Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ci] | اچي

Definisi : diterima, jadi, sah, (dlm permainan, pertaruhan, dll); tidak ~ tidak jadi, tidak sah; lebih kurang sedikit janganlah diambil ~ sangat lebih kurang sedikit janganlah diambil berat; mengacikan mengakui sbg aci atau sah, me­nge­sahkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ci] | اچي

Definisi : batang logam tempat roda berpusing, gandar roda; ~ engkol batang logam berputar yg menyam­bungkan engkol dgn rod penyambung utk menukar gerakan turun naik kpd gerakan berpusing pd enjin pembakaran dalaman; ~ pacu batang logam yg memacu dan meng­hubungkan satu bahagian dgn bahagian yg lain dlm kenderaan bermotor; ~ sesondol batang logam panjang yg mempunyai sesondol utk menggerakkan rangkaian injap pd enjin pembakaran dalaman; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ci] | اچي

Definisi : (Tamil) kakak (biasanya sbg panggilan kpd perempuan India yg lebih tua). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ci] | اچي

Definisi : (diucapkan dlm beberapa jenis permainan) jadi; sah; benar: tak ~ tidak jadi; batal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[a.ci] | اچي

Definisi : gandar roda. ~ engkol batang logam berputar yg menyambungkan engkol dgn rod penyambung utk menukar gerakan turun naik kpd gerakan berpusing pd enjin pembakaran dalam. ~ pacu batang logam yg memacu dan menghubungkan satu bahagian dgn bahagian lain dlm kenderaan bermotor. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aci