Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : yg nyata kelihatan; lahir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : kelihatan di luar, tampak dr luar, nyata: pd pandangan ~, dia begitu lemah lembut orangnya; maaf ~ dan batin; ®lahir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata zahir


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ZAHIR BAYBARS, AL

Zahir Baybars, al ( ? –676 H/ ? –1277 M), sultan

Mesir dan Syam. Nama penuhnya ialah Baybars

al-‘Ala’iy al-Bunduqdariy al-Salihiy Rukn al-Din al-

Malik al-Zahir. Baginda melakukan beberapa

penaklukan. Baginda juga memiliki pelbagai hikayat

dan sejarah.

UMUM 
MASJID ZAHIR

MASJID ZAHIR, masjid negeri Kedah.  Masjid ini terletak di antara Jalan Pekan Melayu dengan Jalan Kampung Perak, Alor Setar.  Kedudukan masjid ini bersetentang dengan Balai Besar Negeri.  Tapak asalnya ialah tapak lama masjid negeri yang dibina sejak Alor Setar menjadi pusat pentadbiran negeri Kedah Darul Aman yang diasaskan oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Mu’azzam Syah II (1710-1778) pada tahun 1735.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIArtifak/Mentifak
MOHAMED ZAHIR BIN HAJI ISMAIL, TUN

MOHAMED ZAHIR HAJI ISMAIL, Tun (1924 - 2004) ahli politik, Speaker Dewan Rakyat (sejak 1982). Dia lahir pada 19 Mac 1924 di Alor Setar, Kedah. Dia mendapat pendidikan di Kolej Sultan Abdul Hamid, Kedah sebelum melanjutkan pelajarannya dalam bidang undang-undang di Lincoln’s Inn, London hingga memperoleh Barrister-at-Law pada tahun 1955.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MUSTA‘SIM BILLAH, AL-

Musta‘sim Billah, al- (609 H.–656 H./1212 M.–

1258 M.), iaitu khalifah kerajaan Abbasiyyah di

Baghdad yang terakhir. Nama penuhnya ialah

‘Abdullah al-Musta‘sim billah ibn Mansur al-

Mustansir Billah ibn Muhammad al-Zahir ibn

Ahmad al-Nasir. Dia ialah cucu kepada Harun al-

Rashid. Dia lahir dan dibesarkan di Baghdad. Dia

dilantik sebagai khalifah selepas kewafatan ayahnya

pada tahun 640 H./1242 M., ketika bahaya sedang

mengancam kerajaan Abbasiyyah dari segenap

penjuru.

UMUM 
METAFIZIK

Metafizik adalah satu cabang dari ilmu falsafah

yang berkenaan dengan sesuatu yang berbentuk

semula jadi bagi alam nyata. Ia dinamakan juga

ilmu di sebalik alam semula jadi. Ia bertujuan

mengetengahkan sigat yang tersusun bagi alam ini

dan asas-asas (prinsip-prinsip) yang mengaturnya,

berbeza dengan ilmu alam semula jadi yang

membahaskan zahir (luaran) alam ini dengan

perbahasan yang terhad.

UMUM 
HAJI WAN SULAIMAN WAN SIDEK

HAJI WAN SULAIMAN WAN SIDEK (1874 – 1935), ulama dan pendidik. Dia lahir pada tahun 1874 di Mukim Padang Kerbau, Kota Setar, Kedah. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Melayu (1882-1885) di samping belajar mengaji al-Qur’an dan agama. Pada tahun 1889, dia melanjutkan pelajarannya ke Makkah untuk mendalami bidang bahasa Arab, fikah, tafsir (Ulum al-Qur’an) dan ilmu falak. Antara gurunya termasuklah Syekh Mohamad al-Bukhari dan Syekh Mohamad al-Khayar. Sekembalinya dari Makkah pada tahun 1910, dia dilantik sebagai kadi dan kemudian Kadi Besar (1916). Dia juga dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan di Mahkamah Syariah Kedah di samping mengajar al-Qur’an kepada pegawai kerajaan, guru agama dan orang ramai di Masjid Zahir, di Madrasah Limbong Kapal, Alor Setar.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas