewan Budaya » 2018 » October
tiga yang amat sinonim dengan Melaka, tidak menggambarkan identiti sebenar negeri Melaka. Kebanyakan hiasan pada beca roda tiga mempamerkan patung seperti Hello Kitty, Baby Shark, Iron Man, Spiderman, dan pelbagai watak lain yang datang dari luar. Malah, kebingitan lagu “Baby Shark doo … doo … doo …” mengganggu pendengaran. Alangkah baiknya sekiranya lagu Dondang Sayang dapat dimainkan sebagai daya penarik yang menonjolkan identiti sebenar
?feed=atom
tiga yang amat sinonim dengan Melaka, tidak menggambarkan identiti sebenar negeri Melaka. Kebanyakan hiasan pada beca roda tiga mempamerkan patung seperti Hello Kitty, Baby Shark, Iron Man, Spiderman, dan pelbagai watak lain yang datang dari luar. Malah, kebingitan lagu “Baby Shark doo … doo … doo …” mengganggu pendengaran. Alangkah baiknya sekiranya lagu Dondang Sayang dapat dimainkan sebagai daya penarik yang
?feed=rss2
tiga yang amat sinonim dengan Melaka, tidak menggambarkan identiti sebenar negeri Melaka. Kebanyakan hiasan pada beca roda tiga mempamerkan patung seperti Hello Kitty, Baby Shark, Iron Man, Spiderman, dan pelbagai watak lain yang datang dari luar. Malah, kebingitan lagu “Baby Shark doo … doo … doo …” mengganggu pendengaran. Alangkah baiknya sekiranya lagu Dondang Sayang dapat dimainkan sebagai daya penarik yang

Kembali ke atas