Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.sét] | اسيت

Definisi : (asét) 1. wang tunai dan harta benda (spt tanah, bangunan, dll) yg dimiliki seseorang (sesebuah syarikat, pertubuhan, dll); 2. ciri, sifat istimewa, dll yg bernilai atau berguna (pd seseorang dll); ~ benar (Eko) aset berbentuk fizikal, spt bangunan dan jentera, yg tidak mudah ditukar­kan kpd wang tunai; ~ berisiko (Eko) aset bank yg nilainya tertakluk kpd perubahan harga pasaran atau perubahan kualiti kredit pelanggan, mis saham syarikat; ~ bersih (Eko) lebihan jumlah nilai aset drpd jumlah liabiliti atau tanggungan; ~ bukan kewangan (Eko) aset yg tidak merupakan tuntutan utk menerima sejumlah tetap wang tunai spt mesin, bangunan, tanah, dll; ~ cair (Eko) wang atau aset lain yg boleh ditukarkan dgn segera kpd tunai; ~ cepat (Eko) aset semasa yg boleh ditukarkan kpd wang tunai dlm tempoh yg singkat (biasanya satu bulan); ~ fizikal = ~ ketara (Eko) aset spt tanah, bangun­an, kereta, mesin, dll yg benar-benar wujud (boleh disentuh atau dilihat); ~ kewa­ng­an (Eko) aset yg merupakan tuntutan utk menerima sejumlah tetap wang tunai; ~ modal (Eko) aset ketara dan tak ketara yg digunakan utk menjalankan aktiviti sesuatu organisasi; ~ pasif (Eko) aset yg tidak men­janakan pendapatan; ~ semasa (Eko) wang atau aset lain yg mudah ditunaikan atau dijual; ~ tak ketara (Eko) aset yg tidak wujud secara fizikal (spt paten, hak cipta, dll) tetapi mem­beri hak kpd pemiliknya utk menerima bayaran atau faedah lain; ~ terakru (Eko) aset drpd hasil yg telah diperoleh, tetapi bayar­an­nya belum diterima; ~ tetap (Eko) aset yg digunakan berterusan dlm aktiviti sesebuah organisasi; ~ tunai (Eko) aset dlm bentuk tunai, termasuk wang di tangan, simpanan di bank dsb yg boleh digunakan utk bayaran serta-merta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.sét] | اسيت

Definisi : /asét/ ist apa-apa yg dimiliki oleh seseorang (syarikat dsb) dan mempunyai nilai wang. ~ benar aset berbentuk fizikal, spt bangunan dan jentera yg tidak mudah ditukarkan kpd bentuk tunai. ~ pasif aset yg tidak menjana pendapatan. ~ semasa aset yg nilainya sering berubah-ubah. ~ tetap aset yg dpt digunakan bertahun-tahun lamanya. ~ tunai aset dlm bentuk tunai termasuk wang di tangan, deposit bank dsb yg boleh digunakan utk bayaran serta-merta. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aset