Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.gih] | اݢيه

Definisi : bahagi, beri; beragih berbahagi (harta dll); mengagih; suarang diagih NS harta yg diperoleh selama perkahwinan (kalau bercerai dibahagi dua); mengagihkan membahagikan, memberi­kan: ia ~ rokok buatan luar negeri kpd kami; mengagih-agihkan membahagi-bahagi­kan: di sinilah letaknya keperluan perancangan supaya sumber-sumber yg terhad dapat diagih-agihkan mengikut keutamaan keper­lu­an; pengagihan perbuatan dsb mengagihkan, pembahagian: harta yg diketepikan oleh pemilik itu dipegang dlm bentuk amanah bagi ~ berterusan kpd penerima; ~ kuasa pembahagian dan penentuan (bidang kuasa) kpd golongan-golongan tertentu dsb; peragih pembahagian, pemberian: apa ~ men­tua kpd pengantin itu? agihan apa yg diagihkan atau dibahagikan: dari segi ~ tanah tani, sektor tanaman da­gang­an menguasai sektor pertanian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.gih] | اݢيه

Definisi : bahagian (drpd harta, hasil buruan dll) yg dibahagi-bahagikan. mengagihkan memberikan bahagian-bahagian drpd sesuatu yg telah dibahagikan, kpd beberapa orang. agihan bahagian yg diperoleh hasil mengagihkan sesuatu: Dia menyedekahkan sebahagian drpd ~ yg diterimanya. pengagihan perbuatan atau hal mengagihkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata agih

Peribahasa

Agak lebih daripada agih.

Bermaksud :

Banyak bicara, sedikit kerja.

 

Lihat selanjutnya...(2)