Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.car] | اچر

Definisi : sj makanan yg dibuat drpd buah-buahan atau sayur-sayuran dgn bahan-bahan lain dan diasamkan dgn cuka (dimakan dgn nasi); jenis-jenis acar: ~ limau (nipis), ~ lobak parut, ~ mentimun, ~ telur; mengacar membuat acar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.car] | اچر

Definisi : = acaran Kd tempat membuang kotoran dapur, limbah; kain dlm ~ dikutip cuci ia hendak ke longkang lagi prb sudah rosak betul, tidak dapat dibaiki lagi (bkn akhlak perempuan jahat dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.car] | اچر

Definisi : makanan yg dibuat drpd buah-buahan (sayur-sayuran dll) yg diasamkan atau dibubuhi cuka: ~ limau; ~ timun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata acar