[le.da.kan]/[le.da/.kan] | لدقن
Definisi : 1. perihal meledak, letupan: sesekali pd waktu malam terdengar juga bunyi ~ meriam; 2. perihal meledakkan (meletupkan) sesuatu: menghentikan ~ bom hidrogen utk menyelamatkan umat dunia; 3. pertambahan (pertumbuhan) yg sangat besar dan mengejut: ~ penduduk; ~ maklumat yg dipelopori teknologi komputer dan elektronik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[le.da.kan]/[le.da/.kan] | لدقن
Definisi : 1 bunyi drpd sesuatu yg meledak. 2 kejadian meledak; letupan; letusan: Semasa berlaku ~ gunung berapi, magma dihamburkan ke atas bersama dgn benda-benda lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)