| Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
| yang manakah betul penggunaannya? datuk professor @ professor datuk? contoh: datuk professor dr siti musliha @ professor datuk dr siti musliha (yg mana satu betul?) | Mengikut protokol, jawatan (Profesor) mendahului gelaran (Datuk) seperti YBhg. Profesor Datuk Dr. Siti Musliha. Walau bagaimanpun penerima boleh memilih untuk mendahului gelaran di hadapan nama seperti YBhg. Datuk Profesor Dr. Siti Musliha. Oleh itu, tentang penggunaan jawatan dan gelaran ini ada baiknya saudara merujuk kepada empunya nama tersebut. | Ejaan | 10.09.2011 |
| a) "Saya tahu Datuk berpangkat besar, tetapi Datuk fikirlah tentang masa depan Hanna." b) "Saya tahu datuk berpangkat besar, tetapi datuk fikirlah tentang masa depan Hanna." | a) "Saya tahu Datuk berpangkat besar, tetapi Datuk fikirlah tentang masa depan Hanna." - untuk Datuk yang bergelar. b) "Saya tahu datuk berpangkat besar, tetapi datuk fikirlah tentang masa depan Hanna." - untuk panggilan seperti datuk, nenek dan sebagainya. | Ejaan | 31.10.2011 |
| APAKAH HIRAKI GELARAN TERTINGGI DI MAAYSIA MENGIKUT KEUTAMAANNYA. CONTAOHNTA DATO' DENGAN DATUK, DATUK SERI TAN SRI DAN YANG LAIN-LAIN PANGKAT | Merujuk buku Protokol di Malaysia: Tradisi dan Amalan, halaman 327, Susunan Keutamaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan dan Negeri ialah: 1. Seri Pahlawan Gagah Perkasa/SP (Persekutuan) 2. Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia/DKM (Persekutuan) 3. Darjah Utama Seri Mahkota Negara/DMN (Persekutuan) 4. Darjah Kerabat 1/DK 1 (Johor) 5. Darjah Kerabat/DK (Kelantan) dan seterusnya sehingga ke senarai 211. Dalam hal ini, saudara perlu merujuk Bahagian Protokol dan Adat Istiadat, JPM kerana setiap pingat membawa gelarannya tersendiri dan susunan keutamaan seperti dalam buku yang tersebut di atas. Untuk makluman saudara penerima pingat daripada Sultan/Yang di-Pertuan Besar bergelar Dato'/Dato' Seri, manakala penerima pingat daripada Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri bergelar Datuk. | Lain-lain | 21.09.2011 |
| Datuk I & Datuk II | Datuk I - bapa kepada seseorang Datuk II - Gelaran kehormat kpd. orang yang berpangkat atau bermartabat tinggi | Lain-lain | 23.03.2007 |
| 1. Apa makna berasal?Anak saya dilahirkan di England.Adakah berasal dari sana? 2. Betulkah sekarang sudah jadi JENJANG PELAMIN dan bukannya JINJANG PELAMIN? 3. Bagaimana title DATUK, TAN SRI, DATUK SERI,DATUK PADUKA diadakan?Adakah perkataan ini berasal dari sistem beraja zaman dulu-dulu. 4. Saya berminat untuk menjadi penulis dan penterjemah. Bagaimana boleh saya menyertai DBP? Terima Kasih. | 1. Mengikut Kamus Dewan BERASAL bermaksud = a) . bertempat asal (di), mula-mulanya dulu berada (di): orang itu ~ dr Kedah; b). keturunan (dr): raja itu ~ dr raja Melaka; c). berbangsa, keturunan baik-baik: orang yg ~; Untuk soalan puan, anak puan tidak boleh dianggap berasal dari England tetapi boleh dikatakan dilahirkan atau dibesarkan di England sahaja. 2. Mengikut Kamus Dewan JINJANG bermaksud = a). = jinjangan sl ketua (hantu dll); b). sl badan yg dimasuki hantu; c). sl pawang yg menguasai hantu; d). sl orang yg mengiringi (menemani) utusan raja; pelesit dua se~ perempuan yg berlaki dua; jinjangan tua dan jinjangan muda kedua-dua orang yg mengiringi utusan raja; manakala JENJANG bermaksud = tangga; menaiki ~ pelamin menaiki tangga pelamin, melangsungkan perkahwinan; Jadi, jawapan yang betul ialah JENJANG PELAMIN. 3. Pangkat DATUK, TAN SRI, DATUK SERI,DATUK PADUKA dan sebagainya adalah kurniaan daripada kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkara tersebut, puan bolehlah menghubungi Bahagian Protokol Istana Negara. 4. Sila hubungi Pengarah Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, di talian telefon 03- 21449746 @21482220 dan Persatuan Penterjemah Malaysia, di talian telefon 03-21424381. | Lain-lain | 31.05.2008 |
| Kependekan: tidak = tak, untuk = tuk, engkau = kau, nenek = nek. Bolehkah datuk (orang tua, bukan Datuk gelaran kebesaran) dipendekkan menjadi tuk? Jikalau boleh ayat ini betul: Dia cucu Datuk Mamat = Dia cucu Tuk Mat? | Datuk boleh dipendekkan menjadi tok, menjadi Tok Mamat atau Tok Mat. | Tatabahasa | 04.09.2011 |
| apa perbezaan anugerah pangkat 1. Datuk 2. Dato' 3.Tan Sri 4.Datuk Amar 5.Dato Seri | Pangkat DATUK, TAN SRI, DATUK SERI,DATUK PADUKA dan sebagainya adalah kurniaan daripada kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkara tersebut, puan bolehlah menghubungi Bahagian Protokol Istana Negara. | Lain-lain | 27.10.2010 |
| 1) Dalam penulisan surat rasmi, bagi kata sapaan YBhg. Dato' / Datuk/ Datin/ Tuan/ Puanyang manakah kita dahulukan, Dato' atau Datuk? 2) Adakah `seboleh-bolehnya' boleh digunakan dalam penggunaan ayat yang betul? | 1. Penggunaan susunan panggilan kehormat seperti berikut; YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Datuk Seri/Datin Seri/ Datuk Paduka/Datin Paduka/Datuk/ Dato/Datin /Tuan/Puan. 2. Perkataan 'seboleh-bolehnya" boleh digunakan, iaitu bermaksud sedapat mungkin, sekuasanya: dia sudah bercita-cita untuk mendapatkan isteri seorang lagi, ~ daripada bangsanya sendiri. | Tatabahasa | 25.04.2013 |
| Soalan. 1. Manakah yang betul dari segi penggunaan tanda noktah bagi penggunaan akronim bagi kata nama yang disingkatkan. eg. Yang Arif Datuk Wira Mokhtarudin a.) Y.A. Datuk Wira Mokhtarudin b.) YA. Datuk Wira Mokhtarudin c.) YA Datuk Wira Mokhtarudin harap pihak tuan dapat memberi jawaban dan penjelasan terhadap soalan itu kerana baru-baru ini kami ada mendengar pihak DBP membuat penyataan bahawa perkataan yang disingkatkan tidak perlu dinoktahkan. * Harap Maaf jika menggunakan ayat yang tidak gramatis. Dzulkifli Tius | Ejaan yang betul ialah YA Datuk Wira Datuk Wira Mokhtarudin. Sama konsep dengan YB utk Yang Berhormat dan YM untuk Yang Mulia. | Tatabahasa | 25.03.2010 |
| apakah salutasi yang betul untuk: 1.pensyarah universiti yang bergelar Dr. 2.Pegawai perubatan yang bergelar Dr. cth. Datuk = YBhg Datuk | Sapaan yang betul untuk Dr. bagi kedua-dua gelaran alah Tuan Dr.. | Lain-lain | 02.04.2008 |