Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : gosok (utk menajamkan, meratakan, me­licinkan, dll): ~ bulat, ~ lentik, ~ papan, ~ repang, ~ runcing, ~ sayap kumbang (cara-cara mengasah gigi); calak-calak ganti ~ prb barang apa yg dipakai utk sementara sebelum ada yg lebih baik;berasah sudah diasah, sudah digosok (dicanai dsb);mengasah 1. menajamkan, mengilir: ~ pisau; 2. mencanai, menyerodi: ~ batu cincin; 3. menggosok (utk meratakan, melicinkan, dll): ~ gigi; 4. memupuk dan meningkatkan (membina, mengembangkan, dsb): keputusan yg baik dapat digunakan utk ~ kecenderung­an seseorang murid terhadap sesuatu jenis pekerjaan; ~ bakat memupuk dan mengem­bangkan bakat; ~ budi = ~ otak = ~ fikiran mempertajam fikiran (menjadikan lebih cekap berfikir dsb); ~ hati memanaskan hati; belakang parang sekalipun jika diasah tajam juga prb berapa bodoh pun orang kalau selalu diajar akan pandai juga;asahan 1. yg telah diasah; 2. yg digunakan utk mengasah: batu ~;pengasahan perihal (perbuatan dll) mengasah;pengasah 1. alat utk mengasah; 2. orang yg mengasah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ark sah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Ar ® asahhu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; mengasah 1 menggosokkan pisau dsb pd sesuatu atau menggosoknya dgn sesuatu supaya tajam; menajamkan. 2 melicinkan sesuatu (spt batu permata) dgn sj alat yg berputar ligat; mencanai. ~ bakat melatih diri utk mengembangkan bakat. ~ fikiran (otak) mempertajam fikiran. ~ hati memanaskan hati. pengasah 1 alat utk mengasah. 2 orang yg mengasah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asah

Puisi
 

Asah taji asah golok,
     Buat menyabung ayam kelabu;
Saya janji masak di pokok,
     Kalau ranggah saya tak mahu.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Pisau tiada berbaja,
     makin dikilir bertambah tumpul.

Bermaksud :

Orang yang tiada berilmu makin kaya makin sombong. baja = besi keras; kilir = gosok, asah.

 

Lihat selanjutnya...(3)