Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ra] | ارا

Definisi : 1. sj tumbuhan (yg termasuk jenis fikus): ~ akar, ~ batu, ~ buluh, dll; 2. sj tumbuhan (bukan jenis fikus); ~ batu dandi, rumput tahi ayam, selasih, tahi anjing, tambak-tambak jantan, Ageratum conyzoides; ~ bukit pokok perut budak, lindung matahari, perah ikan, Pimeleodendron griffithianum; ~ lumut akar kami; gurah peria(t), tukul takal, Croton caudatum; ~ songsang nyarang songsang, Achyranthus aspera; bagai menanti ~ hanyut prb menanti sesuatu yg mungkin datang tetapi lambat, ataupun yg tidak datang-datang; menanti ~ tidak bergetah prb mengharapkan sesuatu yg tidak mungkin dapat; pinjam (hutang) kayu ~ prb jikalau meminjamkan wang kpd orang besar jangan diharap akan kembali; tinggi kayu ~ dilangkahi, rendah bilang-bilang diselodoki prb melakukan sesuatu hendaklah menurut patutnya, walaupun kadang-kadang ganjil pd perasaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ra] | ارا

Definisi : beberapa jenis pokok, Ficus spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ara

Puisi
 

Potong ara potong kelapa,
     Potong mari belakang mati;
Mabuk arak tidak mengapa,
     Mabukkan janda membawa mati.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Bagai ara hanyut.

Bermaksud :

Tidak terus berjalan ke tempat tujuan, tetapi singgah-singgah di jalan.

 

Lihat selanjutnya...(13)