adakah perkataan 'optimal' wujud dalam bahasa melayu? atau adakah perkataan 'optimum' sahaja yang harus digunakan? | Perkataan "optimal" tidak wujud, yang wujud "Optimum". | Ejaan | 08.05.2014 |
Bagi sustainability membawa maksud mampan jadi adakah wujud perkataan kemampanan. Sebab bila sy membuat semakan di carian kata DPBM perkataan kemampanan tidak wujud yang wujud adalah kemapanan. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah sustainable ialah mampan, manakala istilah sustainability ialah kemampanan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam bidang ESG. | Istilah | 08.07.2025 |
Adakah wujud perkataan perbenaran? Jika wujud, apa maknanya? Apa beza dengan pembenaran? | Tidak wujud perkataan perbenaran. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, pembenaran ditakrifkan sebagai perihal atau perbuatan membenarkan (contoh: pembenaran pandangan ini dari sudut agama). | Makna | 21.06.2018 |
adakah wujud perkataan infostruktur? sekiranya wujud, apakah yang dimaksudkan dengan perkataan tersebut? | Perkataan infostruktur sudah wujud. Cadangan bagi maksud infostruktur ialah rangkaian sistem, kemudahan dan teknologi yang membolehkan pengumpulan, pemprosesan, penyimpanan dan penyebaran maklumat secara elektonik dalam sesebuah organisasi atau negara. | Istilah | 20.05.2025 |
Hello min, adakah perkataan seyogianya dan di kala itu wujud? | Wujud. Kata tersebut dan maknanya terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) halaman 2522 (seyogianya) dan 945 (kala). Kata sendi yang betul bagi kala ialah pada; pada kala ini. | Makna | 18.01.2024 |
Wujud istilah ini dalam b.melayu? Governan | Sehingga kini masih belum ada lagi istilah governan dalam bahasa Melayu. Yang ada ialah tadbir urus. | Istilah | 15.10.2017 |
wujud atau tidak perkataan 'TRANSFORMATIF'? | Perkataan "TRANSFORMATIF" tiada dalam istilah bahasa Melayu, yang ada ialah "TRANSFORMASI" | Tatabahasa | 07.01.2015 |
wujud ke perkataan berbilang-bilang kaum? ata berbilang kaum? | Frasa yang betul ialah berbilang kaum. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, berbilang bermaksud lebih drpd satu banyaknya. | Istilah | 11.07.2010 |
wujud tak perkataan graduat? | Perkataan graduat tidak digunakan dalam bahasa Melayu tetapi diterjemahkan sebagai siswazah. Sila rujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan. | Makna | 19.01.2010 |
wujud tak perkataan menggaru-garu? dalam kamus dewan takde pun? agar-agar memejal atau mengental ? sila jawab pertanyaan saya sebelum ini boleh tak kerana saya perlu memberitahu pelajar tentang jawapan yang tepat. Selamat hari guru munsyi terima kasih berbanyak. semoga kalian dikurniakan nikmat yang paling bernilai dalam kehidupan manusia. | Agar-agar mengental. Kata garu melalui proses pengimbuhan boleh membentuk kata terbitan lain seperti menggaru;menggaru-garu; bergaru; tergaru-garu; penggaru dsb.. | Tatabahasa | 16.05.2008 |