Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wu.jud] | وجود

Definisi : 1 adanya (sesuatu); sedia ada. 2 sesuatu yg berupa dan dpt dilihat, diraba dll. 3 benda yg nyata (bukan roh dll). berwujud 1 memang ada dan dpt dipegang atau dpt dipandang; berupa benda yg nyata. 2 konkrit; nyata. mewujud muncul; timbul. mewujudkan 1 menjadikan benar-benar ada. 2 melaksanakan cita-cita dll. 3 menerangkan atau memperlihatkan dgn benda yg nyata. kewujudan keadaan atau hal wujudnya sesuatu. perwujudan perihal berwujud. pewujudan perbuatan atau hal mewujudkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[wu.jud] | وجود

Definisi : 1. ada (sesuatu), sedia ada; 2. sesuatu yg ada bentuknya (dapat dilihat, dipegang, dll); 3. benda yg nyata (bukan roh dll), rupa dll yg dapat dilihat; berwujud 1. memang ada (boleh dipandang, dipegang, dll), berupa benda yg nyata; 2. konkrit, maujud, nyata; mewujudkan 1. menjadikan berwujud (berbentuk, berupa, dll), mengadakan: kadang kadang amanah diwujudkan melalui perjanjian secara lisan di kalangan keluarga; 2. melaksanakan (cita-cita dll); 3. menerangkan (memperlihatkan) dgn benda yg nyata; terwujud sudah diwujudkan (dilaksanakan): ada suatu waktu ketika alam belum lagi ~; kewujudan perihal wujud (sesuatu), adanya (sesuatu); perwujudan 1. bentuk atau rupa (yg benar­benar dapat dilihat dll); 2. sesuatu yg berwujud (kelihatan dlm mimpi dll); 3. sesuatu yg konkrit (maujud, nyata); 4. pelaksanaan (cita-cita dll); pewujudan perbuatan atau proses mewujudkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
wujud (kata kerja,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan ada, sedia ada, hadir, boleh didapati, boleh diperolehi, boleh dipegang, boleh dilihat, nyata, benar-benar, sungguh-sungguh, sesungguhnya;,
Kata Terbitan : berwujud, terwujud, kewujudan,

Peribahasa

428

Nothing is impossible to a willing heart

Tiada apa yang mustahil bagi orang yang mempunyai tekad atau semangat untuk Berjaya.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

In his heart, there is no such word as ''cannot,'', and he believes that nothing is impossible to a willing heart. True to his principle, he succeeded in his effort to tour the world on bicycle.

Perkataan 'tidak boleh' tidak wujud dalam hatinya, dan dia percaya bahawa hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Dia benar-benar buktikan pegangannya itu apabila dia berjaya menjelajah seluruh dunia dengan menunggang basikal.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Majalah

Dewan Budaya » Penghayatan Rukun Negara dalam Kalangan Masyarakat Malaysia
setiap ancaman luar seperti globalisasi. Dalam konteks ini, Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa dan memiliki kekayaan budaya, maka nasionalisme perlu disemai dalam jiwa mereka agar jurang perbezaan yang wujud antara kaum dapat diatasi. Sebelum ini, semangat “kekitaan” dalam kalangan rakyat tidak begitu menebal dan perkara ini menjadi penghalang dalam usaha menanam perasaan cinta akan bangsa dan negara. Hal ini mereka. Ekoran daripada peristiwa berdarah tersebut, keadaan berpuak-puak dalam kalangan rakyat jelas kelihatan walaupun negara telah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Ketika itu, konsep bangsa yang sebenarnya masih belum wujud lagi. Malah, pada masa itu, penduduk masih didukung oleh fahaman perkauman yang terlalu menebal. Perkara ini terjadi kerana rakyat sebenarnya hanya mendapat “negara” semata-mata daripada penjajah Inggeris. Oleh itu
Dewan Budaya » 2013 » April
melalui dapatan yang diperoleh di tapak kajian. Malahan berlaku polemik dalam kalangan ahli akademik tentang pembuktian kewujudan Hang Tuah.Profesor Tan Sri Khoo Kay Kim berpendapat bahawa Hang Tuah tidak wujud dan lebih merupakan tokoh mistik. Namun pandangan ini disanggah oleh Yang Dipertua Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman yang mempertahankan kewujudan Hang Tuah berdasarkan bukti arkeologi. “Saya percaya tokoh ini wujud. Nama Hang memang sudah wujud di alam Melayu.Panggilan Hang ada di Padang Lawasa Sumatera, Indonesia. Tetapi nama yang empat orang lagi itu (Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan
Dewan Budaya » 2014 » September
Walaupun dari segi geografi, pengusahaan dan penggunaan kedua-dua bijian ini agak kabur, tidak ada pemisahan yang jelas antara Timur dengan Barat. Kajian jurnal Science baru-baru ini menunjukkan bahawa wujud perbezaan budaya antara masyarakat yang menanam padi dengan masyarakat yang menanam gandum. Dengan kata lain, padi dan gandum mentakrifkan jati diri budaya. Ahli psikologi silang budaya, menurut jurnal itu, sangat membezakan antara Asia Timur dengan Barat. Kajian dalam jurnal tersebut menunjukkan bahawa wujud perbezaan psikologi yang utama di China, antara penanam padi dengan penanam gandum. Kajian mengesyorkan bahawa sejarah penanaman padi menjadikan budaya lebih saling bergantung. Sebaliknya penanaman gandum menjadikan budaya lebih bebas
Dewan Budaya » 2014 » June
kota yang berbentuk umpama seekor kura-kura. Dalam kebudayaan tradisional China, kura-kura merupakan lambang umur yang panjang. Arkitek dan pembina kota purba Pingyao berharap agar kota purba ini dapat wujud dengan kukuhnya untuk selama-lamanya, seperti kura-kura. Seperti yang diharapkan oleh mereka, kota purba Pingyao telah berusia lebih daripada 2800 tahun. Jalan yang dibina menyusur garis tengah dari utara guntingan kertas yang cantik, seni kraf tangan kalangan rakyat, memperlihatkan gaya tempatan yang unik. Antara lebih daripada 4000 buah rumah yang dibina pada zaman dinasti Ming dan Qing yang masih wujud di sini, terdapat lebih daripada 400 buah rumah yang masih dijaga dengan baiknya. Begitu banyak rumah purba di satu tempat dan dijaga dengan baiknya – amat jarang-jarang terdapat di tempat
Dewan Budaya » 2013 » June
kebudayaan tradisional China. Ketika ini, 36 Taktik Peperangan telah disesuaikan untuk kegunaan strategi dalam pelbagai bidang termasuklah politik, diplomasi, pengurusan, dan perdagangan. Strategi yang terkandung dalam 36 Taktik Peperangan sudah wujud di China lebih 2000 tahun yang lalu dan disusun menjadi buku pada tahun 1940-an. Buku ini dianggap setanding dengan buku Seni Perang hasil karya Sun Zi dan saling melengkapi muzik, atau layar perak, sememangnya nilai eksperimental membekas apabila sesuatu persembahan yang terbit daripada rasa “cuba-cuba” berjaya dilakukan. Maka sebab itulah dalam pentas teater, menjelang peralihan generasi sering kali wujud “bentakan peperangan idea” anak muda yang ingin lari daripada idea yang bersifat konvensional dan konservatif. Mereka lahirkan “teater eksperimental” yang membawa garapan idea baharu yang segar dan menepati cita rasa
Dewan Budaya » 2011 » December
diabolo , amat berbeza daripada yoyo moden. Pada kebiasaannya, permainan yoyo moden memerlukan sebelah tangan, sama ada kiri atau kanan, mengikut keselesaan pemain. Menurut sejarah, yoyo Cina yang berasal dari China wujud sejak zaman Dinasti Ming, iaitu sekitar tahun 1386 hingga tahun 1644. Yoyo Cina mempunyai dua cakera yang sama saiz yang dihubungkan oleh tali yang panjang. Yoyo Cina sentiasa berpusing pada Sesungguhnya, buku ini dapat menyuntik semangat – biar sesiapa pun anda, tidak kira di mana pun berada. Air Mata Raja menjadi lambang perjuangan yang menjanjikan sesuatu yang belum pasti, namun tetap wujud. ___ Ulasan buku ini dipetik daripada Dewan Budaya Disember 2011. Posted in: Uncategorized 0 Comments Berian Sampai Mati admin on December 24th, 2011 OLEH SAHARUDDIN OMAR Mendirikan rumah tangga tidak
Dewan Budaya » 2014 » August
Uncategorized 0 Comments MEMBINA JAMBATAN MUHIBAH admin on August 1st, 2014 Oleh Eh Dheng Eh Chik Malaysia didiami oleh masyarakat majmuk. Apabila sesebuah negara itu bersifat majmuk, sudah pasti akan wujud jurang perpisahan antara pelbagai golongan masyarakat dengan etnik yang memiliki bahasa, budaya, kepercayaan, dan adat resam yang berbeza. Di Malaysia, perpisahan secara fizikal sudah wujud pada zaman kesultanan Melayu Melaka lagi. Keadaan ini diwujudkan untuk memudahkan sistem pentadbiran dengan golongan pendatang itu diletakkan di bawah ketua masing-masing. Oleh sebab itu, muncul penempatan kaum Cina
Dewan Budaya » 2014 » May
di Universiti Peking. Beliau menyandarkan kupasannya pada sumber China yang dicatat dalam zaman dinasti China dahulu kerana semenjak zaman dinasti Xia (2140-1711 SM) Dinasti Shang (1722-1066 SM), sudah wujud tradisi pencatatan sejarah oleh pegawai istana yang dikenal sebagai Shi Guan . Sistem pencatatan sejarah diraja itu mencapai kesempurnaan pada zaman dinasti Han (206 SM-220 M). Dalam hubungannya dengan interaksi Zheng He (Ceng Ho) dalam kunjungan ke alam Melayu. Namun begitu, beberapa lama sebelum abad ke-15 yang menandai hubungan China dengan Melaka sebagai kerajaan Melayu yang paling masyhur, telah wujud hubungan antara dua wilayah itu, yang menurut Liang Liji telah berlangsung selama 1500 tahun lebih. Sumber sejarah China terawal yang mencatat hubungan China dengan alam Melayu ialah Han Shu-Di
Dewan Budaya » 2015 » September
kutipan CBP. Begitu juga bagi peniaga yang hanya mengeluarkan resit yang ditulis dengan tangan, nilai kutipan CBP belum diambil kira. Di balik semua perkara negatif yang dilemparkan ini, tanpa disedari wujud sedikit demi sedikit perubahan dalam sikap dan budaya pengguna, terutama ketika sesuatu barangan ingin dibeli. Perubahan ini merupakan nilai berharga yang sejak dahulu cuba dipupuk dan disemai oleh Kementerian Perdagangan kerajaan kerana perkara itu hanya dapat dilakukan menerusi pilihan raya umum. Berdasarkan teori psikologi, manusia hanya benar-benar berubah setelah dirinya benar-benar tersepit. Dalam konteks pelaksanaan CBP, seakan-akan wujud tanda bahawa pengguna memang tersepit. Tersepit ini dalam konteks pengurusan perbelanjaan harian. Namun begitu, tidak perlulah membayangkan kesempitan ini seperti yang dialami oleh rakyat Mesir yang menjurus kepada penggulingan kerajaan
Dewan Budaya » 2018 » September
setiap ancaman luar seperti globalisasi. Dalam konteks ini, Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa dan memiliki kekayaan budaya, maka nasionalisme perlu disemai dalam jiwa mereka agar jurang perbezaan yang wujud antara kaum dapat diatasi. Sebelum ini, semangat “kekitaan” dalam kalangan rakyat tidak begitu menebal dan perkara ini menjadi penghalang dalam usaha menanam perasaan cinta akan bangsa dan negara. Hal ini mereka. Ekoran daripada peristiwa berdarah tersebut, keadaan berpuak-puak dalam kalangan rakyat jelas kelihatan walaupun negara telah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Ketika itu, konsep bangsa yang sebenarnya masih belum wujud lagi. Malah, pada masa itu, penduduk masih didukung oleh fahaman perkauman yang terlalu menebal. Perkara ini terjadi kerana rakyat sebenarnya hanya mendapat “negara” semata-mata daripada penjajah Inggeris. Oleh itu
Dewan Budaya » 2018 » September
setiap ancaman luar seperti globalisasi. Dalam konteks ini, Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa dan memiliki kekayaan budaya, maka nasionalisme perlu disemai dalam jiwa mereka agar jurang perbezaan yang wujud antara kaum dapat diatasi. Sebelum ini, semangat “kekitaan” dalam kalangan rakyat tidak begitu menebal dan perkara ini menjadi penghalang dalam usaha menanam perasaan cinta akan bangsa dan negara. Hal ini mereka. Ekoran daripada peristiwa berdarah tersebut, keadaan berpuak-puak dalam kalangan rakyat jelas kelihatan walaupun negara telah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Ketika itu, konsep bangsa yang sebenarnya masih belum wujud lagi. Malah, pada masa itu, penduduk masih didukung oleh fahaman perkauman yang terlalu menebal. Perkara ini terjadi kerana rakyat sebenarnya hanya mendapat “negara” semata-mata daripada penjajah Inggeris. Oleh itu
Dewan Budaya » Gatra Perdana
setiap ancaman luar seperti globalisasi. Dalam konteks ini, Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa dan memiliki kekayaan budaya, maka nasionalisme perlu disemai dalam jiwa mereka agar jurang perbezaan yang wujud antara kaum dapat diatasi. Sebelum ini, semangat “kekitaan” dalam kalangan rakyat tidak begitu menebal dan perkara ini menjadi penghalang dalam usaha menanam perasaan cinta akan bangsa dan negara. Hal ini mereka. Ekoran daripada peristiwa berdarah tersebut, keadaan berpuak-puak dalam kalangan rakyat jelas kelihatan walaupun negara telah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Ketika itu, konsep bangsa yang sebenarnya masih belum wujud lagi. Malah, pada masa itu, penduduk masih didukung oleh fahaman perkauman yang terlalu menebal. Perkara ini terjadi kerana rakyat sebenarnya hanya mendapat “negara” semata-mata daripada penjajah Inggeris. Oleh itu
Dewan Budaya » 2012 » March
anjuran Jabatan Warisan Negara tersebut merupakan usaha permulaan untuk memperkenalkan warisan tidak ketara Malaysia di peringkat antarabangsa. Pada masa yang sama, perakuan daripada UNESCO juga cukup penting bagi memastikan tidak wujud lagi kontroversi tentang asal usul sesuatu jenis warisan atau kesenian seperti yang berlaku dalam beberapa kes sebelum ini. Perakuan “pihak ketiga” yang berautoriti seperti UNESCO mungkin jalan terbaik untuk meredakan daun nipah, buluh atau rotan. Tujuan pemakaiannya adalah sebagai penutup kepala daripada hujan dan panas. Tidak dapat di pastikan dari mana asalnya terendak kepala. Bukti sejarah menunjukkan bahawa terendak kepala wujud sejak kurun yang ke-13 di seluruh dunia. Dahulu di Malaysia, orang Cina memakainya ketika mendulang bijih timah; wanita Melayu memakainya ketika melakukan kerja-kerja di sawah; manakala nelayan daripada
Dewan Budaya » Nota Editor
penonton yang memberangsangkan, menjadi bukti bahawa seni persembahan tradisional itu masih mempunyai pengikut. Sungguhpun demikian, sesekali timbul pertanyaan dalam benak penulis ini: adakah seni persembahan tradisional warisan bangsa ini akan wujud selepas tamatnya Transformasi Nasional 2050? Dalam dunia yang serba canggih hari ini, dengan warganya yang tidak sabar-sabar ingin mendakap pemodenan, tidak mustahil jika seni persembahan tradisional warisan bangsa ini Zealand. Pada hakikatnya, setelah 50 tahun menikmati kemerdekaan, Inggeris masih menjajah negara ini. Inggeris berjaya menanam idealismenya dengan amat kuat sewaktu menjajah negara ini. Tidak cukup dengan hal itu, kini wujud gerakan yang memperjuangkan penggunaan bahasa Inggeris dengan lebih meluas. Kata gerakan ini, penguasaan bahasa Inggeris rakyat negara ini sekarang tidak sebaik penguasaan bahasa Inggeris mereka yang terdahulu. Kata gerakan ini
Dewan Budaya » 2012 » January
Januari 2012. Posted in: Uncategorized 0 Comments Representasi Lukisan Awal Kanak-kanak admin on January 20th, 2012 Oleh: Saiful Akram Che Cob Kanak-kanak merupakan seniman dan pengkarya awal yang wujud dalam meluahkan apa-apa yang mereka lihat, menyamai konsep simbolik lukisan gua manusia primitif. Kanak-kanak mempraktikkan seni konseptual berbanding dengan seni persepsi. Ekspresi mereka diluahkan secara simbolik dalam representasi ini merupakan kritikan terhadap sikap sesetengah warga kota yang mementingkan diri dan semangat seorang anak kecil untuk menegakkan kebenaran. Konotasi Nasi Lemak 2.0 membawa maksud transformasi nasi lemak yang wujud sekarang. Filem ini dilakonkan oleh Namewee sebagai Hero Huang, seorang tukang masak makanan tradisi Cina, dan Karen Kong sebagai Xiao K, anak pemilik restoran makanan Cina. Menariknya, kedua-dua watak
Dewan Budaya » 2012 » April
berlandaskan keinginan untuk mempertingkatkan moral dan menjaga etika manusia. Selepas kematian Kung Fu Tze, muncul kumpulan pengikut yang terlalu memujanya melalui ritual tertentu. Pada masa yang sama, mereka mempercayai bahawa wujud dewa yang harus disembah sehingga akhirnya fahaman Confucius dianggap sebagai satu ajaran agama. Di seluruh dunia sekarang dianggarkan terdapat lebih daripada enam juta orang yang mengaku diri mereka sebagai pengikut
Dewan Budaya » 2013 » May
secara khusus kepada masyarakat Orang Asli selama 57 tahun mempunyai kesan yang amat signifikan dengan perubahan sosioekonomi dan kualiti hidup kepada mereka. Termologi Orang Asli sebagai kategori etnik bangsa hanya wujud selepas tahun 1960 (Suki Mee, 2007). Menurut Prof. Hasan Mat Nor (1996) sebelum ini terdapat banyak istilah yang digunakan oleh ahli antropologi dan pihak pentadbir, seperti istilah “Orang Darat”, “Orang
Dewan Budaya » 2013 » September
orang muda juga mempunyai pendapat, idea, dan pemikiran yang benar.Tidak semua orang muda pergi merempit atau hidup berkeliaran menagih dadah.Sindrom mengenepikan idea dan pandangan orang muda telah menyebabkan wujud jurang perbezaan yang luas terhadap persepsi asal usul sejarah bahkan pengiktirafan pada kebudayaan asal penduduk negara ini. Ilusi manusia yang berumur setengah abad terhadap dirinya yang berasa sentiasa benar menghanyutkan
Dewan Budaya » 2013 » October
Biasanya hasil kraf tangan bersifat sederhana dan tidak terlalu kompleks seperti keluaran lain. Seperti juga negara lain di dunia, Malaysia juga mempunyai kraf tangan tempatan yang boleh dibanggakan bahkan telah wujud sejak berabad lama dahulu. Walaupun sejarah kewujudan dan kesinambungannya tidak dicatat dengan jelas, namun beberapa penemuan menjadi saksi asal usul, sejarah kewujudan, dan budaya kraf tangan Malaysia.Buktinya, pada tahun
Dewan Budaya » 2013 » November
dari Iran, orang-orang Arab mengadaptasikan terma tersebut berdasarkan penggunaan papan kayu bagi alat muzik ciptaan mereka ini. Pada abad ke-14, Ibnu Khaldun berpendapat bahawa alat muzik barbat telah wujud lebih dahulu daripada oud dan nama barbat merujuk kepada panggilan bagi pemetik oud. Di Nusantara, oud dikenali dengan nama gambus. Ironinya, oud dan gambus merupakan dua peralatan muzik berlainan meskipun
Dewan Budaya » 2014 » July
sudut ini, universiti bukan lagi tempat yang membawa “satu kisah”, hatta tidak lagi memanfaatkan uni-verse . Kerana itu jugalah, alam semesta kini turut kusut-masai kerana kesepaduan ilmu hampir tidak wujud. Tidak salah jika ada pihak yang menganggap hal ini sebagai pengkhianatan kepada kefahaman ilmu itu sendiri apabila tercetusnya ratusan bidang yang seolah-olah tiada kaitannya dengan yang lain, sekurang-kurangnya
Dewan Budaya » 2014 » November
memberikan tip, itu dikira bonus; jika tidak, mereka tetap menghiburkan pengunjung –itulah prinsip seseorang busker . Persembahan jalanan ini mempunyai sejarah yang panjang. Menurut catatan, sejak zaman Rom lagi, busker sudah wujud. Pada ketika itu, masyarakat Rom akan membaling duit syiling untuk penghibur yang membuat persembahan. Persembahannya pula biasanya diadakan di dataran bandar atau sepanjang jalan raya. Rentetan daripada itu, zaman pertengahan orang – berbanding dengan persembahan di tempat yang eksklusif. Sebagai penyanyi, mereka seharusnya mampu menyanyikan apa-apa juga lagu, termasuk lagu rakyat. Zaman pemuzik jalanan telah tiba. Pemuzik jalanan akan terus wujud selagi mereka diperlukan. Yang diharapkan kini ialah mereka dapat memberikan sumbangan yang positif terhadap seni muzik watan. Armin Azhari Saleh Artikel ini dipetik dari majalah Dewan Budaya keluaran November 2014
Dewan Budaya » 2015 » February
selama menetap di bumi England, penulis cuba berkongsi maklumat tentang amalan dan budaya hidup masyarakat di England yang mempunyai perbezaan yang ketara daripada budaya kita di Malaysia. Budaya negatif tetap wujud di mana-mana, namun yang perlu ialah pendirian serta tanggungjawab kita untuk menerima atau menolak sesuatu budaya itu sendiri. Budaya Barat dan Timur sinonim dengan budaya positif dan negatif, namun
Dewan Budaya » 2015 » March
itu, sementara kelihatannya yang tidak mencapai tahap baik pada piawaian dunia lain itu datang dari selain dunia itu. Barangkali inilah yang disebut sebagai sindrom minda tertawan. Kelihatannya sindrom ini masih wujud dalam kalangan tertentu di negara ini, mungkin juga di negara lain juga. “Virus” yang terbaik hanya dari dunia lain, yang terus menular dan mewabak, dan kemudian menawan minda masyarakat. Maka itu, sementara kelihatannya yang tidak mencapai tahap baik pada piawaian dunia lain itu datang dari selain dunia itu. Barangkali inilah yang disebut sebagai sindrom minda tertawan. Kelihatannya sindrom ini masih wujud dalam kalangan tertentu di negara ini, mungkin juga di negara lain juga. “Virus” yang terbaik hanya dari dunia lain, yang terus menular dan mewabak, dan kemudian menawan minda masyarakat. Maka
Dewan Budaya » 2016 » January
baharu yang dikenali sebagai budaya milenium. Budaya ini berkiblatkan teknologi maklumat sebagai akses terpenting untuk perhubungan, hiburan, interaksi, pencarian maklumat dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, budaya baharu pasti akan wujud dengan sendirinya mengikut peredaran masa dan zaman tanpa disedari. D i Malaysia, perubahan budaya ini tidak ketinggalan dirasai oleh masyarakatnya. Jika diamati, budaya baharu ini semakin hari semakin pantas meninggalkan
Dewan Budaya » 2017 » June
penyakit. Pada waktu itu, belum ada orang yang mampu untuk membuktikan kenyataan Nabi Muhammad secara saintifik, apatah lagi untuk mengiakan kebenaran daripada perkara yang dinyatakan ini. Ilmu sains mungkin belum wujud lagi. Kini hanya setelah adanya ilmu sains, terutama apabila bidang sains kesihatan berkembang, barulah diketahui punca dan korelasi antara jawapan Rasulullah dengan tahap kesihatan yang dimilikinya. Apabila sesorang itu makan
?feed=atom
setiap ancaman luar seperti globalisasi. Dalam konteks ini, Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa dan memiliki kekayaan budaya, maka nasionalisme perlu disemai dalam jiwa mereka agar jurang perbezaan yang wujud antara kaum dapat diatasi.</p> <p>Sebelum ini, semangat “kekitaan” dalam kalangan rakyat tidak begitu menebal dan perkara ini menjadi penghalang dalam usaha menanam perasaan cinta akan bangsa dan negara p>Ekoran daripada peristiwa berdarah tersebut, keadaan berpuak-puak dalam kalangan rakyat jelas kelihatan walaupun negara telah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Ketika itu, konsep bangsa yang sebenarnya masih belum wujud lagi. Malah, pada masa itu, penduduk masih didukung oleh fahaman perkauman yang terlalu menebal. Perkara ini terjadi kerana rakyat sebenarnya hanya mendapat “negara” semata-mata daripada penjajah Inggeris. Oleh itu
?feed=rss2
setiap ancaman luar seperti globalisasi. Dalam konteks ini, Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa dan memiliki kekayaan budaya, maka nasionalisme perlu disemai dalam jiwa mereka agar jurang perbezaan yang wujud antara kaum dapat diatasi.</p> <p>Sebelum ini, semangat “kekitaan” dalam kalangan rakyat tidak begitu menebal dan perkara ini menjadi penghalang dalam usaha menanam perasaan cinta akan bangsa dan negara p>Ekoran daripada peristiwa berdarah tersebut, keadaan berpuak-puak dalam kalangan rakyat jelas kelihatan walaupun negara telah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Ketika itu, konsep bangsa yang sebenarnya masih belum wujud lagi. Malah, pada masa itu, penduduk masih didukung oleh fahaman perkauman yang terlalu menebal. Perkara ini terjadi kerana rakyat sebenarnya hanya mendapat “negara” semata-mata daripada penjajah Inggeris. Oleh itu
Dewan Budaya » 2012 » February
mengenai televisyen (TV) dan media di Amerika Syarikat (AS) mendapati bahawa hasil daripada 3000 kajian mengenai pertalian TV terhadap tingkah laku dan sikap penonton, terutamanya golongan muda dan kanak-kanak, wujud pertalian antara sikap agresif dengan kekerapan menonton filem ganas. Hal tersebut turut diperakui Persatuan Psikologi AS. Pada tahun 1979, tiga pembunuhan kejam berlaku di AS dipercayai selepas seminggu filem The
Dewan Budaya » 2014 » March
dan gambar bersejarah? Bagi sesetengah orang, muzium dipandang dengan sebelah mata, malah ditanggapi sebagai tempat yang statik dan muram, malah menyeramkan kerana menyimpan barang purba atau kuno. Meskipun muzium sudah wujud lebih daripada 100 tahun di negara kita, kesedaran dan pemahaman masyarakat tentang peranan muzium masih belum begitu membanggakan. Keadaan ini berbeza daripada masyarakat Barat kerana mereka sedar tentang peranan muzium
Dewan Budaya » 2014 » October
keharmonian hubungan etnik di negara ini, kekayaan negara dan peluang ekonomi perlu diagihkan secara adil dan saksama. Hal ini dikatakan demikian kerana jika sesuatu etnik berasa kecewa dan dipinggirkan, dan wujud jurang besar dari segi ekonomi, maka perkara ini akan menjadi bom jangka yang mampu menjerumuskan negara ke dalam kancah krisis dan pergolakan sosial. Kita perlu menerima hakikat bahawa kita hidup
Dewan Budaya » 2015 » June
yang tentunya memerlukan kajian lanjut. Bagai aur dengan tebing, laut dan bangsa Melayu memang tidak dapat dipisahkan. Bangsa Melayu bangsa maritim. Laut menjadi tempat permainan mereka. Sejarah maritim Melayu dikatakan wujud sejak zaman neolitik, lebih daripada 6000 tahun yang lalu – tempoh yang begitu lama. Tentunya banyak kejayaan maritim Melayu yang tidak tercatat kerana bangsa itu mungkin pencatat yang kurang baik. Maka
Dewan Budaya » 2015 » August
tidak salah jika dikatakan bahawa sebahagian besar daripada mereka tidak menyedari kewujudannya. Itulah nasib yang dialami oleh Menara Jam Merdeka di Sungai Siput (U), Perak. Yang pasti, menara jam itu wujud sejak tahun 1957 berdasarkan tulisan tahun itu pada binaannya. Tentunya menara itu dibina untuk memperingati hari kemerdekaan negara. Di simpang pertemuan di antara Jalan Tun Abdul Razak dengan Jalan Kolej
Dewan Budaya » 2017 » February
Zealand. Pada hakikatnya, setelah 50 tahun menikmati kemerdekaan, Inggeris masih menjajah negara ini. Inggeris berjaya menanam idealismenya dengan amat kuat sewaktu menjajah negara ini. Tidak cukup dengan hal itu, kini wujud gerakan yang memperjuangkan penggunaan bahasa Inggeris dengan lebih meluas. Kata gerakan ini, penguasaan bahasa Inggeris rakyat negara ini sekarang tidak sebaik penguasaan bahasa Inggeris mereka yang terdahulu. Kata gerakan ini
Dewan Budaya » 2017 » May
penonton yang memberangsangkan, menjadi bukti bahawa seni persembahan tradisional itu masih mempunyai pengikut. Sungguhpun demikian, sesekali timbul pertanyaan dalam benak penulis ini: adakah seni persembahan tradisional warisan bangsa ini akan wujud selepas tamatnya Transformasi Nasional 2050? Dalam dunia yang serba canggih hari ini, dengan warganya yang tidak sabar-sabar ingin mendakap pemodenan, tidak mustahil jika seni persembahan tradisional warisan bangsa ini

Kembali ke atas