Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
APAKAH TUJUAN ADAT BERSALAM DILAKUKANAdat bersalam biasanya dilakukan sebagai tanda sapaan melalui perbuatan (bersalam) antara sesama insan. Adat ini juga dikaitkan dengan ketulusan hati sesama insan dalam bermaaf-maafan dan adat bersalam ini menjadi budaya murni sesama insan.Lain-lain24.10.2007
1. makna-acilut, -adat periuk berkerak, adat lesung berdedak 2. perbezaan antara 'menasihatkan orang' dengan 'menasihati orang'

1.  Perkataan acilut - tidak ada dalam sumber rujukan kami, berkemungkinan acilut ialah slanga yang dituturkan dalam kalangan kelompok tertentu sahaja. Peribahasa Adat periuk berkerak, Adat lesung berdedak bermaksud berkehendakkan keuntungan, haruslah susah;

2.  Menasihatkan orang bermaksud memberikan sesuatu sebagai nasihat atau sebagai tunjuk ajar; manakala menasihati orang bermaksud memberi nasihat (ajaran, tunjuk ajar, dll) kepada.... Kedua-dua perkataan tersebut hampir sama maknanya tetapi terdapat sedikit perbezaan dalam penggunaannya. Bezanya ialah perkataan menasihati mestilah diikuti dengan orang contohnya, menasihati Ali, manakala menasihatkan mestilah diikuti dengan sesuatu, contohnya menasihatkan berbuat kebaikan

Makna26.01.2010
Apakah maksud adat resam.Mengikut data kami, adat resam ialah adat yang menjadi kebiasaan kepada sesuatu kaum, daerah dan lain-lain.Makna14.01.2015
bincangkan salah satu adat resam dan tabu dalam masyarakat melayu dahulu dan kini.

Sila rujuk bahan ini :

Adat resam dan adat istiadat Melayu | Alwi Sheikh Al-Hadi, Syed | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 1986

Orang Melayu banyak cipta adat | Ahmad Idris| Variasari | 01/03/2007

"Daulat" dalam masyarakat Melayu tradisional | Zalila Sharif | Dewan Budaya | 01/06/1996

Pengaruh bomoh dalam masyarakat Melayu | Sharifah Sofiah Atiqah Syed Ibrahim | Pemikir | 01/07/2003

Tabu dalam masyarakat Melayu di Sarawak | Noor Aina Dani | Monograf Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu | 01/07/2002

Tanda Dalam Masyarakat Melayu | Mohamad Shahidan | Dewan Budaya | 01/01/2002

Lain-lain03.05.2008
Apa beza tatasusila dengan tatacaraTatasusila bermaksud adat sopan santun dan budi pekerti yg baik manakala tatacara bermaksud 1. adat istiadat; 2. adat resam; 3. cara dan peraturan, prosedur.Makna06.03.2007
ingin mendapatkan maklumat berkenaan 'Adat Berjojak' kaum Rawa di Perak.ingin mengetahui tentang sejarah masyarakat Rawa di Malaysia. Apakah adat resam kaum tersebut?Sdr. boleh mendapatkan maklumat tentang adat Berjojak yang telah disiarkan dalam akhbar Harian Metro dan Kosmo bertarikh 19 Julai 2007. Sekira sdr. telah menyertai keahlian Rakan Dewan sdr. boleh membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu. Sila hubungi Pustakawan kami di talian 03 2148 1037 atau 1043Lain-lain03.08.2007
bincangkan slah satu adat resam dan tabu masyarakat melayu dahulu dan kini

Soalan sdr ini berkaitan dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah/guru. Oleh hal yang demikian, soalan sdr tidak berkaitan dengan perkhidmatan KNDBP. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan supaya sdr membaca buku-buku seperti yang berikut:

Adat resam dan adat istiadat MelayuAlwi Sheikh Al-Hadi, SyedDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)1986390.09595 AlwTerperinci
Adat resam dan adat istiadat MelayuSyed Alwi Sheikh Al-HadiDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)1960390.09595 AlwTerperinci
Adat Resam dan Adat Istiadat MelayuSyed Alwi Sheikh Al-HadiDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)1978301.29595 AlwTerperinci
Adat resam dan adat istiadat MelayuSyed Alwi Sheikh Al-HadiDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)1980390.9595 AlwTerperinci
Adat resam Melayu dan adat istiadatSyed Alwi Sheikh al-HadiDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)1960NA 301.09595 SyeTerperinci
Asal Usul Adat Resam MelayuH.M. SidinPenerbitan Pustaka Antara1964301.539 SidTerperinci

Lain-lain03.05.2008
Sjearah berkaitan kaum Rawa di Perak. Ingin mengetahui brekenaan dengan adat resam kaum tersebut..Inigin mendapatkan maklumat berkenaan adat Berjojak kaun tersebut..Sdr. boleh mendapatkan maklumat tentang adat Berjojak yang telah disiarkan dalam akhbar Harian Metro dan Kosmo bertarikh 19 Julai 2007. Sekira sdr. telah menyertai keahlian Rakan Dewan sdr. boleh membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu. Sila hubungi Pustakawan kami di talian 03 2148 1037 atau 1043Lain-lain03.08.2007
Tuan ayat mana yang betul? 1) Kebanyakan penduduk daerah Naning mengamalkan adat Perpatih. 2) Kebanyakan penduduk di daerah Naning mengamalkan adat Perpatih. Terima kasih.Ayat yang betul ialah Kebanyakan penduduk di daerah Naning mengamalkan adat Perpatih.Tatabahasa06.06.2012
Abu menasihati pelancong itu supaya menghormati tatacara/tatasusila masyarakat di rumah panjang itu. Mana lebih tepat-tatacara atau tatasusilaPerkataan yang lebih tepat adalah tatacara yang bermaksud 1. adat istiadat; 2. adat resam; 3. cara dan peraturan, prosedur.Makna06.03.2007
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adat

Puisi
 

Orang berperang jatuh tersungkur,
     Buat kubu sebelah kiri;
Adat di hutan harimau mengambur,
     adat Adat lalang makan api.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
209

The wheel of fortune is forever in motion

Nasib manusia tidak pernah tetap, yakni sentiasa berubah-ubah, ada kalanya baik dan ada kalanya buruk.

Adat pasang berturun naik

During her heyday on the silver screen, she was the nation's top actress, and she basked in luxury and fortune. Unfortunately, the wheel of fortune is forever in motion, and the disaster struck after her twentieth film.

Ketika zaman kegemilangannya dalam industry perfileman, dialah pelakon wanita nombor satu Negara, dan dia dilimpahi kemewahan dan kekayaan. Malangnya, adat pasang berturun naik, dan bencana datang selepas filemnya yang ke dua puluh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...