Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wu.jud] | وجود

Definisi : 1 adanya (sesuatu); sedia ada. 2 sesuatu yg berupa dan dpt dilihat, diraba dll. 3 benda yg nyata (bukan roh dll). berwujud 1 memang ada dan dpt dipegang atau dpt dipandang; berupa benda yg nyata. 2 konkrit; nyata. mewujud muncul; timbul. mewujudkan 1 menjadikan benar-benar ada. 2 melaksanakan cita-cita dll. 3 menerangkan atau memperlihatkan dgn benda yg nyata. kewujudan keadaan atau hal wujudnya sesuatu. perwujudan perihal berwujud. pewujudan perbuatan atau hal mewujudkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[wu.jud] | وجود

Definisi : 1. ada (sesuatu), sedia ada; 2. sesuatu yg ada bentuknya (dapat dilihat, dipegang, dll); 3. benda yg nyata (bukan roh dll), rupa dll yg dapat dilihat; berwujud 1. memang ada (boleh dipandang, dipegang, dll), berupa benda yg nyata; 2. konkrit, maujud, nyata; mewujudkan 1. menjadikan berwujud (berbentuk, berupa, dll), mengadakan: kadang kadang amanah diwujudkan melalui perjanjian secara lisan di kalangan keluarga; 2. melaksanakan (cita-cita dll); 3. menerangkan (memperlihatkan) dgn benda yg nyata; terwujud sudah diwujudkan (dilaksanakan): ada suatu waktu ketika alam belum lagi ~; kewujudan perihal wujud (sesuatu), adanya (sesuatu); perwujudan 1. bentuk atau rupa (yg benar­benar dapat dilihat dll); 2. sesuatu yg berwujud (kelihatan dlm mimpi dll); 3. sesuatu yg konkrit (maujud, nyata); 4. pelaksanaan (cita-cita dll); pewujudan perbuatan atau proses mewujudkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
wujud (kata kerja,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan ada, sedia ada, hadir, boleh didapati, boleh diperolehi, boleh dipegang, boleh dilihat, nyata, benar-benar, sungguh-sungguh, sesungguhnya;,
Kata Terbitan : berwujud, terwujud, kewujudan,

Peribahasa

428

Nothing is impossible to a willing heart

Tiada apa yang mustahil bagi orang yang mempunyai tekad atau semangat untuk Berjaya.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

In his heart, there is no such word as ''cannot,'', and he believes that nothing is impossible to a willing heart. True to his principle, he succeeded in his effort to tour the world on bicycle.

Perkataan 'tidak boleh' tidak wujud dalam hatinya, dan dia percaya bahawa hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Dia benar-benar buktikan pegangannya itu apabila dia berjaya menjelajah seluruh dunia dengan menunggang basikal.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
beingkewujudanPendidikanTiada

 Sesuatu yang wujud atau boleh wujud, atau sifat keboleh-wujudan.

annihilationpelenyapanPendidikanTiada

 Pengurangan sifat-sifat sesuatu benda yang wujud kepada menjadikannya tidak wujud.

curvature of fieldkelengkungan medanMatematikTiadaAberasi kecil kanta atau cermin yang objeknya terletak serenjang dengan satah paksi optik yang menghasilkan imej yang tidak terletak pada satah tetapi pada permukaan yang melengkung. Dua permukaan fokus yang melengkung wujud apabila wujud astigmatisme.
existence dependent entityentiti sandar wujudTeknologi MaklumatTiadaEntiti yang hanya wujud dalam pangkalan data, bergantung kepada kewujudan satu atau lebih entiti lain dalam pangkalan data.
duplexdupleksBioteknologiTiadaAutoploid yang alel dominannya wujud pada lokus tertentu atau wujud dua kali.
subsurface correlationkorelasi stratigrafiKejuruteraanTiadaSekaitan dua atau lebih unit batuan yang wujud di tempat yang berlainan berdasarkan sifat batuan yang wujud di tempat yang berlainan berdasarkan sifat batuan seperti jenis, kandungan fosil, jurus, kemiringan dan sktuktur batuan. Sinonim: stratigraphic correlation
administrative politicspolitik pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

Senario, aktiviti dan fenomena politik yang wujud dalam persekitaran pentadbiran sesebuah organisasi. Politik pentadbiran wujud kerana persaingan untuk mendapatkan dan menggunakan kuasa, pengaruh dan sumber-sumber lain bagi kepentingan individu atau sekumpulan individu dalam organisasi. Keadaan ini melibatkan penggunaan kuasa dan keupayaan individu atau kumpulan untuk mempengaruhi individu atau kumpulan lain terutama dalam konteks perebutan jawatan, kuasa dan kepentingan. Biasanya politik pentadbiran sering kali dikaitkan dengan unsur-unsur negatif seperti ketidakadilan, sikap tidak jujur, berat sebelah, diskriminasi, mempergunakan orang lain dan sebagainya.

heat balanceimbangan habaSainsHidrometeorologiKeseimbangan yang wujud secara purata antara sinaran yang diterima oleh bumi dan atmosfera dan sinaran yang dipancarkan oleh bumi dan atmosfera. Bahawa keseimbangan itu wujud secara purata dapat dilihat daripada cerapan jangka panjang ketetapan suhu permukaan bumi. Puratanya, suhu permukaan bumi yang berhampiran khatulistiwa sampai ke latitud 35� menerima lebih banyak tenaga dari matahari daripada yang dapat dipancarkan balik, sementara kawasan atas dari garis lintang 35� menerima kurang haba. Haba yang berlebihan dibawa dari latitud rendah ke latitud tinggi oleh peredaran atmosfera dan lautan dan kemudiannya dipancarkan kembali.
specific activitykeaktifan tertentuFizikAtom dan NuklearKeaktifan radioisotop bagi sesuatu unsur per jisim unsur yang wujud dalam sampel atau yang wujud dalam radionuklid tulen. Unit yang digunakan ialah milicurie per gram, iaitu penyepaian per saat per miligram.
intertropical frontperenggan antara tropikaSainsHidrometeorologiPerenggan yang dianggap wujud dalam palung khatulistiwa yang memisahkan udara hemisfera utara dengan hemisfera selatan. Secara umum dipersetujui bahawa perenggan ini, sekiranya wujud, tidak dapat dijelaskan dengan cara yang sama seperti perenggan di latitud yang lebih tinggi.
12345678910...

Kembali ke atas