Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ;

 
BahasaPenyelidikan
SIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYU
Tajuk : Analisis Nahu Wacana Bahasa Melayu Klasik Berdasarkan Teks Hikayat Hang Tuah Penulis : Sato Hirobumi @ Rahmat Abdullah Tahun terbit : 1997 Halaman : 252 Abstrak : Buku ini merupakan kajian tentang nahu wacana bahasa Melayu yang didasarkan pada pandangan dari sudut linguistik struktural-fungsian. Kajian ini membincangkan bentuk ayat dan distribusinya dalam wacana berdasarkan rangka nahu wacana. Tumpuan diberikan kepada analisis tenunan yang didapati antara ayat yang membentuk wacana, berhubung dengan kombinasi susunan maklumat dan susunan ayat yang lojik. Antara yang dibincangkan termasuklah permasalahan nahu ayat, tujuan dan ruang lingkup nahu
SIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYU
Tajuk : Analisis Bahasa dalam Kitab Tib Pontianak Penulis : Ab. Razak Abd. Karim Tahun Terbit : 2006 Halaman : 192 Abstrak : Kajian ini memberi tumpuan kepada aspek-aspek penggunaan bahasa berdasarkan Kitab Tib Pontianak. Kitab diproses tidak boleh dilakukan secara sembarangan kerana akan menimbulkan kesan kepada pesakit. Antara aspek bahasa yang diberikan perhatian, termasuklah kosa kata dan ayat di samping aspek ketenunan dan aspek keindahan. Analisis bahasa yang telah dibuat membuktikan bahawa pemilihan kata dan penggunaan bahasa dalam pantang larang melibatkan bahasa secara khusus dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pengamal perubatan. Laras bahasa dan
SIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYU
model yang dirangka oleh pengkaji sendiri. Model itu mengenal pasti tiga aras keberkesanan retorik dalam penulisan kewartawanan, iaitu aras kata, aras ayat, dan aras wacana. Kajian yang diasaskan pada aras analisis yang melengkapi hierarki retorik dan linguistik, iaitu bermula dengan analisis pada aras leksikal dan berkembang dengan analisis pada aras sintaksis, dan akhirnya pada aras wacana menghasilkan dapatan kajian. Analisis sampel sepanjang 43 tahun akhbar yang dikaji itu menunjukkan dunia kewartawanan
SIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYU
aspek fonologi, morfofonemik dan nahu dialek Kedah dan juga bahasa Melayu amnya. Pendekatan yang diterapkan dalam menganalisis Bahasa Kesusasteraan Klasik Kedah adalah berasaskan tiga kaedah utama iaitu kaedah sistemik, kaedah analisis komponen makna dan kaedah konteks. Tujuan kajian ini adalah untuk mendapat gambaran kesejarahan tentang bahasa yang digunakan dalam karya-karya yang dikaji memandangkan karya itu ditulis pada zaman dahulu dan atau di bawa dari luar dan sebagainya. Kajian ini juga dapat menunjukkan butiran atau sistem khusus Kedah dan yang dikongsi bersama dengan dialek-dialek lain. Bahan yang menjadi data bagi analisis yang disajikan dalam buku ini diambil dari empat karya yang ditranskripsikan dan diterbitkan sebelum tahun 1972 iaitu karya Syair Sultan Maulana, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Terong Pipit dan Selindong Bulan
SIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYU
berupa bahan bertulis rencana pengarang Utusan Zaman bermula dari tahun 1957 hingga 1961. Sebanyak 15 buah rencana pengarang telah dipilih. Dalam kajian ini dikemukakan Model Tautan Pindaan (MTP) sebagai dasar analisis. Dengan menggunakan MTP analisis kajian dikemukakan dalam bentuk kuantitatif dan kualitatif. Terdapat dua hipotesis yang dibuat berdasarkan kajian tautan ini iaitu kajian membuktikan bahawa sesuatu teks dengan kepanjangan teks yang dikaji perlu mempunyai tautan
SIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYU
moden. Untuk sastera Melayu klasik, Sulalatus Salatin dipilih menjadi sumber korpus dan sastera Melayu moden pula cerpen-cerpen Keris Mas, dan novel Hari-hari Terakhir Seorang Seniman karya Anwar Ridhwan. Analisis kajian berdasarkan pada rumus-rumus sintaksis bahasa Melayu yang disusun menurut kerangka teori linguistik transformasi-generatif. Pola dan jenis ayat yang tinggi kekerapannya dalam karya-karya sastera dianalisis binaannya, termasuk variasi gaya yang wujud dalam sesuatu binaan ayat itu. Hasil kajian membuktikan analisis sintaksis yang dilakukan terhadap karya sastera Melayu klasik dan karya Melayu moden memperlihatkan kesinambungan bahasa antara dua zaman. Wujudnya kesinambungan itu ialah kerana penerapan rumus-rumus sintaksis yang mewakili dua
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata analisis