Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Akar-akar kayu yang direbus itu sudah _________. A mencair B. meruap C. mengering Pilihan di atas manakah sesuai menjadi pilihan jawapan?BolehkaH tuan/puan memberikan penerangannya?Terima kasih.Akar-akar kayu yang direbus itu sudah meruap. Meruap bermaksud mendidih dan melimpah.Tatabahasa24.08.2011
Saya musykil dengan perbezaan antara kata akar, akar kata dan kata dasar. Tolong perjelaskan terima kasihDalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga terdapat istilah akar kata dan kata dasar, tetapi tidak terdapat istilah kata akarAkar kata (root word) bermaksud bentuk morfem terikat (tetapi bukan imbuhan) yang tidak bertaraf perkataan dan berpotensi menerima imbuhan atau bergabung dengan perkataan lain. Contohnya, tapa dalam bertapa, tani dalam pasar tani. Kata dasar atau bentuk dasar (base form) ialah bentuk kata yang berpotensi menerima sebarang imbuhan atau perubahan tatabahasa.Tatabahasa25.04.2011
Apakah perbezaan antara akar kata dengan kata akar? Tolong jelaskan.Akar kata bermaksud inti kata yang menjadi pangkal erti beberapa kata, manakala kata akar ialah kata yang belum diberi apa-apa imbuhan.Makna02.06.2012
Salam sejahtera, 1. Kata dasar "cita" tergolong dalam akar kata atau kata akar ? 2. Apakah perbezaan antara kata majmuk dan frasa nama ? 3. Berapakah bilangan terkini kata majmuk yang sudah mantap ? Adakah 30 atau 35 patah perkataan atau sudah melebih 40 patah perkataan ? Sekian, terima kasih.1. Cita ialah kata akar. 2. Kata majmuk ialah perkataan yg terdiri drpd dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna. Frasa nama pula ialah frasa yang perkataan utamanya terdiri daripada kata nama, kata nama terbitan atau kata ganti nama. Frasa nama ialah satu daripada konstituen utama dalam binaan ayatTatabahasa22.02.2010
apakah beza antara kata dasar, kata akar, kata tunggul, kata terbitan ? akar, tawa, dan mudi masuk kategori yang mana?Kata dasar/Kata akar ialah bentuk dasar dlm sesuatu kata yg boleh merupakan morfem bebas spt anak dlm beranak. Kata tunggal tidak menerima imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata terbitan, kata yg terbentuk drpd kata dasar dgn penggunaan imbuhan. Akar, tawa, mudi tergolong dalam kata dasar/kata akar/ kata tunggal.Tatabahasa10.10.2008
boleh tuan berikan perbezaan antara kata akar dan kata dasar?Dalam istilah linguistik kata akar ditakrifkan sebagai bentuk dasar dalam sesuatu kata yang boleh merupakan morfem bebas seperti anak dalam beranak, atau morfem terikat seperti jerumus dalam terjerumus; atau dalam bahasa yang mudah difahami kata akar ialah kata yang belum diberi apa-apa imbuhan. Manakala kata dasar pula ialah kata akar atau kata terbitan yang dapat diberi imbuhan. Apa yang dapat disimpulkan ialah kedua-dua kata tersebut boleh menjadi kata terbitan.Istilah05.03.2013
Merujuk soalan 92 ( tentang maksud 'kata akar' dan 'kata dasar ). Tuan menyatakan bahawa kedua-dua tidak mempunyai maksud. Walau bagaimanapun, setelah merujuk TD Edisi Ketiga m/s 67 yang menyatakan bahawa ' kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. Hanya segelintir kata dasar merupakan morfem terikat yang disebut akar. m/s 107 menunjukkan kata akar yang dimaksudkannya ialah' tapa', tawa, 'mudi'. Jadi, kesimpulan yang saya buat ialah kata akar hanya berbentuk morfem terikat ( tidak termasuk imbuhan) tetapi kata dasar berbentuk morfem bebas dan morfem terikat (disebut kata akar). Kedua-duanya boleh menjadi kata terbitan setelah menerima imbuhan. Minta pendapat tuan. Terima kasih.Dalam istilah linguistik kata akar ditakrifkan sebagai bentuk dasar dalam sesuatu kata yang boleh merupakan morfem bebas seperti anak dalam beranak, atau morfem terikat seperti jerumus dalam terjerumus; atau dalam bahasa yang mudah difahami kata akar ialah kata yang belum diberi apa-apa imbuhan. Manakala kata dasar pula ialah kata akar atau kata terbitan yang dapat diberi imbuhan. Apa yang dapat disimpulkan ialah kedua-dua kata tersebut boleh menjadi kata terbitan.Tatabahasa26.04.2010
Tumbuh-tumbuhan menyerap air daripada akar kepada daun. atau Tumbuh-tumbuhan menyerap air dari akar ke daun. Munsyi, haraplah munsyi berikan tunjuk ajar TKTumbuh-tumbuhan menyerap air daripada akar kepada daun. Kata sendi nama dari untuk tempat dan masa, manakala kata sendi nama daripada untuk sumber, perbandingan dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 268. 
Tatabahasa04.07.2012
Kata akar ' sambut' kita masukkan imbuhan pe dan kan spt penyambutan - adakah boleh? ataupun hanya menjadi sambutan ?

Penyambutan dan sambutan boleh digunakan mengikut konteks. Penyambutan ialah perihal menyambut, manakala sambutan ialah penerimaan atau cara-cara meraikan atau menyambut sesuatu dan sebagainya.

Tatabahasa23.04.2009
Apa beza kata akar, kata tunggal, dan kata dasar?Perbezaannya ialah 1. kata akar bermaksud bentuk asal dalam sesuatu kata yang boleh merupakan morfem bebas atau morfem terikat. 2. Kata dasar ialah kata yang menjadi pokok daripada kata terbitan(kata tanpa imbuhan). 3. Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, yakni yang tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.  Lain-lain31.05.2010
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akar

Puisi
 

Tetaklah akar akar merah,
     Semut meniti di dalam talam;
Badan berpeluh mataku merah,
     Angkat mengucap di tengah malam.



Lihat selanjutnya...