Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.nut] | انوت

Definisi : ; menganut, menganuti menerima se-suatu ajaran (aliran, fahaman, dsb) sbg pegangan yg teguh, mengikut, menurut, memeluk (agama): ada drpd perbuatan-per­buatan kita telah pun menjadi adat resam yg kita anuti sejak lama; ~ agama Islam; beliau ~ fahaman realisme sosialis; anutan keyakinan yg dianut, ikutan, turutan: agama Islam telah lama menjadi ~ pen­duduk-penduduk di negara itu; penganutan perihal (perbuatan) menganuti: bidang kita ialah menumpukan perhatian kpd ~ agama sbg fenomena sosial; penganut pengikut (ajaran, aliran), pemeluk (agama). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.nut] | انوت

Definisi : ; menganut mengikut sesuatu ajaran, fahaman dsb; memeluk (agama): ~ agama Islam. anutan sesuatu yg dianut; pegangan; ikutan. penganutan perihal atau perbuatan menganut: ~ agama ialah salah satu fenomena sosial. penganut pengikut sesuatu ajaran, fahaman dsb; pemeluk (agama): ~ agama Islam yg sudah akil baligh wajib bersembahyang lima waktu sehari semalam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anut