Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Salam... Saya ingin bertanya dan fahami akan penggunaan imbuhan 'ber' dan 'be' dalam membuiat ayat. Bolehkah pihak tuan menerangkan kesesuaian penggunaan imbuhan tersebut semasa membuat ayat.Dalam bahasa Melayu, awalan yang ada ialah awalan ber sahaja, tidak ada awalan be. Awalan ber membentuk kata kerja yang bersifat tak transitif , sama ada yang memerlukan pelengkap atau yang tidak memerlukan pelengkap. Contohnya berangkat, berbaju, berlari, berfikir dsbnya. Apabila ber bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf r, dua r yang bergabung itu akan berubah menjadi satu r melalui proses peleburan bunyi. Contohnya ber + rasa = berasa, ber + raja = beraja. Bagi perkataan kerja yang dieja bekerja, r digugurkan sebagai satu kekecualian. Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 161.Tatabahasa02.02.2010
Cikgu, saya hendak bertanya tentang pengejaan awalan pinjaman "anti-" dan "pasca-". Soalan 1: Kedua-dua pengejaan awalan pinjaman dieja secara bercantum dengan kata dasarkan? Contoh: Untuk awalan pinjaman anti-: antikomunis, antilelaki, antiperempuan, antimerokok dan sebagainya. Untuk awalan pinjaman pasca- pula: pascamerdeka, pascamesyuarat, pascamodenisme dan lain-lain. Betulkah penerangan saya ini? Soalan 2: Tetapi, mengapakah "Anti-Israel" pula dieja merapat atau bercantum dengan menggunakan simpang (-)? Adakah hal ini berkaitan dengan kelaziman penggunaan?Anti dan pasca ialah awalan asing, apabila digabungkan dengan kata nama am dieja sebagai satu perkataan, terkecuali pada kata nama khas seperti dalam contoh yang tuan berikan.Tatabahasa27.05.2014
Mengapakah imbuhan awalan teR-, huruf R adalah huruf besar. Pelajar sy pernah bertanyakan soalan ini.Imbuhan awalan teR (R-huruf besar) menandakan awalan tersebut boleh berubah mengikut huruf pertama kata dasar Contoh : Imbuhan awalan teR - ter + sedia = tersedia,ter + rancang = terancang, ter + rakam = terakam dan r yang pertama digugurkan)Tatabahasa16.06.2006
Cikgu, maksudnya segala kata kerja majmuk yang menerima bentuk awalan termasuk semua awalan meN-, ber- dan di- perlulah dijarakkan perkataan atau dipisahkan perkataannya. Seperti: mengulang kaji dan bersatu padu? Dan segala kata kerja majmuk yang menerima bentuk apitan termasuk semua apitan seperti ke-...-an, peN-...-an, pe-...-an, meN-...kan, meN-...-i, TIDAK PERLU dijarakkan atau dipisahkan perkataannya seperti pengemaskinian (peN-...-an), pengulangkajian (peN...an), menguatkuasakan (meN-...-an), dikuatkuasakan (di-...-kan), mengurusniagakan (meN-...-kan) dan menyatupadukan (meN-...-kan)? Ada contoh kata kerja majmuk yang diimbuhkan "ke-...-an" yang tidak perlu dijarakkan atau dipisahkan perkataannya tak? Natijahnya, kata kerja majmuk yang menerima bentuk awalan perlu dieja terpisah, manakala kata kerja majmuk yang menerima bentuk apitan perlu dieja bercantum?Kata majmuk yang menerima awalan (seperti di-, ber-) atau akhiran (seperti -nya, -kan) dieja sebagai dua perkataan, seperti berterima kasih dan urus setianya. Walau bagaimanapun kata majmuk yang menerima apitan (seperti peN-...an, ke-...-an, meN-...-kan) dieja sebagai satu perkataan, seperti pengemaskinian, keluarbiasaan dan mengurussetiakan.Tatabahasa07.05.2014
1. Dalam tatabahasa dewan, Awalan ke- dikatakan hanya dapat bergabung dengan beberapa perkataan. Tetapi tidak dinyatakan dengan jelas bahawa apakah jenis kata yang dapat bergabung dengan Awalan ke- itu. bolehkan nyatakan jelas kata yang dapat bergabung dengan Awalan ke- dan selain daripada 3 contoh perkataan-perkataan dalam buku itu, bolehkah senaraikan contoh-contoh yang lain yang dapat bergabung dengan Awalan ke-. sekian terima kasihAwalan ke- merupakan bentuk yang tidak produktif dalam bahasa Melayu, dan tiga perkataan tersebut yang biasa dijumpai dalam bahasa Melayu. Oleh kerana contoh yang sangat terhad tidak banyak maklumat yang diperoleh, melainkan seperti yang terkandung dalam buku tersebut. Untuk maklumat lanjutsila rujuk kajian ilmiah tentang aspek tersebut.Tatabahasa26.07.2009
Dalam Tatabahasa Dewan oleh Karim et al. (2011)awalan meN-mempunyai 4 alomorf, iaitu:me-, men-, mem-, dan meng-. Dalam Nahu Melayu Mutakhir oleh Asmah Hj. Omar dan Morfologi oleh Abdullah Hasan, awalan meN- mengandungi 6 alomorf, iaitu: me-, men-, mem-, meng-, meny- dan menge-. Mengapakah alomorf meny-, dan menge- tidak tergolong sebagai bentuk awalan meN- dalam Tatabahasa Dewan? Di manakah kedua-dua alomorf itu dimasukkan?Khidmat Nasihat Bahasa tidak mempunyai maklumat tentang awalan meN- mempunyai 4 alomorf sahaja, iaitu me-, men-,mem-, dan meng- kenapa meny-, dan menge- tidak tergolong sebagai bentuk awalan meN- dalam Tatabahasa Dewan. Hal ini perlu dirujuk terus kepada penyusun buku Tatabahasa Dewan. Untuk makluman puan, menye- ada di bawah me-, iaitu apabila kata dasar yang bermula dengan huruf s menerima awalan me- seperti susun apabila menerima awalan me- mengalami perubahan huruf pertama dalam kata dasar (s kepada ny) menjadi menyusun. Menge- pula wujud di bawah meng- bagi kata dasar yang terdiri daripada satu suku kata seperti had apabila menerima awalan meng- menjadi mengehadkan. Tatabahasa20.10.2012
Harap Tuan/Puan dapat memberi penjelasan untuk soalan soalan berikut. 1. Apakah imbuhan awalan bagi perkataan RASA? 2. Betulkah perkataan BERASA tidak mempunyai kata dasar? 3. Salahkah jika perkataan RASA jika diberi imbuhan awalan, boleh ditulis sebagai BERASA? 4. Salahkah jika perkataan JUMPA bila diberu imbuhan awalan, boleh ditulis sebagai MENJUMPA? 5. Bolehkah sesuatu kata dasar diberi lebih daripada satu imbuhan awalan? ( sebagai contoh, saya berpendapat bahawa perkataan MAIN boleh diberi dua imbuhan awalan iaitu BERMAIN dan PEMAIN) Penjelasan lanjut Tuan/Puan tentang imbuhan awalan amat dihargai. Terima kasih.

1. Kata dasar RASA boleh menghasilkan kata terbitan antaranya berasa (bermaksud mendapat rasa di bahagian-bahagian badan) dan merasa (bermaksud mengalami rasa dengan lidah. Rujuk Kamus Dewan, halaman 1290.

2. Kata menjumpa tidak ada dalam penggunaan bahasa Melayu, yang ada ialah berjumpa dan menjumpai. 

3. Setiap kata dasar boleh ada lebih daripada satu kata terbitan/awalan yang sesuai maknanya. Perbuatan bermain dan kata pemain (orang yang bermain) kedua-duanya ada dan membawa maksud yang tidak bersamaan sama sekali. Rujuk Kamus Dewan, halaman 976.

Tatabahasa01.09.2010
Dalam Tatabahasa Dewan, awalan meN- mempunyai 4 alomorf me-, men-,mem-, dan meng-. Mengapa meny-, dan menge- tidak tergolong sebagai bentuk awalan meN- dalam Tatabahasa Dewan? Dimanakah kedua-dua alomorf itu dimasukkan?Khidmat Nasihat Bahasa tidak mempunyai maklumat tentang awalan meN- mempunyai 4 alomorf sahaja, iaitu me-, men-,mem-, dan meng-. Mengapa meny-, dan menge- tidak tergolong sebagai bentuk awalan meN- dalam Tatabahasa Dewan. Hal ini perlu dirujuk terus kepada penyusun buku Tatabahasa Dewan. Walau bagaimanpun menye- ada di bawah me-, iaitu apabila kata dasar yang bermula dengan huruf s menerima awalan meN-. Menge- wujud di bawah meng- bagi kata dasar yang terdiri daripada satu suku kata.Tatabahasa19.10.2012
apakah beza penggunaan 'per' dan 'pe'?

Perbezaan penggunaan awalan peR- dan pe- seperti yang dinyatakan dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 114-115 adalah seperti yang berikut:

Awalan peR- sebagai penanda alat atau tempat : perasap(tempat membakar kemenyan); perbara(tempat bara api untuk membakar kemenyan). Awalan peR- sebagai penanda makna orang yang melakukan kerja(dengan awalan ber-): perburu(orang yang berburu);pertapa(orang yang bertapa).

Awalan pe- sebagai penanda makna orang atau benda yang mengalami perbuatan dalam kata dasar atau keadaan: petinju(orang yang bertinju)petaruh(benda yang dipertaruhkan). Awalan pe-sebagai penanda makna orang yang melakukan kerja yang terkandung dalam maksud kata dasar:pekebun(orang yang berkebun);pekedai(orang yang berkedai).

 

Tatabahasa16.03.2009
Cikgu, berdasarkan buku Tatabahasa Dewan: Jika kata kerja majmuk diimbuhkan dengan awalan, perkataannya TIDAK perlu dipisahkan atau dijarakkan. Jadi, jika awalan "meN..." diimbuhkan pada perkataan "ulang kaji", akan dijadikan "mengulang kaji" atau "mengulang kaji"? Saya bertanya demikian kerana saya ternampak buku tersebut hanya memberikan contoh awalan "ber..." yang diimbuhkan pada kata kerja majmuk sahaja perkataan -nya perlu dijarakkan. Tolong berikan contoh awalan yang diimbuhkan pada kata kerja majmuk yang perkataannya perlu dijarakkan.Pada asalnya kata majmuk dieja dua perkataan seperti kuat kuasa dan kemas kini. Apabila menerima awalan atau akhiran kata majmuk masih deja dua perkataan seperti berkuat kuasa dan dikemas kini. Namun apabila kata majmuk menerima apitan sama ada apitan ke-...-an atau pe-...-an barulah dieja satu perkataan seperti dikuatkuasakan dan pengemaskinian.Tatabahasa07.05.2014
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata awalan