Laman Rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Malaysia
1 Hits.Location: http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=918&VertSectionID=25&CurLocation=25&IID=&Page=1&PHPSESSID=e5805d8f0966082f2c0db2263fd104ab Date: 5/14/2009
Header Banner  
  Selamat Datang Pelawat  

  Khamis, 14 Mei 2009  

  Kalendar Aktiviti Ibu Pejabat/Pejabat Wilayah & Cawangan(Klik Tarikh)
 

<<   Mei 2009   >>

Aha

Isn

Sel

Rab

Kha

Jum

Sab

 

 

 

 

 

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

31

 

 

 

 

 

 

  Direktori Telefon/E-mel/Faks

Talian Umum 

Senarai Faks

Pejabat Ketua Pengarah

Jabatan Bahasa

Jabatan Sastera

Jabatan Penerbitan

Jabatan Pentadbiran, Personel & Kewangan

Jika anda ingin menerima surat berita kami, sila taip e-mel anda di bawah.

 
Batal Langganan
  Maklumat Umum

Soalan Lazim

Rakan WEB  

Anda Ada Komen/Cadangan?

Borang-borang DBP
DBP dalam Media

Akta

Peta Laman

Peta Ibu Pejabat DBP

Sewaan Ruangan DBP

Tiada tatalan aktif untuk kumpulan ini

myGovernment

Universiti Utara Malaysia

PEMUDAH

MSC Malaysia

Institut Integriti Malaysia 

 


          LAGU-LAGU RAKYAT SELURUH MALAYSIA

Pengenalan

Projek Rakaman Lagu Rakyat yang dilaksanakan oleh Bahagian Kesusasteraan Tradisional, Jabatan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka membuahkan hasil yang begitu lumayan kepada seluruh warga manusia terutama khalayak yang mencintai dunia kesusasteraan, kesenian dan kebudayaan Melayu.

Projek yang bermula pada tahun 2000 ini, mengambil langkah yang proaktif dalam menyelidik dan mengumpulkan hampir keseluruhan lagu rakyat di seluruh negara. Lagu rakyat dalam laman web Dewan Bahasa dan Pustaka adalah bertujuan untuk memberi perkhidmatan kepada khalayak yang mencintai dunia kesusasteraan, kesenian dan kebudayaan Melayu dalam mengenali lagu-lagu rakyat yang masih kekal bertahan hingga ke hari ini.

Lagu-lagu rakyat adalah warisan bangsa yang perlu dipertahankan. Pada hari ini, lagu-lagu rakyat semakin dilupakan. Tidak mengejutkan satu hari nanti, lagu-lagu rakyat hanya akan tinggal sebagai sejarah sahaja jika tiada usaha untuk menghidupkan dan mempopularkan kembali lagu-lagu tersebut. Ini kerana lagu-lagu rakyat bukan sekadar menghibur tetapi ianya banyak mengandungi unsur-unsur didikan secara tidak langsung. Ini jelas dapat dilihat dalam seni kata lagu-lagunya.   Usaha yang dijalankan oleh Bahagian Kesusasteraan Tradisional, Dewan Bahasa dan Pustaka adalah dengan tujuan untuk memelihara kesenian berkenaan agar tidak terhapus begitu sahaja. Tujuan penyelidikan dan rakaman ini adalah untuk melahirkan satu buku bergambar koleksi lagu-lagu rakyat yang melambangkan kekayaan pemikiran dan seni budaya bangsa Melayu.

Maklumat lagu rakyat dalam laman web ini memuatkan hampir keseluruhan lagu rakyat bagi kesemua negeri di Malaysia dan akan dimulakan dengan Perlis, Kedah dan lain-lain negeri hinggalah Sarawak dan Sabah. Namun, maklumat yang dipaparkan dalam laman web ini hanyalah ringkasan dan petikan daripada projek yang dilaksanakan bertujuan sebagai pengenalan kepada naskhah lengkap lagu-lagu rakyat seluruh Malaysia yang akan diterbitkan dan dipasarkan ke seluruh negara kelak.

Lagu-lagu Rakyat Perlis

Projek Rakaman Lagu-Lagu Rakyat Perlis telah digerakkan oleh Bahagian Kesusasteraan Tradisional, Dewan Bahasa dan Pustaka pada 24 hingga 29 Julai 2000. Antara lagu-lagu rakyat Perlis yang masih kedapatan ialah Hadrah, Berendoi, Beduan, dan Canggung. Keempat-empat bentuk lagu rakyat ini adalah  antara bentuk lagu rakyat yang popular pada suatu ketika dahulu. Tiap-tiap satunya mempunyai fungsi atau peranan yang tertentu dalam masyarakat.

Lagu-lagu Rakyat Kedah

Projek Rakaman Lagu-Lagu Rakyat Kedah dilaksanakan oleh Bahagian Kesusasteraan Tradisional pada 6 hingga 17 November 2000. Lagu-lagu rakyatnya dipersembahkan secara individu dan juga berkumpulan.

Tema lagu-lagunya berunsur didikan berkait rapat dengan persembahan keagamaan, misalnya lagu-lagu dalam Berendoi, Burdah, Berzanji, Seloka, Mek Mulung dan juga Berdikir. Unsur-unsur nasihat juga dapat dikesan dalam lagu-lagu rakyat yang dinyanyikan dalam bentuk persembahan individu seperti dalang Wayang Kulit. Lagu-lagu lain seperti lagu Hadrah dan juga Ghazal Pati adalah lebih bertumpu kepada aspek hiburan semata-mata.

 

Tarikh kemaskini: 26 Mei 2006. Penyelenggara : Kalthom Abdul Ghani.  

 

 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini    Cetak halaman ini  
 
  Carian Laman DBP
  Piagam Pelanggan
  •   
    Menyediakan bahan rujukan dan pedoman bahasa yang lengkap, terkini, berwibawa dan selaras; berdasarkan keputusan Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu(JKTBM).
  •   
    Menyediakan pangkalan data bahasa Melayu yang lengkap dan pelbagai maklumat kepustakaan Melayu yang mudah dicapai oleh pengguna
  •   
    Memastikan segala pertanyaan/aduan tentang bahasa, sastera, penerbitan, dan kepustakaan Melayu melalui telefon, faksimili serta e-mel dilayan mesra dalam tempoh 24 jam. Segala pertanyaan/aduan bertulis dijawab melalui surat dalam tempoh tujuh(7) hari bekerja dari tarikh penerimaannya. Sekiranya perkara tersebut masih belum selesai, perkembangannya akan dimaklumkan pada setiap bulan sehingga perkara tersebut selesai.
  •   
    Melaksanakan kegiatan pengembangan, pemasyarakatan dan penataran sastera untuk pelbagai khalayak pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  •   
    Melaksanakan penyelidikan sastera tradisional dan moden yang bermutu dari segi keilmuan, pemikiran dan estetika bagi memenuhi kehendak pelbagai pelanggan.
  •   
    Memastikan pelbagai bentuk pengiktirafan dan penghargaan pada peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa diberikan kepada tokoh yang berwibawa dan karya yang memenuhi piawaian yang ditetapkan.
  •   
    Memaklumkan penerimaan manuskrip kepada penulis dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas manuskrip diterima dan keputusan penerbitannya dalam tempoh (3) bulan selepas manuskrip tersebut diterima. Manuskrip diterbitkan berdasarkan Gaya Dewan dalam tempoh kurang dari enam belas (16) bulan selepas manuskrip diterima.
  •   
    Memastikan majalah tersebut terdapat di pasaran tidak lewat dari 20 hari bulan pada setiap bulan sebelum bulan terbitannya.
  •   
    Menjamin hak penulis melalui Perjanjian Lesen Penerbitan.
  •   
    Membuat bayaran dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh invois/bil diterima.
  •   Warga DBP Sahaja

    Web E-mel

    LOG MASUK INTRANET

      Muat Turun Aplikasi

    Pusat Dokumentasi Melayu
    Munsyi Dewan

    Soal Selidik Perkhidmatan DBP

    KARYANET

    PUSPANITA DBP

    DAWAMA

      Jumlah Capaian Sejak Jun 2004

      5983362   5983362   5983362   5983362   5983362   5983362   5983362   

    PERPUSTAKAAN

    Isnin - Khamis

    8:30 pg - 4:30 ptg

    Jumaat

    8:30 pg - 12:00 tgh

    2:45 ptg - 4:30 ptg

    Sabtu

    8:45 pg - 1:00 tgh

    Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, MALAYSIA.
    (Talian Umum)--Telefon: 03-21481011 , 21443300,21443030, 21444433,21444477, 21444800, 21446600,21447071, 21447744
    Faks: 03-21447248 (Am), 03-21445727 (Bahasa), 03-21414109 (Sastera)
    Untuk sebarang pertanyaan umum sila ke Khidmat Nasihat DBP
    .
    Paparan terbaik Internet Explorer 5.0 ke atas, resolusi 1024 x 768 pixel.
    Hak Cipta Terpelihara @ 2007 - Unit Pembangunan Laman, Bahagian Sistem Maklumat.

    PENAFIAN: Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang
    kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman ini.