Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Kerajaan Malaysia ; Novel ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
sejarah perjuangan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaanSdr. Triplenoize, erjuangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan merentasi liku sejarah yang panjang dan diterima oleh semua bangsa. Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu melalui peruntukan undang-undang yang terkandung dalam perkara 152 Perlembagaan Malaysia. Pada 11 April 1963, satu akta khusus berkaitan bahasa kebangsaan dilulus dan berkuatkuasa iaitu Akta Bahasa Kebangsaan. Sdr. boleh merujuk kepada Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu terbitan DBP untuk maklumat lanjutan atau membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu DBP sekiranya sdr. telah menyerta keahlian Rakan Dewan. Sila hubungi Pustawakan kami di talian 03 21481043 atau 1037.Lain-lain16.08.2007
kalau dulu bahasa menaikkan semangat bangsa terutama untuk mencapai kemerdekaan. tetapi jika sekarang adakah perjuangan memartabatkan bahasa masih berterusan dan sejauh manakah keberkesanan perjuangan bahasa menjadikan bahasa itu cemerlang, bangsa gemilang dan negara terbilang?Sdri. boleh mendapatkan judul buku yang berkaitan dengan perkara ini dengan mengakses Katalog Awam Dalam Talian (rujuk menu laman DBP) , taipkan "perkataan atau kata kunci" di ruangan kata carian serta klik Cari. Judul tersenarai adalah koleksi Pusat Dokumentasi Melayu DBP. Oleh itu, sdr. dicadangkan untuk menyertai keahlian Rakan Dewan untuk mendapatkan kemudahan rujukan dan pinjaman bahan. Sila hubungi pustakawan kami, En. Nik Aman Nik Yusoff (tel.03-2148 1045) untuk bantuan lanjutan. Terima KasihLain-lain04.03.2008
Saya mempunyai satu kemusykilan berkaitan dengan moto sekolah di tempat saya mengajar iaitu PERJUANGAN NON ZERO. Saya dapati wujud percampuran bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Adakah percampuran bahasa ini dibenarkan atau menjadi kesalahan yang perlu diperbetulkan. Apakah pandangan pihak tuan berkenaan hal ini ?Sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan mempunyai impak yang sangat besar kepada pelajar dan masyarakat. Sekolah dari segala aspek perlulah sentiasa dalam keadaan baik (dan betul) seperti bilik darjah, persekitaran dan juga segala sesuatu yang dikaitkan dengan citra sekolah termasuklah moto sekolah. Penggunaan bahasa bercampur harus dielakkan dalam memaparkan citra sekolah. Banyak perkataan lain yang boleh kita gantikan dengan perkataan non zero dalam ungkapan "Perjuangan Non Zero". Lazimnya elemen yang dikaitkan dengan perjuangan ini ialah sesuatu yang hebat dan mengesankan seperti "perjuangan tiada berpenghujung".Tatabahasa27.01.2014
1)surat itu saya sudah kirim 2)cerpen itu mengisahkan tentang perjuangan menentang penjajah 3)Lampu-lampu di bandar itu dilihat sungguh indah pada waktu malam

Yang lebih gramatis adalah seperti yang berikut:

1. Surat itu sudah saya kirim.

2. Cerpen itu mengisahkan perjuangan menentang penjajah.

3. Ayatnya betul.

Tatabahasa17.11.2011
ASSALAMUALAIKUM.SAYA INGIN BERTANYA TENTANG NOVEL ANTARA DENDAM DENGAN PERJUANGAN KARYA ALI JUSOH,2007.MEMANG BENAR CERITA TERSEBUT BENAR TETAPI ADAKAH ADIK MAT ,IAITU MAT KILAU ADIK KEPADA ADIK YAK,IAITU TOK GAJAH?BUKANKAH MAT KILAU ANAK TOK GAJAH ,DAN TOK GAJAH BERSAMA DATO BAHAMAN SERTA MAT KILAU TELAH BERJUANG UNTUK PAHANG.BENARKAH WATAK ZAKI HAMIDON,MARIA,ABON,SERI BANUM,PRABASNA,ABANG MUSA,DERAMAN,TAMBI SAN,AH WEE,AMAT DAN LAIN-LAIN.DAN BAGAIMANA SAYA BOLEH MENULIS BUKU ATAU SYARAT -SYARATNYA.SAYA HARAP PIHAK ANDA DAPAT MEMBALAS PERTANYAAN SAYA INI.TERIMA KASIH.

Waalaikumusalam wbk. Bagi menjawab soalan sdr tentang watak-watak dan perwatakan dalam novel Dendam dan Perjuangan karya Ali Jusoh, sdr bolehlah menghubungi penulisnya sendiri di talian 09-6663312 (rumah) atau 019-9490727 (t/bimbit). Alamat rumah beliau ialah No. 4, Taman Teratai, To Jembal, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Mudah-mudahan beliau dapat menjelaskan sendiri tentang segala kemusykilan sdr.

Berhubung dengan minat dan syarat-syarat menulis buku, sdr. boleh mendapatkan atau membeli buku-buku yang dijual di pasaran yang diterbitkan oleh pelbagai penerbit.  Antara buku terbitan DBP ialah Panduan Menulis Puisi karya Rahman Shaari, Panduan Menulis Cerpen karya Othman Puteh dan Panduan Menulis Novel karya Shahnon Ahmad. 

Sekian, selamat berjaya dan wassalam.  

      

 

Lain-lain02.12.2009
Betulkah penggunaan dimartabatkan dalam "kemerdekaan telah mengajar, mengenal hakikat satu perjuangan, namun ia bukan sekadar kenangan, bahkan perlu dimartabatkan". Sekiranya salah, boleh berikan perkataan yang sesuai untuk menggantikannyaDalam konteks ayat tersebut, perkataan "martabat" kurang sesuai digunakan kerana martabat bermaksud "kedudukan pada mata masyarakat, darjat, pangkat dll". Perkataan yang lebih sesuai dalam konteks ayat tersebut ialah "dipertahankan" kerana kemerdekaan perlu dipertahankan.Lain-lain10.07.2007
SALAM.SAYA INGIN MENULIS LIRIK LAGU NASYID YANG BERKISAR TENTANG KISAH PERJUANGAN RASULLULLAH SAW..ANTARA "MU" DAN "NYA",YANG MANAKAH LEBIH SESUAI DIGUNAKAN.CONTOH LIRIK;"bagai bulan purnama,terzahir nur wajahMU.."

Saudara Nurul,

Pada pandangan kami kedua-dua bentuk boleh digunakan kerana ia bergantung pada cara dan maksud yang hendak disampaikan. "Mu" memperlihatkan penyampaian maksud secara langsung kepada pihak kedua manakala "Nya" memperlihatkan penyampaian maksud yang lebih umum tentang  pihak ketiga.

Lain-lain13.02.2010
salam..saya merupakan pelajar phD yang sedang dalam perbincangan dengan pensyarah untuk membuat tajuk kajian " perjuangan wanita dalam drama Melayu". jadi di sini saya ingin bertanya, bagaimanakah saya boleh mendapatkan skrip drama menikut aliran seperti aliran realisme (penulis Sharom Hussein), aliran absurd, aliran surelisme dan aliran romantisme.adakah DBP myediakan perkhidmatan untuk saya mendapatkan skrip-skrip drama mengikut aliran tersebut. terima kasihBagi membantu puan menyelesaikan pertanyaan ini, silalah datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk membuat penyelidikan. Sila kunjungi atau hubungi Pusat Dokumentasi Melayu di talian 03-2148 3541/3540 untuk maklumat lanjut.Lain-lain22.10.2013
Apakah judul novel terbaharu terbitan DBP Sarawak?Judul-judul novel terbaharu terbitan DBP Cawangan Sarawak bagi tahun 2007 ialah Katarsis Perjuangan (Mohd. Faizal Jamil), Naluri Hidayah (Sarimah Alit), Bara Yang Menyala (Jaya Ramba), Kumpulan Cerita Rakyat Sarawak Dayang Puteri (diselenggara oleh Jiso Rutan), Bunga Yang Menangis (Jaafar Hamdan) dan Sari Rahsia Terindah (Rosani Hiplee)Lain-lain12.11.2007
saya ingin memesan beberapa buah buku sastera novel yang kebanyakkannya tiada lagi dalam pasaran, maksud saya ialah mencari buku sastera novel berteraskan perjuangan hidup,pententangan dan kebenaran realti kehidupan serta kemanusiaan siosal.

Untuk makluman sdr., sejak penswastaan urusan pemasaran, pengedaran, percetakan buku dan majalah terbitan DBP kepada Syarikat Dawama Sdn. Bhd sejak tahun 2002. Untuk maklumat lanjut, sdr. boleh menghubungi Kedai Buku Koperasi DBP Berhad, Tingkat Bawah Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, no. telefon 03-2143 3504/03-2143 3505/ 03-2148 5869 dan faksimile 03-2148 7887 atau sdr. boleh membuat pesanan dalam talian melalui Syarikat Dawama Sdn. Bhd di talian 03-41079037, e-mel: support@dawama.com dan laman web www.dawama.com

Lain-lain13.02.2010
Tesaurus
 
juang
Kata Terbitan : berjuang, memperjuangkan, perjuangan, pejuang,

Peribahasa
33

Death before dishonour

Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah

Biar putih tulang, jangan putih mata

We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land!

Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Biar putih tulang, jangan putih mata. Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...