Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Karyawan ; Ensiklopedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
apakah yang dimaksudkan dengan asprisiasi?dan apakah perbezaan antara arpirasi dengan asprisiasi?Ejaan yang betul ialah apresiasi. Maksudnya ialah (penghargaan (terhadap sumbangan, jasa, dll seseorang atau sesuatu pihak); 2. pengiktirafan serta penghayatan nilai dll (sesuatu karya) sastera atau seni. Manakala maksud aspirasi ialah aspirasi keinginan yg kuat (utk mencapai, mengadakan, dll sesuatu). Harap maklum.Makna07.08.2007
Adakah betul dari segi bahasa jika saya menganjurkan satu program keilmuan dan menamakan program tersebut i) "Inspirasi ilmu" ii) Aspirasi IlmuKedua-dua boleh digunakan  mengikut tujuan program itu diadakan.
Aspirasi membawa maksud keinginan yang kuat atau citi-cita manakala inspirasi bermaksud ilham
Lain-lain19.06.2014
Mohon semak tema konvokesyen 1. "Graduan Lestari Aspirasi Industri" 2. "Teknologi Hijau Tonggak Kebolehpasaran Graduan"1. Lestari bermaksud tidak berubah-ubah atau kekal dan lazimnya digunakan dalam konteks hutan serta alam sekitar. Sila gantikan perkataan lestari dengan perkataan lain yang sesuai dengan konteks penggunaannya.
2. Adakah tepat jika dikatakan teknologi hijau sebagai asas/dasar kebolehpasaran graduan? Pada pandangan kami, frasa ini seolah-olah menyempitkan asas kebolehpasaran graduan. Walau bagaimanapun jika universiti ini berteraskan teknologi hijau, frasa tersebut boleh digunakan dengan sedikit pindaan seperti "Penguasaan/Kemahiran Teknologi Hijau Tonggak Kebolehpasaran Graduan".
Tatabahasa20.06.2015
Mohon semak tema untuk kovokesyen "Graduan Lestari Aspirasi Industri"Lestari bermaksud tidak berubah-ubah atau kekal dan lazimnya digunakan dalam konteks hutan serta alam sekitar. Sila gantikan perkataan lestari dengan perkataan lain yang sesuai dengan konteks penggunaannya.Tatabahasa20.06.2015
Apakah maksud frasa berikut: 1.Rancangan pembangunan pendidikan. 2.Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. 3.Dasar Pendidikan Kebangsaan. 4.Rancangan Malaysia. 5.Pendidikan Tertiari. 6.Aspirasi negara. 7.Modal insan

Saudara boleh merujuk Jabatan Pelajaran, Kementerian Pendidikan atau kementerian-kementerian yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat berkenaan atau buku-buku yang berkaitan. 

7.  Modal insan bermaksud sumber intelek yang ada pada diri setiap manusia. Ia menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insan merupakan sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah negara. Personaliti unggul pula bermaksud manusia yang berhemah tinggi, ilmu pengetahuan, pencapaian, ketokohan dan keintelektualan yang tinggi. Ciri-ciri orang yang mempunyai personaliti unggul ialah seperti yang berikut: 1.Mempunyai cita-cita, semangat dan wawasan yang jitu serta sentiasa berusaha ke arah mencapai kejayaan cemerlang, demi keagungan bangsa, agama dan negara. 2.Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi, mampu memujuk, mengarah atau menggerakkan pasukan, selain berkemampuan mendengar pendapat (berlapang dada) dan membuat keputusan yang bijaksana. 3.Mahir berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang strategik. 4.Mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi serta bersemangat waja.

Lain-lain08.11.2011
Mohon pengesahan ejaan dan penggunaan istilah Bacathon adalah silap dan perlu menggunakan ejaan : BACATON yang merujuk kepada acara dan aktiviti galakan membaca dan mempromosi karya ( persuratan ) Istilah ini tiada dalam Kamus Dewan maka saya mencadangkan pihak DBP membantu saya mengesahkan istilah tersebut dan mempromosi penggunaannya sempena Program Jelajah Buku Aspirasi Pembaca di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013Untuk makluman tuan, perkataan bacathon atau bacaton tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun merujuk sumber yang ada kita telah menerima perkataan walkaton yang disesuaikan ejaannya daripada perkataan walkathon, maka perkataan bacathon pun sepatutnya dieja sebagai bacaton dalam bahasa Melayu.Tatabahasa02.04.2013
Salam & Selamat Petang, Memohon pihak DBP untuk menyemak bahasa dalam text dibawah. Terima kasih. Memacu transformasi, mengubah kehidupan. Selaras dengan usaha kami untuk menerokai sempadan baharu dalam industri pembuatan kereta, kami turut mewujudkan peluang-peluang usaha sama dan pekerjaan bagi komuniti setempat. Malah, alam sekitar turut medapat manfaat menerusi Teknologi Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dan cat mesra alam yang kami gunakan. Di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami. Bersama mentransformasikan Malaysia. Kehendak dan aspirasi negara adalah penyumbang kepada transformasi yang kami lakukan. Sebab itulah kami yakin untuk menggabungkan inspirasi global dengan inovasi tempatan bagi membantu memajukan bakat dan komuniti yang terlibat dalam industri automotif Malaysia. Di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami. Perjalanan transformasi kami bermula dengan anda. Andalah inspirasi kami. Di Perodua, kami sentiasa menepati kualiti antarabangsa dan piawaian keselamatan disamping mengutamakan servis yang bermutu. Bagi kami, pembuatan sesebuah kereta itu adalah setanding dengan perkhidmatan yang diberikan kepada pemandunya. Itulah sebabnya di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami.Memacu transformasi, mengubah kehidupan. Selaras dengan usaha kami untuk menerokai sempadan baharu dalam industri pembuatan kereta, kami turut mewujudkan peluang usaha sama dan pekerjaan bagi komuniti setempat.  Malah, melalui penggunaan Teknologi Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dan cat mesra alam dalam pembuatan kenderaan kami memberikan impak yang amat baik kepada alam sekitar.

Di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami. Bersama mentransformasikan Malaysia. Kehendak dan aspirasi negara adalah penyumbang kepada transformasi yang kami lakukan. Justeru, kami yakin untuk menggabungkan inspirasi global dengan inovasi tempatan bagi membantu memajukan bakat dan komuniti yang terlibat dalam industri automotif Malaysia.

Di Perodua, kami sentiasa mematuhi kualiti antarabangsa dan piawaian keselamatan, di samping mengutamakan servis yang bermutu. Bagi kami, pembuatan sesebuah kereta itu setanding dengan perkhidmatan yang diberikan kepada pemandunya.

Di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami. Perjalanan transformasi kami bermula dengan anda. Andalah inspirasi kami.
Tatabahasa31.03.2015
Shah If Shaiff Oct 18th, 6:39pm Apa matlamat bulan bahasa kebangsaan jika bahasa ingeris juga dijadikan kayu ukur kemahiran? #Confuse #rhetoric #tertanya #sayangBM #sukaBIBulan Bahasa Kebangsaan dilancarkan untuk membina jati diri dan memperteguh perpaduan bangsa Malaysia melalui bahasa dan sastera kebangsaan. Sambutan bulan ini akan diteruskan pada masa yang akan datang seiring dengan pembangunan negara di samping aspirasi negara untuk menyatupadukan bangsa dengan satu bahasa.Lain-lain18.10.2014
saya ingin memaklumkan kepada pihak DBP bahwa saya ada membina satu laman web www.edusun.org sebagai pangkalan untuk mengumpul bahasa Dusun, pengkayaan, serta sebarang pembangunan bahasa Dusun amnya. Setakat ini, laman web ini diusahakan oleh saya dengan biaya sendiri dan dengan masa yang sangat terhad. Diharapkan pihak DBP boleh memantau atau memberi petunjuk bagaimana ia seharusnya dilaksanakan agar selari/seiring dengan aspirasi DBP dalam memaju serta memperkasakan bahasa bukan sahaja bahasa Melayu tetapi juga bahasa ibunda/tempatan khasnya bahasa Dusun. Sekian dan Terima kasih.Untuk keterangan lanjut saudara bolehlah menghungi Ketua Bahagian Penyelidikan Bahasa, Jabatan Bahasa, melalui talian telefon 03-21482790 atau e-mel: patanah@dbp.gov.my atau juga sdr. bolehlah menghubungi Pengarah DBP Cawangan Sabah, melalui no. telefon 088-439260 atau e-mel: zubaidi@dbp.gov.my.Lain-lain13.10.2009
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aspirasi