Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
ADAT PERKAHWINAN BISAYAADAT PERKAHWINAN BISAYA, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Bisaya di SarawakBUDAYAKonsep
ADAB DAN ADATAdab dan adat lihat Adat.UMUM
ADAT PERKAHWINAN MELANAU

ADAT PERKAHWINAN MELANAU, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Melanau di Sarawak. Adat perkahwinan yang diamalkan bergantung kepada status sosial mereka iaitu sembilan pikul, tujuh pikul, tujuh betirih dan lima betirih. Jenis barangan dan hadiah yang perlu dibawa untuk tanda tunaeng dan barang yang mengiringi mas kahwin seperti adat menuga, adat mebin dan pakan juga turut ditentukan oleh status sosial ini. Walau bagaimanapun, asas adat perkahwinan adalah sama seperti merisik dan majlis perkahwinan.

 

BUDAYAKonsep
ADAT PERKAHWINAN MELAYU RIAU

ADAT PERKAHWINAN MELAYU RIAU, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Riau di Riau, Indonesia. Di kalangan masyarakat ini, adat ini dikenal sebagai adat nikah kahwin.

           

BUDAYAKonsep
ADAT PERKAHWINAN MINANGKABAU

ADAT PERKAHWINAN MINANGKABAU, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Minangkabau yang tinggal di Sumatera Barat, Indonesia. Adat perkahwinan Minangkabau mengikut pola sistem nasab ibu. Fungsi terpenting perkahwinan adalah untuk mengakrabkan hubungan  antara kaum, atau menaikkan status dan prestij kaum atau keluarga. Perkahwinan yang paling baik adalah antara anak dengan kemenakan atau anak dengan bako (keluarga sebelah bapa), antara mereka yang telah punya hubungan kerabat dan antara mereka yang sekampung. Baik Islam mahupun adat, melarang perkahwinan sesuku, demi mencegah keterkongkongan suku. Orang yang melanggar adat di pulau atau diusir keluar dari nagari (kampung). Satu lagi perkahwinan yang tidak direstui dan melanggar adat ialah perkahwinan dengan janda seorang kerabat, kaum atau tetangga. Orang Minangkabau juga mengamalkan perkahwinan yang unik ialah ganti lapik dan cina buta. Ganti lapik perkahwinan antara seorang duda atau janda dengan saudara pasangannya yang telah meninggal dunia. Perkahwinan ini bertujuan menyambung semula ikatan yang diputuskan oleh takdir. Cina buta disebut juga cendera buta.

 

BUDAYAKonsep
ADAT PERKAHWINAN MELAYU BRUNEI

ADAT PERKAHWINAN MELAYU BRUNEI, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu di Brunei Darussalam. Adat perkahwinan Melayu Brunei terutama yang bermastautin di Kampung Air dan sekitarnya banyak berdasarkan atau dipengaruhi oleh Islam. Hal ini terjadi kerana Islam dan adat istiadat merupakan dua hal yang dominan yang menjadi teras sosiobudaya orang Brunei. Adat perkahwinan masyarakat in terbahagi kepada beberapa upacara.

 

BUDAYAKonsep
ADAT PERTABALAN SULTAN PAHANG

ADAT PERTABALAN SULTAN PAHANG,  upacara menabalkan Sultan Pahang yang baharu untuk menggantikan sultan yang mangkat. Adat ini mempunyai banyak persamaan dengan adat pertabalan sultan lain di negeri-negeri Melayu di Malaysia. Adat ini diwarisi daripada adat pertabalan Sultan Melaka pada abad ke 15 yang juga mewarisi adat ini daripada kesultanan zuriat raja-raja Melayu keturunan Bukit Siguntang dan Palembang.

BUDAYAKonsep
ADAT PERKAHWINAN TORAJA

ADAT PERKAHWINAN TORAJA, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Toraja di Sulawesi, Indonesia. Adat perkahwinan ini berdasarkan pandangan hidup mereka yang disebut aluk-tudolo iaitu hidup sederhana sepadan dengan kemampuan dan petunjuk alam. Upacara adat perkahwinan (siala atau sipabaine) diadakan secara sederhana dan dalam waktu beberapa hari sahaja. Lazimnya, mereka mencari pasangan daripada golongan yang setaraf.

 

Merisik          

BUDAYAKonsep
ADAT PERKAHWINAN MELAYU SARAWAK

ADAT PERKAHWINAN MELAYU SARAWAK, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu Sarawak di Kuching, Seri Aman, Miri, Sibu, Bintulu dan Limbang. Adat perkahwinan dan peraturan kekeluargaan penduduk Melayu Sarawak tertakluk kepada Undan-undang Mahkamah Melayu Sarawak yang mula dilaksanakan pada tahun 1910 di bawah pentadbiran Majlis Islam.

            Perkahwinan di kalangan masyarakat Melayu Sarawak terbahagi kepada lima. Pertama, nikah benar iaitu perkahwinan yang biasa berlaku dan mengikut segala peraturan hukum dan adat yang biasa. Kedua, nikah salah iaitu perkahwinan setelah melakukan perbuatan yang curang atau sumbang. Ketiga, nyerah diri dan keempat, ngekot, serta kelima, basuh kaki. Nyerah diri berlaku jika lelaki menyerahkan dirinya kepada keluarga perempuan yang berada kerana tidak mampu untuk berkahwin mengikut adat. Keluarga perempuan boleh menghalau atau menolaknya secara lembut dengan mengenakan syarat yang ketat. Ngekot pula berlaku jika perempuan lari dari rumah untuk mengikut kekasihnya. Basuh kaki ialah perkahwinan yang sebahagian besar belanjanya ditanggung oleh pihak perempuan.

 

Merisik           Mencari jodoh dilakukan melalui keserasian antara pasangan lelaki dan perempuan. Apabila ibu bapa merasakan anak lelaki mereka sudah cukup umur untuk berkahwin, mereka akan mencadangkan nama beberapa orang gadis daripada saudara dekat dengan mengambil kira persamaan status dalam masyarakat. Anak lelaki dibenarkan membuat pilihannya sendiri dan pemilihannya itu diuji melalui berugam. Upacara menguji keserasian ini dijalankan oleh orang perempuan sahaja. Barang yang digunakan dalam upacara ini ialah turak (alat penenun yang bulat), beras, tepung tawar iaitu tepung beras yang dicampur dengan limau, sirih tiga kapur dan tiga gulung rokok.

           

BUDAYAKonsep
ADAT PERKAHWINAN SEMAI

ADAT PERKAHWINAN SEMAI, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Semai di Semenanjung Malaysia. Adat perkahwinan Semai berbeza-beza antara satu kawasan dengan kawasan yang lain terutama dari segi perlaksanaannya. Namun begitu dari segi peraturan mereka berpegang kepada hukum yang sama.

BUDAYAKonsep
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata adat

Puisi
 

Orang berperang jatuh tersungkur,
     Buat kubu sebelah kiri;
Adat di hutan harimau mengambur,
     adat Adat lalang makan api.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
209

The wheel of fortune is forever in motion

Nasib manusia tidak pernah tetap, yakni sentiasa berubah-ubah, ada kalanya baik dan ada kalanya buruk.

Adat pasang berturun naik

During her heyday on the silver screen, she was the nation's top actress, and she basked in luxury and fortune. Unfortunately, the wheel of fortune is forever in motion, and the disaster struck after her twentieth film.

Ketika zaman kegemilangannya dalam industry perfileman, dialah pelakon wanita nombor satu Negara, dan dia dilimpahi kemewahan dan kekayaan. Malangnya, adat pasang berturun naik, dan bencana datang selepas filemnya yang ke dua puluh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...