Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ni.ma.si] | انيماسي

Definisi : 1. perbuatan (proses, hasil drpd) menjadikan sesuatu kelihatan hidup; 2. seni atau proses menyediakan gambar-gambar kartun yg kelihatan hidup; menganimasikan menjadikan sesuatu gam­bar (kartun dsb) kelihatan bergerak atau hidup: gambar kartun yg dianimasikan; penganimasian perihal (perbuatan atau proses) menganimasikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ni.ma.si] | انيماسي

Definisi : 1 perbuatan atau proses menjadikan sesuatu kelihatan hidup. 2 seni atau proses menyediakan gambar-gambar kartun yg kelihatan hidup. ~ komputer ist proses menjadikan sesuatu gambar (kartun dsb) kelihatan bergerak atau hidup dgn memaparkan satu siri gambar secara pantas dgn bantuan komputer. menganimasikan menjadikan sesuatu gambar (kartun dsb) kelihatan bergerak atau hidup. penganimasian perihal (perbuatan atau proses) menganimasikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata animasi