Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Khidmat Nasihat ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUSEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, sejarah perkembangan bahasa Melayu dari zaman dahulu hingga kini. Bahasa Melayu dari segi sejarah telah wujud pada abad ke-2 M. di Vietnam.  Prasasti berbahasa Melayu (yang tertua setakat ini) ditemui di Dong Yen Chau, Teluk Touraine, Vietnam yang bertarikh pada abad ke-4 M.  Prasasti Muara Kaman, Kutai , Kalimantan Timur pula bertarikh pada 400 M.  tetapi masih menggunakan bahasa dan tulisan Sanskrit.  Hanya nama raja di tempat itu yang menggunakan nama Melayu.  Kemudian terdapat juga sebuah prasasti yang bertarikh pada awal abad le-7 M. Yang ditemui di Sajamerta, Jawa Tengah.  Selepas itu terdapat prasasti yang ditemui di daerah induk bahasa Melayu iaitu di Kedukan Bukit, Talang Tuwo, Kota Kapur dan Karang Brahi.  Kesemua prasasti ini bertarikh pada akhir abad ke-7 M., dan tempat-tempat tersebut terletak di Palembang, Jambi dan Pulau Bangka.BAHASAKonsep
BAHASA MELAYU KUNOBAHASA MELAYU KUNO, bahasa yang wujud pada zaman kedua sejarah perkembangan bahasa Melayu. Zaman pertama dinamai bahasa Melayu purba yang wujud pada zaman prasejarah.BAHASAKonsep
EJAAN DAN TULISAN KAWI

EJAAN DAN TULISAN KAWI, sistem ejaan yang berasal daripada bahasa Kawi, salah satu bahasa kuno yang ada kaitannya dengan sejarah pertumbuhan dan perkembangan bahasa Melayu. Beberapa tinggalan sejarah menunjukkan bahawa bahasa Kawi pernah digunakan dengan agak meluas di kebanyakan pusat pemerintahan raja-raja rumpun Melayu dalam Gugusan Kepulauan Melayu atau Nusantara. Pengaruhnya telah bermula dan bertapak di beberapa buah istana raja seperti di Kutai, Tarumanegara, majapahit, Sriwijaya, Padjajaran, Singasari dan Mataram sejak abad pertama hingga abad ke-16, sebelum pengaruh agama Islam berkembang luas di rantau tersebut.

BAHASABahasa
PERKEMBANGAN PERSATUAN-PERSATUAN MELAYU

PERKEMBANGAN PERSATUAN-PERSATUAN MELAYU, perkembangan penubuhan organisasi sosial dan separa politik di negeri-negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat.  Penubuhan persatuan-persatuan ini berlaku sejak awal abad ke-20 dengan cara kecil-kecilan, terpencil dan berkelompok.  Penubuhannya merupakan satu usaha untuk membaiki keadaan sosial, kebudayaan, sastera dan bahasa Melayu.  Di samping itu persatuan tersebut menjalankan kegiatan ekonomi seperti syarikat kerjasama jimat cermat dan perniagaan kraf tangan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
1
Tesaurus
 
sejarah (kata nama)
1. Dalam konteks sastera lama
bersinonim dengan asal usul, salasilah, asal keturunan, susur-galur, asal-usul, surih-surih, titisan darah, silah-silah,

2. Bersinonim dengan peristiwa: kisah, riwayat, tambo, tawarikh, babad, teromba,

Kata Terbitan : bersejarah, mensejarahkan, pensejarahan,