Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.lih] | اليه

Definisi : pindah, tukar, ubah; ~ kata = ~ kecek tukar percakapan (mempercakapkan yg lain); beralih 1. bergerak dr satu tempat ke tempat yg lain, pergi (ke tempat lain): dia ~ dr situ apabila orang itu berjalan menghampirinya; 2. berpindah (ke tempat, pusat pentadbiran, dll yg lain): dr Singapura, dia ~ ke Kuala Lumpur; pusat kuasa politik ~ dr Yedo ke ibu kota purba Kyoto; 3. bertukar (ke hala, tumpuan, tajuk atau perkara dll yg lain): pandangannya ~ kpd laki-laki itu; perbualan mereka ~ ke perkara lain pula; 4. berganti, bertukar, berubah; angin ~ angin berganti (bertukar) arah; zaman ~ musim bertukar keadaan selalu berubah, tidak ada yg tetap (segala sesuatu hendaklah disesuaikan dgn keadaan zaman); ~ akal berubah pendapat (fikiran); ~ angin berkunjung (pergi) ke tempat lain utk meluas­kan pandangan atau pengalaman dsb; ~ haluan berganti (bertukar) haluan; ~ hari men­jadi petang; ~ musim berganti musim (mis dr musim kering ke musim hujan dll); ~ rumah berpindah rumah; timur ~ sebelah barat prb laki-laki menurut perintah perem­puan; mengalih 1. = mengalihkan mengubah­kan duduk (letak dsb) sesuatu, memindahkan: ia ~ baldinya yg kelimpahan air; ~ haluan menuju ke barat pula; ~ pandangan; 2. mengganti, mengubah, menukar: si Ali ~ percakapan ke perkara lain pula; mereka ~ usaha mereka kpd aspek lain, iaitu al-Sunah; ~ bentuk mengubah bentuk; ~ kerja menukar kerja; ~ nama mengganti nama; ~ sila ber­pindah duduk; ~ kain ke balik rumah, ~ kata berhadapan = ~ kain payah juga ke ceruk, ~ cakap di mata-mata sahaja prb dikatakan kpd seseorang yg hendak membalikkan per-kataannya; peralihan perihal beralih atau bertukar (drpd satu pucuk pimpinan kpd pucuk pimpinan yg lain, drpd satu keadaan kpd keadaan yg lain dsb), pergantian, pertukaran (keadaan dll); ~ kekuasaan pertukaran kekuasaan; ~ zaman pertukaran zaman (masa) dgn perubahan ke-adaan hidup dll; pengalihan perihal (perbuatan dsb) meng­alih­kan, pengubahan, penggantian, pemin­dah­an (kuasa dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lih] | اليه

Definisi : ; beralih 1 bertukar ke tempat lain; berpindah: Pejabat tsb telah ~ dr Jalan Pudu ke Jalan Ampang. 2 berganti dgn yg lain; berubah kpd (dgn) sesuatu yg lain: Setelah selesai acara yg pertama, mereka pun ~ ke acara yg berikutnya pula. ~ akal berubah akal atau pendapat. ~ angin a. pergi ke sesuatu tempat utk berehat-rehat. b. bertukar tempat tinggal atau tempat kerja. ~ haluan mengikut haluan yg baru. ~ musim berganti musim. ~ rumah berpindah rumah. mengalih 1 membuat supaya beralih; menukar; mengganti. 2 menukarkan tempat; memindahkan: Ibu telah ~ pasu bunga itu dr luar rumah ke dlm rumah. 3 mengganti sesuatu dgn yg lain; mengubah: Apabila kami sampai, mereka ~ perbualan mereka dgn yg lain. ~ langkah menukar pekerjaan. ~ nama menukar nama dgn nama yg lain. ~ sila mengubah cara duduk. peralihan perubahan drpd sesuatu keadaan kpd keadaan yg lain; pergantian. pengalihan perbuatan atau hal mengalih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alih

Puisi
 

Ambil kain cuba dilipat,
     Kain batik bunganya rapat;
Puas dipancing ikan tak dapat,
     Cabut joran alih tempat.


Lihat selanjutnya...(2)