Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.ta/] | واتق

Definisi : 1 sifat batin seseorang yg mempengaruhi tingkah lakunya atau fikirannya. 2 tokoh dlm sesuatu cerita atau novel. berwatak berbudi pekerti; mempunyai sifat keperibadian. berwatakkan mempunyai sesuatu watak: Lakonannya yg ~ pendakwah sungguh berkesan. perwatakan perihal watak seseorang atau watak dlm sesuatu cerita: ~ Hang Jebat telah banyak dibincangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[wa.ta/] | واتق

Definisi : 1. sifat (seseorang) yg zahir dan batin (merangkumi budi pekerti dan tabiatnya, tingkah lakunya, jiwanya, pemikirannya, dsb): kesopanan dan ketenangan mereka menggambarkan ~ orang yg berpendidikan; 2. tokoh atau pelaku dlm karya sastera atau seni (spt novel, cerpen dan drama, dsb): penulis itu memberikan personaliti kpd tiaptiap ~nya; berwatak mempunyai watak, berbudi pekerti, berkeperibadian: dia sendiri memang sudah ~ seniman; berwatakkan mempunyai atau mengguna­kan sesuatu sbg watak: nama Parameswara tidak pernah disebut dlm Sejarah Melayu, tetapi yg disebut ialah Raja Iskandar Syah yg tentunya ~ Islam; memperwatakkan membentuk watak (sese­orang pelaku dlm cerita), menggambarkan (memaparkan dsb) watak: ketaralah bahawa kejadian-kejadian dlm drama “Tamu di Bukit Kenny” tertumpu kpd fikiran, kelakuan, dan tindakan Si Pegawai yg diperwatakkan sbg manusia yg agak baik; perwatakan 1. watak (seseorang) keseluruhan­nya, keseluruhan watak: ~ Panji Semirang pd keseluruhannya tidak lari drpd sifat asasinya sbg seorang perempuan; 2. pembentuk­an watak, penggambaran (pemaparan dsb) watak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
watak (kata nama)
1. Bersinonim dengan sifat: perangai, kelakuan, tingkah laku, budi pekerti, moral, akhlak, tabiat, khalikah, pembawaan, tanjak,

2. Bersinonim dengan tokoh: pelaku

Kata Terbitan : perwatakan,

Peribahasa

74

If the cap fits, wear it

Jika kita terasa apabila dikritik meskipun nama kita tidak disebut maka kritikan itu memang ditujukan tepat kepada kita.

Barang siapa yang berketuk, dialah yang bertelur

When a Malay film portrayed a character who could not speak proper English, a veteran actress suddenly flew into a temper, accusing that the producer was trying to make fun of her. " If the cap fits, wear it!" rebuked the film producer.

Apabila sebuah filem Melayu memaparkan satu watak yang lintang-pukang bahasa Inggerisnya, seorang pelakon veteran tiba-tiba melenting marah, dengan menuduh bahawa pengeluar filem itu cuba mempersendakannya.” Barang siapa yang berketuk, dialah yang bertelur! ” tempelak pengeluar filem itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
morality playsusilawaraKomunikasiKorporatSejenis drama pentas yang pelakon utamanya berperanan sebagai penyelamat. Drama ini mengisahkan tentang kehidupan manusia yang dilakonkan melalui watak yang bersifat baik dan jahat. Persembahan dialog bergantung sepenuhnya kepada skrip yang disampaikan secara beretika dengan nada suara dan gaya watak. Kebanyakan mesej dipengaruhi unsur ketuhanan dan kemuliaan, serta mengutamakan nilai kemanusiaan, keagamaan dan moral seperti hubungan baik sesama manusia. Persembahan yang sentiasa diakhiri dengan watak baik dan mulia akan memperoleh kemenangan dan kejayaan. Dari segi watak dan dialog, pelakon utama akan mendominasi keseluruhan cerita. Dari segi sejarahnya, susilawara dipersembahkan di dalam dewan tertutup dengan plot cerita melalui empat peringkat, iaitu kemurnian-berdosa-penyesalan-terselamat daripada bencana. Pada masa kini, susilawara berkembang dengan kemasukan unsur jenaka dan dipersembahkan secara terbuka.
self-conceptkonsep kendiriKomunikasiKorporatKaedah seseorang memberi makna terhadap diri sendiri. Melalui kaedah ini, seseorang akan dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri. Kaedah ini digunakan sebagai rujukan untuk menjual barangan dalam pengiklanan. Watak dalam pengiklanan yang berfungsi sebagai pengguna diperlukan untuk membuat penilaian terhadap barangan yang berbeza berasaskan cara watak berkenaan bertindak balas dan memberi makna terhadap barangan tanpa dipengaruhi unsur lain. Pendekatan pengiklanan ini mengutamakan kewibawaan watak sebagai alat untuk meyakinkan khalayak dengan kepercayaan bahawa sekiranya watak mampu melakukan penilaian kendiri, bermakna watak mampu menilai perkara baik atau sebaliknya untuk diri sendiri.
monologue copynaskhah monologKomunikasiKorporatPengucapan dalam skrip yang bersifat pertuturan persendirian oleh watak yang digunakan dalam penerbitan siaran dan filem. Dalam bidang pengiklanan dan perhubungan awam, teks persembahan mesej biasanya disediakan dalam bentuk skrip iklan dan pengumuman khidmat awam. Keadaan ini hanya berlaku pada skrip yang menggunakan seorang watak yang melafazkan dialog panjang secara bersendirian. Pendekatan ini merupakan salah satu strategi penerbitan iklan dan pengumuman khidmat awam untuk menarik perhatian khalayak. Watak yang dipilih selalunya mempunyai kaitan langsung dengan barangan dan perkhidmatan yang diiklankan, dan tergolong dalam kalangan individu yang berwibawa.
monolopylogueaneka perananKomunikasiKorporatKepelbagaian watak yang dimainkan oleh seorang pelakon sahaja. Kepelbagaian ini digambarkan melalui jenis dialog, intonasi, dan mimik muka. Contohnya, seorang pelakon memainkan peranan sebagai seorang anak, ayah, ibu, datuk, dan nenek dalam satu tempoh masa persembahan tanpa mengubah kostum. Kaedah ini boleh dilakukan dalam siaran iklan dan persembahan kempen perhubungan awam. Sekiranya kaedah ini digunakan dengan baik, kos penerbitan dan kos kempen dikurangkan.
mood musicmuzik suasanaKomunikasiKorporatMuzik yang digunakan dalam majlis rasmi atau tidak rasmi dalam persembahan penerbitan. Muzik yang dipilih disesuaikan dengan watak dan keadaan yang sedang berlangsung. Muzik ini boleh wujud dalam pelbagai rentak dengan menggunakan pelbagai jenis peralatan yang disesuaikan dengan suasana persembahan. Muzik suasana berfungsi untuk meningkatkan kesan perasaan kepada khalayak terhadap mesej yang disampaikan. Dalam kempen perhubungan awam, muzik suasana memainkan peranan penting bagi melengkapkan suasana majlis atau persembahan. Pemilihan jenis muzik merupakan strategi yang perlu diberikan perhatian. Jenis muzik yang dipilih boleh melambangkan citra penganjur. Selain itu, penggunaan muzik suasana juga boleh mewujudkan daya ingatan dan tarikan dalam kalangan khalayak yang hadir. Di samping itu, muzik suasana berfungsi untuk menenangkan fikiran dan menjadikan khalayak berasa damai dan lebih selesa.

Kembali ke atas